Rabu, 5 Januari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sultan jelas isu SUK

Posted: 04 Jan 2011 01:42 PM PST

Cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri mesti dapat perkenan baginda

Istana tetap iktiraf Mohd Khusrin

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menjelaskan kedudukan sebenar dan pelbagai perkara yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Penjelasan itu dibuat baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani. Berikut kenyataan penuh Mohamad Munir.
"Majlis angkat sumpah taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor yang akan diadakan pada Khamis, 6 Januari 2011 di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan DYMM Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan Peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Pada majlis berkenaan akan diadakan upacara pengurniaan Darjah Kebesaran Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-65 DYMM Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima sempena ulang tahun baginda pada 11 Disember 2010, Raja Muda Selangor berada di luar negara.

Selain daripada itu, pada majlis berkenaan juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat awam Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

Majlis itu bukanlah merupakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi adalah majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada DYMM Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei pada 30 Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau kerana baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A).

Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan DYMM Sultan Selangor seolah-olah sebagai `beraja di mata, bersultan di hati' adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada DYMM Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.

Mengulas mengenai artikel pada 29 Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai `Pelantikan SUK Tidak Semestinya dibuat SPA' oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Selangor kuasa pelantikan itu adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan DYMM Sultan Selangor berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan baginda sebagai Ketua Eksekutif negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon berkenaan dipersetujui oleh Suruhanjaya Pekhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh JPA dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor.

Mengenai cadangan Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, DYMM Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.

Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada DYMM Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan itu dipersembahkan untuk mendapat perkenan baginda terlebih dulu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

JEFFRI SHAM BIN ALI

mb selangor buat hal . sedar le diri tu. daulat tuanku

tukul besi

yg ampoh tetp ampoh.dlm negri tetp dtaati.jgn buat2 pandai.

ALI

Dah meluat betul la dgn kerajaan selangor sekarang ni..Tolong Tuanku Sultan amankan negeri ini seperti dulu-dulu!

selangor

hanya Allah yg tahu segalanya, malah niat dihati sudah diketahui

Tuah

Daulat Tuanku...!!!!!

Barisan EXCO negeri terlampau kemaruk kuasa. Langsung x hormat titah DYMM. Bila dah gila kuasa camnie la.. Sume nk diubah...

noor

Takkan melayu hilang di dunia...wahai kaum melayu di luar sana,janganlah kita sanggup memperlecehkan kedudukan Sultan kita semata-mata kepentingan politik individu tertentu......cuba kita lihat,kenapa Menteri Besar Selangor terlalu takutkan SUK yang dilantik SPA???

fadztalib

Sayang negeri pernah maju, pentadbiran kelam kabut. Banyak sangat berpolitik, lupa bila nak bekerja. Sayang sungguh negeriku. Sayang seribu kali sayang.

jebat

urus negeri pun kelam kabut, inikan pula ada cita-cita nak urus negara. pakatan belum cukup umur. banyak lagi kena belajar.

rimba

taat la kepada ulul amri,,, dasar orang yag beriman.. tanya diri adakah kita taat kepada Allah , Rasul Muhammad SAW dan ulul amri

Faizal

kita ada undang2, peraturan serta cara kerja yang telah diperjelaskan melalui dokumen. apa masalah nak ikut semua peraturan tu sampai nak mengaitkan Sultan untuk turut dipersalahkan untuk satu jawatan kerajaan di Selangor? terimalah seadanya sbb yang ditempatkan disitu mmg telah disahkan kredibilitinya.

kan

Kerajaan Negeri Selangor yang tidak bermaruah dan tidak tahu undang-undang, hanya pandai politik kosong saja

rizal

Ni lah jadinya akibat taksub dengan politik. Yang jelas kita nampak sama ada MB Selangor tak faham atau memang tak tahu apa yang dititahkan oleh DYMM sultan.

ali

suatu penjelasan yang tepat..hormatilah sultan kita..

mat

Mengenai cadangan Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, DYMM Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.
>>fikirkan ayat diatas..cuba renungkan sekejap..

aspire

kenapa la dengan negeri selangor ni tak habis2 wat kontreversi haaa? kalo dah termaktub dalam undang2 tubuh negeri sendiri dah ada ikut je la x yah la nak pinda2 lgi....

Panglima Hitam

Sesungguhnya kuasa Allah swt kelak akan diketahui sehebat manakah ia. UrusanNya yang sulit dan ampuh, menjadi dambaan hamba-hambaNya yang taat.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Kita jangan terlalu bergantung pada seseorang'

Posted: 04 Jan 2011 01:35 PM PST

KUALA LUMPUR: "Kita jangan terlalu bergantung pada seseorang." Jika jawapan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ini ditafsirkan, badan induk itu seolah-oleh sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Misbun Sidek.

Mohd Nadzmi yang pulang dari London semalam, turut mempertahankan tindakan perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam struktur kejurulatihan dan latihan yang dikatakan menjadi antara faktor Misbun meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.

"Kita perlu melakukan perubahan dan pembaharuan dengan fokus utama melahirkan lebih ramai juara dunia. Jika dulu kita tidak mempunyai sistem dan matlamat dengan jurulatih tidak dipantau dan diletakkan sasaran, tetapi hari ini kita mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama).

"Lagipun, saya tidak terima aduan daripada jurulatih, termasuk Misbun mengenai ketidakpuasan hati berhubung perubahan dan pembaharuan itu," katanya.

Nadzmi juga menegaskan dia yakin tidak ada pegawai BAM yang menjadi punca Misbun meletak jawatan kerana semuanya tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya hanya mempunyai minat yang tinggi sebagai sukarelawan untuk memajukan badminton.

Begitupun, Mohd Nadzmi berkata, beliau akan bertemu semua pihak hari ini, termasuk Misbun dan pegawai BAM.

"Kita tengok sekiranya majoriti bersetuju terima peletakan jawatannya, kita akan terima. Jika kita pujuk, tapi dia tidak sepenuh hati untuk kembali, tak guna juga," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

saiful

Datuk misbun dah banyak berkorban utk badminton negara. beliau tahu selok belok sukan ini. jadi BAM yang patut dibubarkan. kerajaan patut lantik dan beri sokongan pada Nusa Mahsuri pula utk melatih dan mewakili Malaysia dalam sukan Badminton atau bubarkan seluruh organisasi dalam BAM dan lantik mereka yg layak utk mentadbir dan melatih. bukannya yang pandai bercakap dan menghabiskan wang saja!

fzal

cara presiden BAM buat kenyataan seperti orang yang angkuh..lebih baik misbun dan chong wei keluar saja dari BAM..

org kecewa

cerita ni dah lama berlaku....bukan baru sekarang...dari zaman punch gunalan lagi.....
jadi....org atasan tlg la tengok pengurusan bam.

Patriot.com

Entahlah BAM ni..tak habis2 dengan kemelut sejak dulu lagi..Agaknya Datuk Nazmi kena letak jawatan barulah aman BAM kot.

din

tak apa datuk nazmi..chong wei x ada, hafiz hashim pasti akan menang emas olimpik 2012 kan..liew daren, tan chung seang dan arif latif semuanya pemain bertaraf dunia.BAM memang pandai hasilkan pelapis setaraf pemain papua new guinea.

zan

hanya misbun dan LCW sahaja yang tahu apakah kemelut yang berlaku sekarang.... LONDON 2012 semakin hampir... nak harap LCW, TBH/KKK....x cukup. kita perlu ada pemain spt korea pun sudah memadai... ayuh BAM make something for 2011.

Mohd Shariff

cakap memang lah senang...strategi misbun dah terbukti berjaya....nak yang macam mana lagi.....buktikan kalau berani dapat mengahasilkan jaguh dunia, tanpa chong wei

Takiya

sukan negara kita mesti maju ke hadapan mesti cari rmi jurulatih untk melatih pemain pemain negara kita....

Mohd Shariff

cakap memang lah senang...strategi misbun dah terbukti berjaya....nak yang macam mana lagi.....buktikan kalau berani dapat mengahasilkan jaguh dunia, tanpa chong wei

Mohd Shariff

Persoalannya sekarang? Jika inginkan BAM buat perubahan dengan adanya KPI terhadap jurulatih, adakah strategi ini berkesan untuk melahirkan jaguh dunia. Sedangkan pendekatan yang digunakan oleh Misbun sudah terbukti berjaya, mengapa perlu ada pendekatan lain. Masyarakat sayangkan Misbun dan begitu juga Chong Wei, saya percaya apa yang dilakukan misbun sebagai satu protes untuk menunjukkan rasa tidak puashatinya terhadap BAM. Bolehkan BAM buktikan anak didiknya berjaya tanpa Misbun dan Chong Wei?

amat

inilah masalah di Malaysia,politik dan kuasa terlalu kuat sehingga dlm sukan pun nk ada politik,rebut kuasa dan pertahankan kuasa.Cubala pentingkan negara bukannya pangkat dan jawatan.

sempoi

biasanya, kalau yg veteran pun tarik diri, tentu ada " masalah dalaman "...baiki la ape yg patut. yg baru belum tentu lagi, yg ada mesti dijaga...jgn jadi, YG DIGENDONG BERCICIRAN, YG DIKEJAR X DAPAT.

adabiah ahmad

berharap BAM menyiasat kenapa Dato Misbun meletakkan jawatan,sebagai jurulatih badminton negara, pasal apa nanti Dato Lee Chong Wee bertukar -tukar jurulatih nanti kehilangan rentak permainan yang mentap, jadi rugilah negara kita, betul atau tidak????

MOHD RANI BIN ABDULLAH

Orang bukan ahli sukan tak payah ceritalah pasal sukan,BAM dah banyak sangat menghabiskan duit tapi tak ada hasil yang dapat ,tengok kes Razif dahulu pun samalah yang berlaku pada Mibun sekarang.Ambil jurulatih luar negara buat habis duit saja glamour saja lebih

Apai Jang

pegawai dlm BAM senang ja buat perubahan ttp jurulatih yg buat kerja!!!!

syah

cakap datuk nadzmi memang betul...kita jgn brgantung pada 1 org je...dia bukan terus jadi juara...pelapis perlu dicari n diganti,malaysia masih kurang pemain yg benar hebat di pentas dunia...kita bandingkn china n indonesia...apapun hal sebegini jgnlah dibesar2kan..bersatulah demi kemajuan

mung

tubuh je persatuan badminton baru mcm ada nya Nusa Mahsuri dulu.saya terus terang ckp masa nusa mahsuri dulu byak lahirkan pemain kualiti berbanding BAM.saya rindu sgt Nusa Mahsuri

HM Lee

Kemajuan sukan negara kita sejak kebelakangan ini menunujukkan peningkatan yg baik terutamanya pada tahun 2010. modul serta 'aset' yang bernilai ini perlu di dikaji dan dijaga untuk proses penambah baikan dan kemajuan. harapan kami adalah jangan ada campur tangan politik, atau individu yang berkepentingan merosakkan kegemilangan sukan sedia ada. Majulah Sukan Untuk Malaysia.

xbersalah

golongan atasan ni yang sepatutnye menghormati jurulatih dan permain.. mereka lansung xberjasa kalo tanpa jurulatih dn permain.. nadzmi main badminton pun xreti nak kritik lee chong wei dan misbun.. xperlu ada BAM.. sukan badminton ni trus bwh msn dan yg berkuasa penuh adalah jurulatih.. itu yg sebetulnya...

adi

ni KPI punya pasai la.. lepas ni smua jurulatih kontrak la.. tak capai KPI.. tamatkan kontrak.. ada ke yg berminat jadi jurulatih kalau macam ni yek.. takkan jurulatih je yg rasa kena berundur?

irwan

saya pun hairanlah kenapa selalu sahaja BAM ada masaalah dengan atlit dorg. apakah BAM dah jadi parti politik skrg? kenapa dato nadzmin komen camtu? sumbangan apa yang diberikan untuk negara sehingga berkata demikian? seingat saya misbun pernah meninggalkan isterinya yang sakit untuk membantu chong wei di sukan olimpik tu hari.

Mal887

ha..ha... hebat sangat kah BAM.... Kalau hebat berapa orang "Chong Wei" yang berjaya mereka lahirkan...???? Setakat ni Chong Wei saja dapat kekal momentum kemenangan... agak2 lepas Chong Wei pergi....berapa tahun lagi perlu tunggu "Chong Wei" yang baru.... Kalau BAM hebat sangat sepatutnya dah ada PELAPIS yang boleh menggantikan Chong Wei...Baru lah BAM boleh cakap BESAR....

LUM-Rah

Benda ni biasa berlaku dalam mana2 organisasi...view yg berlainan.. management point of view selalu akan konflik dengan implementer point of view..
yg pnt komunikasi 2 hala..jgn kate die je betui...kene ade give n take

karnain123

Berenti lah Dato Misbun kalau orang tak senang tengok awak. Yang jelas Dato dah buktikan Dato Lee Chong Wei dah jadi jaguh dunia.
Pas ni masuk la Kelab Nusa Mahsuri tu tengok sapa hebat? BAM ke profesional Club?

Otai

Pengurusan BAM cakap saja pandai tapi tak serupa bikin. Datuk Misbun sudah banyak berjasa kepada negara apa lak sumbangan Pegawai BAM, hanya pandai cakap je. Tanpa Datuk Misbun dan Datuk LCW dimanakah Malaysia dalam peta badminton dunia hari ni. Lu pikirlah sendiri.....

zolzeytec

inilah jawapan yg sering kita dengar '"Kita perlu melakukan perubahan dan pembaharuan dengan fokus utama melahirkan lebih ramai juara dunia. tetapi bilakah ia akan berlaku??

lol

sapa yang bergantung pada seorang je skrg ni BAM? hahahah mana ada pelapis yang bagus... bagi nama satu jadi la...

Nazrie

BAM perlu mendengar luahan peminat badminton negara utk kebaikan sukan tersebut.

wan

sistem baru pun..janganla men terjah je..bincang dulu dengan semua pihak termasuk jurulatih dan pemain..kalau2 mereka ada bantahan atau cadangan..jangan lah buat macam kuasa veto pulak..seolah2 "pecah dan perintah"

zorro

Bila ada aje masalah..Kacang Lupakan Kulit.. Mudah Lupa Daratan...mcm2 lagi la. Mai kita kaji balik Badminton kat Malaysia. Kalau tak ada DLCW dan DM kat manalah BAM sekarang ni. Dato Nadzmi pun mungkin dah letak jawatan. Nak lahirkan jagoon2 negara..bullshit. Juara dunia tu tak payah ramai-ramai kalaun dah ramai tak panggil Juara Dunia. Biar satu daripada seribu yang mengabiskan beras aje. Sukarela konon. Nak gak saya tau selama duduk kat BAM takkan pegawai2 tak dapat apa2 kemudahan. kalau dapat elaun dah tak sukarela namanya Dato'. Kita orang timur...Bincang dan Muzakarah, Insya Allah we will find our way.....

Tuah

Pihak pegawai atasan hanya pandai bercakap.. bukan wat kijer pon.. Yg bertungkus lumus jurulatih & pemain.. Bila menang, mula bangga ckp usaha pihak diorg. Bila pemain kalah, mula salahkan jurulatih & pemain.. Sepatutnya kekalkanlah jurulatih & pemain yg dah byk berbudi, tambah org baru.. Bukan buang lama, ambil baru..

samaran

cara dato jawab memang sah nak tunjuk kuasa shingga lupa jasa misbun .Bila menang petandingan muka dia masuk paper, macamlah dia yang menang/mbuat pemain menang

kamarulzaman

Apa masalah BAM sebenarnya???????? Kenapa Misbun yang dipersalahkan. Pada fikiran kita, masalah dalaman BAM yang menjadi punca Misbun letak jawatan. Pihak pengurusan BAM memetingkan diri sendiri dari kepentingan NEGARA.

hasnatul adilah hassan

kesihan kpd misbun dah banyak jasa beliau kepada negara. saya berharap pihak yg bertanggungjawab tahu mghargai jasa misbun

sang belang

hidup misbun!!!! kami anak malaysia berdiri teguh di belakang wak misbun!!!!!!
LONG LIVE MISBUN SIDEK!!!!!!!!!!

win

sokong BAM..klau x blh kerjasama letak je jawatan..Jangan biar kan coach atau player besar kepala dari persatuan..

Anak Watan Sabah

orang yg duduk atas kerusi empuk cakap senang la, cuba bagi diorang rasa camana nak perah keringat buat latihan siang malam utk dapatkan sebutir pingat... sukan bukan macam syarikat, harini buang 1 pekerja, esok 10 orang berebut nak masuk syarikat. tanpa bakat dan kesungguhan serta pengorbanan, tak akan ada pencapaian....

sabahan people

Rombak balik BAM...Rombak balik BAM..ingatlah bahawa jasa Misbun tidak ternilainya pada negara...Apalah ada pada BAM sekiranya tiada pemain berkualiti seperti Lee Chong Wei...Kami d belakang Datuk Misbun..Hidup Datuk Misbun! Hidup Datuk Misbun! Hidup Datuk Misbun!

norlie

saya rasa dtk misbun mesti ada yg tak menyenangkan hati dari pengurusan BAM.Dia buat kerja betul2 serious orang masi tidor dia sudah di gelanggang. kalo kalah BAM marah2minta repot lah macam2.kalo menang BAM
diam.jadi jurulatih memeng susah. cadangkan dtk misbun jadi jurulatih professional aja....

Jin

Lagi senang suruh pengurusan BAM sendiri melatih pemain badminton. baru tahu betapa penat mendidik pemain sehingga berjaya. Datuk misbun sendiri pernah membuka kelab latihan sendiri untuk menyaingi BAM, jelas kelihatan ramai pemain daripada datuk misbun yang menyertai piala thomas berbanding pemain BAM. itu pun ada isu. apapun. D. CW tahu akan perkara yang sebenar. BAM harus ingat jasa D. Misbun.

KAMAL.A

MISBUN BANYAK MEMBANTU BAM UNTUK MELAHIRKAN PEMAIAN NO 1 MALAYSIA SEPERTI CHONG WEI. BAM TIDAK BOLEH MENGAMBIL KEPUTUSAN MUDAH UNTUK MENYINGKIRKAN BELIAU. SAYA RASA KPI BELIAU AMAT CEMERLANG DENGAN MELAHIRKAN PEMAIN CEMERLANG.SAYA CADANGKAN MISBUN DIKEKALKAN MEMBANTU SKUAD BADMINTON NEGARA BERSAMA JURULATIH LAIN. BAM KAJI SEMULA PUNCA BERLAKUNYANYA PERTELINGKAHAN INI. SEBELUM INI BAM TELAH MEMBUAT KESILAPAN YANG SAMA. MAJUKAN SUKAN UNTUK NEGARA. KETEPIKAN KEPENTING DALAM BAM ITU SENDIRI.

JIMI

NAMPAKNYA NADZMI CEPAT2 MEMPERTAHANKAN PEGAWAI2 NYA....
INGATLAH,BAM BERJAYA KERANA SOKONGAN JURULATIH DAN PEMAIN2 NYA............

awaluddin

cuba ayat datuk nadzmi tu ditujukan pada datuk nadzmi sendiri....apakata?

angah

mngkn kami@masyarakat diluar xmengetahui mslh yg dhadapi Dato'Misbun dgn phk BAM..tp statemnt yg dkeluarkn Dato'Nadzmi xprofesional..anda sbg seorng yg brpngaruh perlu MENYELESAIKAN bkn MENGHEMPIT..'berfkrn + @ luar kotak..

negarawan

misbun sanggup tinggal anak bini semata-mata utk negara..isteri sedang sakit ditinggalkan utk tumpu pd anak buat semasa game..apa criter BAM or pegawai buleh ker buat mcm nih,..pikir sendiri..ni ada pulak mulut sumbang kata dia tak utamakan negara..

jamil67

Betul kata PaKCU,lebih susah nak cari pemain dan jurulatih yang baik,dari pada nak cari pegawai BAM ,hari ini letak jawatan esok orang lain boleh ganti.kalau pemain dan jurulatih buat begitu,ingat senang-senang boleh ganti ke? Hidup Misbun dan chong wei.

Mohamad Asics

Sedih dengan kemelut BAM...... Mengapa BAM tidak belajar dari kesilapan dulu... Bukan senang untuk melahirkan seorang Jurulatih dan pemain yg hebat berbanding mencari seorang Presiden dan pegawai2 dlm BAM... Dulu BAM pernah hancur dan dibenci peminat lantaran permainan plitik pegawai BAM... Lihat saja pada FAM peminat lari dan kosong stadium bila pasukan Malaysia Bermain tetapi penuh ketika pasukan negeri bermain. Peminat skg pandai menilai lakonan pegawai2 persatuan.... Ayuh lontarkan pegawai yg berkepentingan dan berhati busuk dari persatuan sukan kita....

servis s

saya setuju sangat kata2 LCW, kalau dia kalah, terus BAM mintak report, kalau menang tak pulak. Macam BAM semua betul, semua masalah kalah di bahu pemain dan jurulatih!

peminat sukan

Ramai orang tak tahu. campur tangan pegawailah yang buat atlet dengan coach selalu makan hati. Kalau tak tahu cerita jangan buat andaian. Misbun and Chong wei is a respected sports figure, kalau sapa yang rasa bagus sangat nak ambik alih pls go ahead. orang dah berkorban macam2 pegi komen enath apa2. Blahlah wei!

KUDIEN

Bila BAM dah mula berjaya.....Misbun atau Chong Wei pula dah mula tidak didengar ideanya. Perubahan boleh dibuat TAPI jgn sampai BAM... KACANG LUPAKAN KULIT. Terlupa jasa orang memulakan kejayaan itu.

BAM tak bagus

aku personally tak rasa system KPI menjadi sebab utama MS dan LCW tinggalkan BAM....aku nak BAM kaji balik kenapa MS dan LCW keluar dari BAM....diorang lebih banyak berjasa memartabatkan sukan badminton malaysia dari pegawai BAM yang goyang kaki makan angin pergi London macam nadzmi nie

batoulelisou

sekarang ni bukan kacang lupakan kulit dah, tapi kulit yang lupakan kacang kesejukan...hehehe

Dejafera

Hargailah sikit penat keringat orang yang bersusah menaikkan atlet tu, Jasa Dato Misbun mmg tak dapat di jual beli. BAM kenalah bertolak ansur. Jgnlah selfish ataupun berasa angkuh. Duit tidak dapat selesaikan masalah. Memang duit satu keperluan dalam hidup tapi itu bukanlah segala-galanya. Semoga Dato & BAM dapat kata sepakat. Hrp BAM dapat mengenang jasa dan keringat semua pemain dan jurulatih. Mrk yang penat lelah selama nie untuk mengharumkan nama MALAYSIA... Hidup Sukan untuk Negara. Kepentingan Negara di dahulukan..

Wadariah Binti Mohd Rashid

Hargailah sikit penat keringat orang yang bersusah menaikkan atlet tu, Jasa Dato Misbun mmg tak dapat di jual beli. BAM kenalah bertolak ansur. Jgnlah selfish ataupun berasa angkuh. Duit tidak dapat selesaikan masalah. Memang duit satu keperluan dalam hidup tapi itu bukanlah segala-galanya. Semoga Dato & BAM dapat kata sepakat. Hrp BAM dapat mengenang jasa dan keringat semua pemain dan jurulatih. Mrk yang penat lelah selama nie untuk mengharumkan nama MALAYSIA... Hidup Sukan untuk Negara. Kepentingan Negara di dahulukan..

Mad nor

Yang dikejar pastikan dapat, yang dikendong jangan berciciran. Datuk Misbun dan Datuk LCW lah yang mewarnai badminton kita sepanjang 2010.

suhaimi

Serahkan jawatan anda pada yang layak. Lebih baik anda tumpukan pada kesihatan anda. Maju Badminton untuk negara!

ABDUL MANAF BOHARI

BAM nampaknya tidak melihat dari perspektif jurulatih. Asyik-asyik nak protect orang dalam BAM. Ingatlah BAM, tanpa pemain dan jurulatih BAM tidak ke mana? BAM nampaknya kurang berkomunikasi dengan pihak jurulatih/pemain kerana nak buat perubahan biarlah orang yang impliment perubahan itu diajak berbincang. Perubahan yang baik adalah perubahan yang diterima oleh orang yang melaksanakannya. Ingatlah, peminat badminton Malaysia boleh gembira dan kecewa jika pemain menang atau kalah dalam sesuatu kejohanan. Sebaliknya.........

lan

jange balah.kalu balah,badminton tak ke manalah.jaguh kglah jawabnya

BAMbu

cakap mmg senang, KPI? ko ingat nie kerja taip surat ke semua nak bagi KPI?. 1 tahun kena ada 3 kejohanan antarabangsa menang, klu kalah x dpt habuan.nielah jadinya klu semua benda nak di commercialkan.yg BAM tu pun apa fungsinya?. duduk meeting jer, cuba korang suruh dia turun bawah main badminton sket...silap2 nak kira mata pun x pandai.

fan

die kan coach, dia tau la apa yang dia buat.dia da bimbing chong wei smpai jdk cm skrg.appreciate la sikit.hidup misbun.

supizan

apa salahnya ambil lebih ramai jurulatih yang hebat untuk menghasilkan lebih ramai juara dunia? Tambah sajalah kalau tak cukup.

mamat

tanya dulu misbun kenapa dn mengapa beliau berbuat demikian.. misbun kelihatannya seperti runsing dan tidak ceria.. tentu ada sesuatu yg menghimpit pemikiran beliau.. sy yakin ini bukan soal duit tetapi lebih kenapa kerenah birokrasi dan tekanan dari BAM.. cuba BAM melayan misbun di tempat yg betul.. sudah tentu Dato' Misbun Sidek tidak akan mengambil tindakan drastik sebegitu.

awangotai

Sistem sedia ada terbukti mampu melahirkan jaguh negara yg tidak boleh dinafikan, kalaupun ingin buat perubahan, kenalah berbentuk penambahbaikan bukan meroboh. dibuat secara bermuafakat

Harious Senolita

memang la dia nie ape yang dia taw..... kecian kat misbun.... dari susah payah nk didik chong wei dah sampai tahap antarabangsa ingat senang ke???? Lu Pikir la Sendiri.....

uda lah

jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..BAM mahupun Misbun selesaikan segera masalah ini . Ambil contoh sprt China yg melahirkan jaguh dunia melalui pemain pelapis . Jika perlu , biarkan sahaja coach melatih para pemain dan BAM hanya pantau melalui pencapaian pemain yg dilatih (KPI) . Itu lebih bagus dari saling menunding jari mencari kesalahan. Kedua pihak saling memerlukan antara satu sama lain.

fifi

utk melahirkn pelapis amik masa yg lama... kalo bkn krn jasa datuk misbun dn datuk LCW skng pun BAM x ke mana... sape lg pnting ? atlit atau pengurusan skng ni?
org kaya pndai cakp jer bukan diorg yg kerah kringat sgt btul2 pn mcm atlit negara.. nnt bila LCW menang BAM suka,bila kalah salahkn jurulatih ... org persatuan suka mcm tu ..

Mirsa

Kalau pegawai hancur pemain boleh bermain dengan jurulatih , kalau jurulatih hancur pemain boleh bermain-main , kalau pegawai dan jurulatih hancur tutup kedai saja la!

MKR

Makan nasi memang senang, suap sahaja ke mulut. Tetapi untuk menghasil beras (nasi) amatlah sukar. Hanya petani sahaja yang tahu payah dan peritnya. Begitu jugalah pemain dan jurulatih. BAM banyak dasar dan buat perubahan. Tetapi harus ingat, itu semua tidak boleh menjanjikan lahirnya lebih banyak jaguh. Lebih baik gilap sahaja "juara" yang ada, disamping itu terus berusaha tanpa mempolitikkan isu-isu yang kecil. Nak main satu set pun amatlah sukar, inikan pula untuk menumpaskan jaguh Cina. Lihat saja fizikal jaguh kita, tak sempat nak berisi, dek usaha gigih demi untuk negara. Untuk itu, BAM lakukanlah yang terbaik dari yang terbaik. TQVM

PaKCU

nak cari seorang macam misbun lebih susah berbanding nak ganti semua pehawai BAM. terbukti lagenda dunia selalunya adalah individu..

mawar desa

memang pun BAM tidak mengenang jasa pemain2 untuk menaikkan nama Negara..apa yang penting diri sendiri keputusan atau pun perubahan dibuat perlulah mengambil kira pandangan para pemain dan jurulatih

sukarela

""Nadzmi juga menegaskan dia yakin tidak ada pegawai BAM yang menjadi punca Misbun meletak jawatan kerana semuanya tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya hanya mempunyai minat yang tinggi sebagai sukarelawan untuk memajukan badminton.""

cakap la apepun.. mana mungkin xde kepentingan... mana2 sukan pun atlit aje yg mengerah keringat, pihak pengurusan yg dapat habuan lebih...

opel

apapun tetap sokong Datuk Misbun dan Datuk chong Wei.....prinsip adalah segala-galanya...

Suriansah bin Othman

Sokong Jngn bergantung pd seseorang TAPI jngn d buang malah d tambah, SIAPA YG LUPAKAN KULIT????

othman

Kita hargai jasa Misbun selama ini dan biarlah dia dengan haluannya. Saya sokong dan sarankan agar BAM teruskan usaha dalam menentukan hala tuju baru demi masa depan dan kemajuan sukan badminton negara. Syabas dan tahniah BAM.

Misbun Jr

cara datuk ni bg statement cam die x hargai apa yg datuk misbun dah curahkan...BAM mudah lupaaaaa

puterayuk

dalam hal ni....siasatan rapi perlu dibuat..pasti ada perkara yg betul-betul menguris hati dtk.amaisbun..akaalau tak tdk takkan pokok bergoyang lau tiada angin..

Joe Jambul

Tadbir persatuan sukan tak sama macam tadbir syarikat. Begitulah juga dengan mentadbir institusi keluarga. Orang yang hebat seperti Bill Gates pun belum tentu dapat mentadbir satu keluarga yang cuma hanya ada 3 orang.Di harap,orang yang mentadbir BAM adalah orang yang berpengalaman dalam badminton itu sendiri. Kita ramai bekas pemain bertaraf dunia untuk isi jawatan terbabit. Kenapa tak ambil mereka? Kenapa ambil orang yang bukan 'orang badminton' yang pegang jawatan2 besar? Soalan ini sampai sekarang takde sape boleh jawab. Mereka ada hak untuk pegang jawatan2 besar dalam BAM seandainya diberi peluang. Tapi yang dilihat, mereka diberikan hanya secebis sahaja jawatan dalam BAM. Seolah-olah 'kerja-pulang ke rumah' sahaja menjadi rutin. Apakah suara2 mereka ini didengar? Ataupun mereka 'dicantas' andainya bersuara lebih. Kalau betul lah macam ni, siapa2 pun akan letak jawatan.

cam

BAM dah jadi badan politik la plak. Sape la punya idea atau CONsultan yg cadang PERUBAHAN adalah penting. silap silap jadi mcm sime darby. Jangan kerana nak berubah sampai lupa tujuan asal BAM.

kira yamato

cakap memang la senang..... cakap mulut..... misbun dah buat yg terbaik dan terhabis mampu nak hasilkan pemain pelapis bagi chong wei tapi dah ada yg kacau daun so susah la dia nk buat kerja dia.....

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan