Selasa, 4 Januari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Ditipu RM1.1j

Posted: 03 Jan 2011 09:52 AM PST

KUALA LUMPUR: "Memang syarikat saya antara yang tertipu dalam kejadian itu," kata Pengarah Urusan Pak Ngah Production Sdn Bhd (PNP), Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah ketika mengulas dakwaan Pengarah Eksekutif MM Event Sdn Bhd, Razali Dahalan yang kerugian hampir RM1.1 juta selepas seorang lelaki bergelaran Datuk didakwa menggelapkan wang sepatutnya dibayar kepada mereka.

Menurut Pak Ngah, dia tidak terbabit secara langsung, tetapi menyertai program berkenaan selepas dipelawa Razali selepas mendapat kontrak daripada Datuk terbabit untuk menjayakan festival bunga pada 2008.

"Saya dipertanggungjawab menyediakan peserta, mengendalikan tarian selain menjadi pengarah pada acara berkenaan.

"Selepas menjayakan program itu, Razali mendakwa Datuk terbabit enggan melunaskan bayaran sebelum dia membuat laporan polis.


"Disebabkan itu, Razali tidak dapat melunaskan bayaran penuh seperti dijanjikan, namun saya terharu dengan kesungguhan pihaknya yang berusaha mendapatkan wang berkenaan semula.


"Saya berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan diselesaikan dengan baik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Razali berkata kegagalan individu terbabit menunaikan janji menyebabkan dia kerugian.

"Disebabkan itu, saya gagal melunaskan bayaran penuh kepada beberapa kontraktor yang terbabit program berkenaan termasuk Pak Ngah dan pereka kostum daripada Syarikat Couture Classics (M) Sdn Bhd, Akma Suriati Awang," katanya.

Menceritakan lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku, Razali berkata, dia mula mengenali Datuk terbabit melalui abang dan anak saudaranya ketika ditawarkan mengendalikan satu pesta bertemakan bunga anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM).

"Saya mempelawa Pak Ngah dan Akma untuk menjayakan program berkenaan bersama-sama. Akma diminta menyediakan kostum mengikut tema program itu, manakala Pak Ngah bertanggungjawab menguruskan peserta, tarian dan menjadi pengarah pada acara berkenaan.

"Selepas berusaha bersungguh-sungguh, program berkenaan berjalan lancar seperti dijadualkan," katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Razali berkata, selepas pembayaran dibuat KPM, Datuk terbabit bersama abang dan anak saudaranya tidak melunaskan wang yang sepatutnya diserahkan kepada mereka.

"Selepas didesak, lelaki itu berjanji akan melunaskan bayaran berkenaan secara ansuran sebanyak lima kali sebelum dia melalui wakilnya menandatangani satu perjanjian pembayaran dijadualkan bermula 18 Julai 2008 hingga 18 Disember tahun lalu.

"Disebabkan itu, saya terpaksa mendiamkan diri, namun selepas tempoh berkenaan tamat, individu terbabit masih tidak melunaskan bayaran," katanya.

Razali berkata, sehingga kini lelaki itu mendiamkan diri dan enggan menjawab panggilan telefon.

"Saya tidak mahu memperbesarkan masalah ini sebaliknya mahu menuntut keadilan dan hak kami.

"Pendedahan ini diharap dapat membuka mata lelaki terbabit supaya segera tampil dan melunaskan hutang itu. Ini kerana saya terpaksa menanggung kerugian selepas menjayakan program berkenaan. Malah, kedudukan kewangan syarikat turut terjejas," katanya.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
mmg dasar penipu...tarik balik je pgkat datuk tu...

mie

ingat dato' tu senang ke...? kadang2 pun sesak de...
lepas ni dicadangkan Hmetro buat ranking 50 datok Msia yg paling buruk perangai 2011
Ranking no. 6. Dato yg dimaksudkan ini jatuh kepada .... Datuk Seri .......h .....n

tilik

ada hikmah disebalik kejadian....kat dunia 'datok' blh diam...blh lari lajuuuu2...tp 'di sana'????

zana

banyak kes menipu sekarang ni x kira pangkat kedudukan. pasni mungkin da xde orang nak respek kat dato' lagi dah kalu dato' pun buat macamni.

norliza mohd sidik

Jangan mudah percaya dengan Mana-mana datuk..sy sendiri penah kena tipu.Janji manis sahaja.

Faizal

kenapa tak sebut jer nama datuk tu.. ni mesti org kuat politik ni, betul tak? kalau rakyat biasa belum disabitkan bersalah dah heboh satu negara, tapi bila melibatkan 'datuk' takut nak dedahkan nama walaupn dah terang-terang kena tipu.. hampeh!!!!

anas rahimi

Ingat datok banyak duit ke...?? Sebab tak ada duit le dia kebas duit orang... yang heran tu, tak plak nak hebohkan nama, biar le dia segan skit, dia bayar....eleeee...

rusila

Siarkan aje nama Datuk tersebut biar dia rasa malu. Kalau sembunyikan nama nya dia tidak akan merasa kesesakan nafas orang lain

HJH ZAINAB HJ MOHD NASIR

Kenapa tak terus paparkan nama 'Datuk' berkenaan. Buat apa nak melindungi orang yang tidak amanah.

Abdul Muiz

macam mana orang macam ni dapat status dato'.status pemberian pangkat dato,harus di had setahun 10 atau 20 orang saja ini setiap kali hari jadi setengah dari mukasurat akbar penoh dengan nama-nama penerima anugerah dato. 2 atau 3 orang saja yang masyarakat tahu jasa mereka kepada masyarakat.sebahagian besar diantara mereka tak di kenali langsung dan apa sumbangngannya kepada negara,sehingga dapat pemanugerahan dato,dan lebih dahshat lagi ada dato tibatiba menjadi popular kerana kes kes yang mengejutkan masyarakat.

zikri

Semoga ianya dijadikan teladan kpd kita semua. Ingatlah hutang akan dituntut diakhirat. Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali.

sri siantan

sebut jer nm datuk 2...kasi dia ingt ckit!!ingt org biase jer duk buat prangai mnipu ni..yg ader title datuk pn prangai haprak gak!!

intan

dah semua bergelo dato itulah akibatnya.tak ngape dato ngenekan sesame kite

muzafar

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dua beranak lemas

Posted: 03 Jan 2011 09:42 AM PST

KOTA TINGGI: "Sebelum masuk tidur, Akmal terlebih dulu menulis namanya di semua buku latihan dan meletakkan pakaian dan peralatan sekolah di sebelah tempat tidurnya," kata Hasnah Taib, 35, yang kehilangan anak sulung dan suami serentak dalam kejadian lemas di pantai peranginan Tanjung Balau di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang Pegawai Waran ll digulung ombak besar ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya yang lemas sebelum kedua-duanya terkorban di pantai peranginan berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari.


Pegawai dari Briged Ketujuh (Artileri) Kem Mahkota Kluang, Norizal Tajudin, 40, menggadai nyawanya bagi menyelamatkan anak sulung, Mohd Shyful Akmal, 11, yang terjatuh ke dalam laut ketika meniti batuan di tepi pantai itu.

Arwah Norizal akan bersara wajib pada 2012 selepas 21 tahun berkhidmat dalam tentera, meninggalkan Hasnah dan dua anak Nor Shazril, 9, dan Nor Shazwan, 4.


Menurut Hasnah, tiada perubahan ketara pada suami dan anak sulungnya sebelum kejadian.


"Cuma Akmal kelihatan begitu gembira melihat pakaian dan peralatan persekolahan yang dibeli arwah suami.

"Antara kata-kata Akmal yang masih terngiang-ngiang di telinga saya malam sebelum kejadian ialah dia tidak sabar hendak pergi sekolah," katanya dalam kesayuan.


Akmal sepatutnya masuk tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Rahman Yassin, Kluang, semalam.

"Saya reda menerima dugaan ini, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang soleh," tambahnya lagi.


Tragedi berlaku apabila Norizal bersama isteri dan tiga anaknya mengikut birasnya, Rosdi Poniran, 51, menghantar anaknya ke sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Penawar di sini.


"Kami bertolak dari Kluang pada jam 9 pagi dan sampai di Bandar Penawar kira-kira jam 12 tengah hari.


"Mengikut perancangan awal, selesai urusan kemasukan Fara Idayu ke IPTS itu, kami hendak pergi melihat cucu saudara di Felda Pasak dan pergi berkelah di Desaru terlebih dulu.


"Norizal yang memandu kereta Proton Waja mencadangkan kami semua berkelah di pantai Tanjung Balau," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi.


Menurut Rosdi, selepas makan Akmal minta izin bapanya mandi laut tetapi tidak dibenarkan Norizal.


Katanya, Akmal meminta izin ke batuan di pantai itu bagi melihat pemandangan di sekitar pantai peranginan itu.


"Ketika Akmal dipanggil balik bapanya kerana kami semua sudah mahu pulang, Akmal dikatakan tergelincir ke dalam laut.


"Melihat kejadian, Norizal sempat menyerahkan telefon bimbit kepada anak keduanya, Nor Shazril, sebelum terjun ke laut," katanya.


Menurut Rosdi, dia hanya menyedari kejadian apabila Nor Shazril memberitahu bapa dan abangnya lemas.


"Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat orang ramai cuba memberi bantuan pernafasan tetapi gagal," katanya.


Katanya, Akmal ditemui 10 minit selepas bapanya dijumpai dengan kesan cedera di dahi dipercayai akibat terhantuk batu.


Kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Haji Manan, Kluang.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan