Selasa, 4 Januari 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Keputusan MUET Khamis ini

Posted: 04 Jan 2011 12:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM Khawari Idris berkata calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari tersebut.

Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET<jarak><No.Kad Pengenalan> dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut, katanya.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara, katanya.

Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini.

Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Januari ini, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bekas konstabel polis jual motosikal curi dipenjara tiga tahun

Posted: 04 Jan 2011 12:47 AM PST

KLANG, 4 Jan – Seorang bekas anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual sebuah motosikal curi yang dilaporkan hilang kepada seorang lelaki, 10 tahun lepas.

Majistret Afifah Mamat @ Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, Zainuddin Rahmat, 32, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Afifah memerintahkan Zainuddin menjalani hukuman berkuatkuasa hari ini dan menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Zainuddin, bapa kepada enam orang anak, didakwa sengaja memindahkan iaitu menjual sebuah motosikal jenis Honda C100, nombor pendaftaran ACY 7326 bernilai RM2,500 kepunyaan Mohamad Man (ulang Mohamad Bin Man) dengan harga RM300 kepada Azlan Ariffin, 26, sedangkan tertuduh tahu ia adalah harta curi yang dilaporkan hilang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima depan rumah No: 62, Jalan Raja Abdul Rahman, Taman Kapar, Kapar di sini, kira-kira pukul 8 malam pada Ogos 2001.

Kesalahan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang perbicaraan, seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan seorang saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim mewakili pihak pendakwaan. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan