Rabu, 5 Januari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Pinjam 'koperasi along'

Posted: 04 Jan 2011 11:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Ceti haram atau along dikesan menggunakan taktik baru menipu kakitangan awam dengan mengumpan mereka mendapatkan pinjaman mudah daripada koperasi tertentu sebelum melaburkan wang dipinjam itu dalam skim pemasaran berperingkat (MLM) yang membabitkan pelaburan terkumpul berjumlah hampir RM1 bilion, sejak tiga tahun lalu.

Kakitangan awam yang terpedaya janji manis along terbabit hanya perlu menyediakan dokumen tertentu untuk mendapatkan pinjaman mudah dan menyedari mereka tertipu selepas menyemak dengan koperasi mengenai jumlah sebenar pinjaman, malah terkejut dengan kadar faedah pinjaman tidak masuk akal yang dikenakan.

Sindiket terbabit menggunakan orang tengah untuk memujuk kakitangan kerajaan supaya membuat pinjaman daripada koperasi kononnya bagi melabur dalam skim MLM yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, sedangkan hakikatnya skim berkenaan disenaraihitamkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, semua urusan permohonan pinjaman seperti borang koperasi dan dokumen lain diuruskan dalang terbabit yang hanya menghubungi peminjam untuk mengeluarkan wang menerusi draf bank yang dipindahkan ke akaun milik sebuah syarikat.


Kegiatan itu dikesan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selepas menerima aduan orang ramai yang tertipu dengan sindiket terbabit menerusi tawaran pinjaman dan diluluskan tidak sampai 24 jam.


Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin, berkata sindiket itu dipercayai menggunakan cap jari dan tandatangan palsu mangsa untuk memohon pinjaman selain menawarkan satu skim pelaburan kononnya pemohon akan mendapat keuntungan berlipat ganda dalam masa singkat.

Katanya, kumpulan terbabit turut menjadikan kecanggihan teknologi maklumat untuk mendapatkan maklumat peribadi orang ramai yang diperoleh menerusi laman sosial Facebook dengan menjadikan penjawat awam di Lembah Klang sebagai mangsa.

Menurutnya, mangsa akan diperdaya dengan dakwaan kononnya pinjaman itu mendapat kelulusan kerajaan dan menunjukkan bukti koperasi sebagai badan yang dipertanggungjawabkan menguruskan kewangan itu sehingga diluluskan.

"Ramai di kalangan mereka (dalang) terbabit bergelar jutawan hasil daripada kadar caj pinjaman dan imbuhan tinggi yang dikenakan kepada pemohon. Mereka mengaku menjadi ejen koperasi, tetapi ramai yang tidak tahu, SKM sudah mengeluarkan arahan untuk melarang penggunaan ejen oleh mana-mana koperasi di negara ini.

"Berdasarkan aduan, ada peminjam yang dikenakan caj 12 peratus iaitu kadar yang terlalu tinggi jika dibandingkan caj biasa yang diterima koperasi sebanyak satu peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengadakan pertemuan dengannya untuk menyelesaikan satu kes terbaru membabitkan penipuan pinjaman bernilai RM111,000.

Menurut Md Yusof, pemantauan pihaknya juga mendapati rata-rata peminjam yang menjadi mangsa adalah penjawat awam yang baru bekerja dan tidak tahu membezakan antara skim yang dibenarkan atau didalangi pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

"Kami percaya sindiket menggunakan koperasi tertentu ini didalangi along yang turut menawarkan skim cepat kaya untuk menipu orang ramai yang terpedaya helah licik mereka," katanya.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai terutama penjawat awam yang terpedaya dengan tawaran sindiket terbabit yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung bebanan hutang pinjaman yang tinggi.

Md Yusof berkata, mana-mana koperasi yang terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 64 dan 66 Akta Koperasi dan jika sabit kesalahan, tindakan menggantung, membubar atau memecat ahli lembaga koperasi berkenaan akan diambil.

"Kami juga mengambil tindakan membekukan kod Biro Pemotongan Angkasa (BPA) yang diberikan kepada koperasi terbabit bagi menghalang mereka daripada menjalankan kegiatan baru dan hanya boleh menjalankan urusan sedia ada seperti pungutan hutang.

"Kebanyakan ejen ini agresif, mereka akan buat apa saja untuk menarik peminjam kerana imbuhan yang menanti adalah tinggi. Justeru, kami menasihati orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat pinjaman, sebaliknya merujuk kepada SKM terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai status koperasi," katanya.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
kes frend club pun masih belom selesai....bagai mana ngan masalah hutang koperasi yg terpaksa di tanggung oleh mangsa??padahal bukan mangsa yg mmbuat pinjaman..malah duit pinjaman langsung tak masuk ke akaun magsa..terus ke friend club...cuma menggunakan butiran diri magsa seperti I/C serta slip gaji...

Peachboy

sapa yg meluluskan,lesen koperasi tu,klu kita tengok mmg benda2 mcm tu sah, x payah la luluskan mana2 pihak yg nak buat koperasi selalu mcm ni la jadinye, satu lg duit ahli yg di rampas mane peginye

rezzo

Sepatutnya pihak SKM perlu menghebahkan nama dan syarikat MLM yg terlibat didalam media supaya kakitangan kerajaan tidak tertipu oleh skim cepat kaya ini. Terlalu ramai warga putrajaya kebanyakannya kakitangan kerajaan telah menjadi mangsa dan hidup mereka susah dan bekerja hanya untuk menyelesaikan hutang pinjaman peribadi. Memang ramai yang hdup dibawah paras kemiskinan sekarang akibat penipu-penipu MLM yang berleluasa di Lembah Klang.

Fadzli

kalau dah tahu kenapa pihak berkuasa tak ambil tindakan mengatasinya., kenapa perlu masuk media massa sebelum tindakan diambil. tak paham la cara ko oghang bekerja. ish ish

ghani

saya pun dengar cerita itu dah keliru, ini kan pula pekerja baru, yang tak paham instituasi pinjaman.bolih tertipulah dengan taktik along moden ini. tolonglah benteraskan segera.

rohana bt taib

Kalau wartawan dah berjaya membongkar taktik penipuan along. apa tunggu lagi. Pihak berkuasa jalankan penyiasatan rapi dan mendakwa along ini dalam mahkamah. Mahkamah boleh jatuhkan hukuman. Undang undang dalam negara kita dah tersedia. Peminjam pun satu...... Kenapa tidak meneliti dokumen sebelum tandatangani

nasir

Tidak ada wang mudah dalam dunia ini, tidak ada pinjaman yang semudah tanpa ada apa apa backup untuk pinjaman. Semua pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan adalah palsu semata mata. Orang yang bijak akan berfikir kenapa kalau melabur 10.00 boleh mendapat 50.00 kenapa syarikat itu baik hati sangat nak tolong orang? Jangan fikir apabila dah kena tipu pihak lain akan tolong. buat sendiri tanggung sendiri. Selagi ada orang yang hendak menjadi cepat kaya selagi itulah banyak penipuan akan berlaku.

naveer

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tinggal bayi bawah pokok

Posted: 04 Jan 2011 10:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.

Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.

Saksi kejadian, Norabiatul Adawiyah Yunus, 23, berkata ketika kejadian, dia dan rakannya, Nizul Ahmad, 21, baru pulang dari tempat kerja apabila ternampak sebuah beg galas ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sekolah berkenaan.


"Curiga dengan keadaan beg itu, saya kemudian meminta Nizul melakukan pemeriksaan. Sebaik membuka beg galas itu, kami mendapati kandungannya adalah tuala putih sebelum segera meletakkannya semula.


"Sebaik meletakkan beg itu, kami terdengar suara bayi menangis membuatkan kami terkejut dan berpandangan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Katanya, dia dan Nizul kemudian membuka semula beg galas itu sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki bayi cukup sifat berada dalam beg berkenaan.

"Keadaan bayi itu agak lemah menyebabkan kami segera menahan beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal.

"Kami bernasib baik apabila sebuah kenderaan polis kebetulan melalui kawasan itu.

"Sebaik menahan kenderaan itu, kami segera memaklumkan penemuan berkenaan dan anggota polis terbabit segera menghubungi pihak berkaitan," katanya.

Sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian sebelum bayi lelaki itu dihantar ke HKL untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Saya berbangga dengan keberanian dan keprihatinan kedua-dua saksi kejadian yang bertindak pantas memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

"Tindakan mereka berjaya menyelamatkan satu nyawa. Saya berharap tindakan mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai," katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.

Oleh itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan