Selasa, 4 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Air bersih bagi penduduk Kelantan

Posted:

Air bersih bagi penduduk Kelantan

Air bersih bagi penduduk Kelantan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Jan. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memperuntukan RM144 juta bagi menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar di Kelantan dalam tempoh dua tahun ini iaitu sehingga 2012.

Timbalan Menterinya, Datuk Hassan Malek berkata, peruntukan tersebut lebih tinggi berbanding peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak kementerian kepada negeri ini sehingga November lalu iaitu sebanyak RM120 juta.

Beliau berkata, daripada peruntukan RM120 juta itu, sebanyak RM78 juta adalah untuk pembangunan projek infrastruktur luar bandar membabitkan penyediaan bekalan air bersih, elektrik dan jalan.

Katanya, peruntukan besar itu disalurkan memandangkan rakyat negeri ini terutama penduduk luar bandar masih ketinggalan dalam pelbagai aspek terutama mendapat bekalan air bersih yang disalurkan secara sempurna.

"Peruntukan yang disediakan adalah satu peningkatan besar kerana orang sini (kerajaan Pas Kelantan) tidak dapat menyelesaikan masalah air, jadi kita bantu," katanya selepas menyampaikan bantuan beg dan peralatan sekolah di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini menyatakan rakyat negeri ini khususnya di luar bandar perlu menunggu sehingga 2027 untuk mendapatkan bekalan air bersih dan menyifatkan tempoh tersebut bukanlah satu tempoh yang terlalu lama.

Mengulas perkara tersebut Hassan berkata, Kerajaan Pusat mempunyai perancangan yang rapi dalam menyediakan pembangunan untuk rakyat termasuk di negeri ini dan keadaan itu berbeza dengan Kerajaan Pas Kelantan yang terbukti gagal memenuhi keperluan air bersih rakyatnya.

Beliau pada masa sama turut meminta kerajaan negeri turut membangunkan jalan-jalan kampung terutama sekitar Kota Bharu yang didapati banyak rosak dan tidak diselenggara dengan baik.

"Tanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur bukan hanya terletak di bawah pihak kementerian dan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri juga mempunyai tanggungjawab,'' katanya.

Hassan turut memberitahu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan luar bandar yang dilaksanakan oleh beberapa agensi kementerian di negeri ini.

Beliau berkata, lebih 90 peratus daripada projek pembangunan terutama infrastruktur dan bekalan air luar bandar yang dilaksanakan sehingga tahun lalu siap lebih awal daripada jadual asal sementara bakinya di peringkat akhir pelaksanaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berjanji untuk membantu mengatasi masalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) tanpa mukim yang dikatakan masih belum menerima elaun.

"Saya akan selidik dan akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah ini, ia boleh diselesaikan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

Posted:

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

Pengawal keselamatan maut motosikal dirempuh kereta

TUMPAT 3 Jan. - Seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 11 Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, malam semalam.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, mangsa, Mohd. Roslan Mohd. Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas tercampak daripada motosikalnya.

Menurut seorang saksi, Mohd. Azahan Daud, 38, ketika kejadian dia yang baru tiba di sebuah kedai roti canai berdekatan melihat sebuah kereta Proton Wira dipandu laju dari arah Kota Bharu sebelum memotong sebuah kereta lain di hadapannya.

"Tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat, lalu kami bergegas keluar dan terkejut melihat ada mayat tercampak di hadapan kedai dengan keadaan mengerikan.

"Kami lihat motosikalnya diseret sejauh kira-kira lima meter dan ada api keluar akibat pelanggaran tersebut. Kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta terbabit yang berusia 30-an hanya mengalami kecederaan di bahagian muka akibat terkena serpihan cermin kereta dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan