Isnin, 3 Januari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Sebumbung dengan mayat

Posted: 02 Jan 2011 09:48 AM PST

BATU PAHAT: "Rupa-rupanya, dua malam kami sekeluarga tidur sebumbung dengan mayat," kata Kamaruzaman Sahlan, 40, selepas dua pekerja syarikat pendawaian elektrik menemui mayat lelaki melecur teruk di siling rumahnya di Jalan Bukit Pasir, jam 8.30 malam kelmarin.

Mayat lelaki berusia 50-an dipercayai penagih dadah itu dijumpai tertiarap dan hampir seluruh badannya melecur selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong wayar di siling rumah Kamaruzaman untuk dicuri.

Sebelum itu, Kamaruzaman dan keluarganya menyangka bekalan elektrik terputus di rumah mereka sejak petang Jumaat lalu berpunca daripada masalah pendawaian dan sama sekali tidak menyangka ia disebabkan cubaan mencuri wayar elektrik.

Mengimbau kejadian itu, Kamaruzaman yang ditemui semalam berkata, isterinya, Santi Jumingan, 27, memberitahu bekalan elektrik di rumah sewa mereka terputus sejurus dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat Asar jam 6 petang, Jumaat lalu.


Kamaruzaman yang bekerja sebagai pembantu kedai melakukan pemeriksaan rambang, tetapi gagal mengesan punca masalah sebelum menghubungi pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meminta bantuan.


"Petugas TNB datang melakukan pemeriksaan pada jam 7 malam dan memaklumkan ia mungkin disebabkan masalah pendawaian dan perlu mendapatkan khidmat kontraktor.

"Saya menghubungi syarikat berkaitan dan dua pekerjanya datang membuat pemeriksaan, namun mereka juga gagal mengesan punca masalah," katanya.

Menurut Kamaruzaman, pekerja terbabit berjanji datang semula keesokan hari melakukan pemeriksaan lebih menyeluruh termasuk sistem pendawaian di siling.

Selepas datang semula pada jam 8.30 malam kelmarin, dua pekerja itu meminta izin memecahkan siling bagi membolehkan mereka melihat sistem pendawaian.

"Sejurus menaiki siling, kedua-duanya terjun dan berlari keluar sebelum memaklumkan ada kaki manusia di atas siling. Saya terkejut dan keliru mendengar kata mereka, lalu meminta bantuan rakan, pekerja TNB membuat pemeriksaan.

"Rakan saya datang dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan ada mayat lelaki di atas siling rumah saya. Saya terus membuat laporan polis," katanya.

Kamaruzaman berkata, sepasukan anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat bergegas ke rumahnya untuk mengeluarkan mayat selain melakukan siasatan.

"Saya percaya lelaki terbabit terlebih dulu memecahkan siling bilik air kediaman kosong di sebelah rumah sebelum cuba memotong wayar elektrik di siling rumah saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
padan muke ko..dasar pencuri mmg kena laaa...

mekzaa

SATU PENGAJARAN PD YANG BUAT KEJAHATAN

kawan

tu la akibatnya mencuri.sudah2 la tu.insaf la.

Mohd Abis Ho

negara kita patut ikut hukum hudud.......biar semua org takut nk wat salah

siti

ada tangan, kaki dan sihat badan kerja lah..sikit2 pun gaji xpa janji halal.
Curi...kan cash dapat ni..

Mas

balasan tuhan..
tu la..
mncuri lg..

cik stella

Itu-lah balasan orang yang keja-nya hanya mencuri, malas bekerja dan tabiat yang burok penagih dadah.kematian-nya tidak menjadi rugi malahan lebih baik dari hidup menyusahkan orang.

Hj. Mohd Hamzah B Jimin

kalau ikan kena karan boleh gak makan,kesian sungguh....

amram

ermmm...
berfikir dahulu sebelum buat...banyak lagi keje halal kat luar sana....

amoy namika kanada

sesungguhnya nawaitu yang baik pasti akan mndapat hasil y baik dan begitu juga sebaliknya..
renung-renungkanlah dan selamat beramal..=)

akma dyesebel

mengharapkan harian metro mengeluarkan cerita2 yang lebih pelik dan kotroversi.
Harian metro BES!!!

hayati

balasan mencuri oleh Allah semasa di dunia...

ifah

Kalau Tuhan mahukan dia mati, maka matilah dia. Beringatlah sebelum maut menjelang

Pak Syed

itulah manusia..sanggup membinasakan diri dengan melakukan perkara yang haram bagi mendapatkan kemewahan harta dan kekayaan..

Tajul walfa ezal

sila check syiling rumah anda sekaranggg...

umiiee

pengajaran kepada orang yang suka mencuri

tapa

nape tnb selalu buat keje bila nk mlm...!dtg belah siang kn nampk...mlm kn gelap dh tu kontraktor pn dtg belah nk mlm..?smpai 2 ari pengadu bergelap...xptut..!tlg ambil perhatian pd yg berkenaan.

halim mat nor

semakin ramai orang kita yg mengaku islam mati tanpa iman terus ke neraka,marfum hadis nabi,Tak beriman seseorang itu semasa ia mencuri,itulah dunia akhir zaman,tak sempat kiamat besar tapi kiamat kecik untuk kita iaitu mati.insaflah wahai manusia

azhar

yang salah tetap bersalah diatas kesalahan yang dilakukan..namun masyarakat pun nampaknya telah hilang sifat-sifat kemaafan dan simpati terhadap pesalah..dan ingat tiada manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan

jamil67

kebanyakan rumah bersambung tiada penghalang diatasnya,kita pastikan rumah jenis ni mesti ditutup,saudara/ri pembaca cuba cheek rumah sekarang ni,kiranya rumag andajenis ni.. hati2 ok

wan

saye setuju dengan En.AFIF ZAKY

Khan

semoga menjadi iktibar pd semua penagih dadah.tak perlulah teruskan aktiviti yg x memberi manfaat pada diri sendiri...akhirnya menyusahkan didi dan masyarakat.sedar-sedarlah.

mohd khairul

sepatutnyer umur diusia senja banyakkan amal ibadat di masjid atau surau...beginilah jadinya bila nafsu menguasai diri....insaflah wahai umat...perbetulkan yang silap...marilah menuju kejayaan...

to'kie

kepada penagih lain insaf2 lah,jgn cuba buat kerja yg sia-sia,tetapi kpd pendawai letrik hendak lah berhati-hati apabila membuat kerja pendawaian....

khairul

pikir dahulu sebelum buat...itu masalah nya..kerja yg halal x nk buat..buat keja haram..kenalah azab nya...

ubaidilah wahab

Persoalannye nak curi kabel rumah tu kecil je.. aku rasa nak mengintai skali tu.. kenapalah masyarakat malaysia dh semakin teruk jadinye ni..

rizal-polimas

hahhahahha...sia sia je bsusah payah nak curi p mati kena renjatan elektrik...

eza

Memang bagus berita yang diketengahkan semuga menjadi pengajaran kepada manusia yang cuba engkar dengan perintah Tuhan. Harus dari berita yang diketengahkan dapat menyedarkan masyarakat bahawa kerja2 yang dilarang oleh Tuhan dilakukan berulang kali tanpa insaf akan menerima balasannya.

Othman bin Mat

inila akibatnya bila menjadi penagih..akhirnya bila dah ketagih sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang d ingini (dadah) kesannya..diri sendiri yang Binasa!!

SUki

mati akan dtg bla2 masa saje,cma kta sje yg xtau msa kta mati,so jgnlah buat kje yg sia2..

rosnah masod

kecurian wayar elektrik harus di pantau kerana semakin giat berlaku..

mia

pengajaran kepada sesiapa yang suka curi kabel...

wani

Rahimah: Nk menyesal cm ne, dia dh mati, mati yg xsempat bertaubat, ingatlah wahai pencuri, jgn mencuri wayer yg mempunyai arus elektrik...

Alwie

yelah tapi bagus juga orang itu penagih dadah dan undang2 negara hukuman ambil dadah,miliki dadah dan makan dadah adalah hukuman mati hukuman gantung pula itu saya harap semua rakyat janganlah ambil dadah dan mencuri jika nak makan dadah itu maknanya nak pergi mati itu ini buat pengajaran kita semua

zizi

metro mmg hebat,padat,tepat,cepat&terkini.bg penagih dadah,insaflah.sape nak gnti siling kamaruzaman tu?

yasin omar

Kesian tuan rumah tapi dua kali kesian pada penagih dadah kerana kejahilannya. kita yang masih hidup & waras ini mudah2an dapat pengajaran.

moksu

Dunia penuh dengan pelbagai jenayah. Sama-samalah kita membanteras jenayah.

AFIF ZAKY

dijadikan pengajaran kepada penduri2 kabel yang lain

aisha

Inilah kesudahan bagi si penagih...
Bila dah tiada pilihan, rela lakukan apa saja tanpa mngira risiko...

zam

Ya Allah..umur dah 50 tahun pun maseh nak mencuri lg...sia2 usia yang Allah beri...Ambil lah iktibar..

Zann

kurang didikan agama serta jahil dalam hidup.
akhirnya membawa padah,jadikan pengajan.

mat jue

Dia telah pun mendapat balasan didunia ini,bagaimana pula didunia sana,Na'uzubillah..

Zolfaqar bin Rabu

sia-sia je mati mcm tu kan..ini sebagai iktibar tuk kita semua..ingat! mati pasti berlaku bagi setiap yg bernyawa.

shifa' uum

jenayah xkira tempat skrg ni....chek syiling rumah masing2 cepat.

haizat

pengajaran kepada mereka yg suka curi kabel elektrik

rositah hazmin

ini lah pegajaran buat semua...maut dtg bila2 masa,kesudahannya,penyesalan tdk berguna lg.

rahimah

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua...

dila

pendapat saya, letakkan gambar berkaitan setiap berita yang dipaparkan sama seperti surat khabar metro dan kurangkan paparan iklan bersebelahan laman web ini, kebanyakan iklan gambar yang bergerak2 dan menghilangkan fokus untuk membaca, harap maklum

mohd zaki bin saad

Kalau dah dasar penagih.............nak dapat RM5-6 sahaja,keselamatan dan nyawa dipertaruhkan.Malang habislah kamu ni.

masuk saja

selicik2 mencuri kabel selama ini akhirnya bertemu MAUT di hari bodohnya itu..

Azid Abid

Walaupun telah banyak dilaporkan kes tragis begini.. manusia tidak pernah mengambil pengajaran..sesungguhnya allah maha mengetahui..

rizal

merto good kekal kan isu2 hangat tepat padat dengan maklumat terkini.

Mohd jazimin bin hussin

hahaha padan muka si gian dadah tu

ZACK

sudah la umur menjangkau 50-an pun masih menghisap dadah.... sudah la menghisap dadah, hendak mencuri pulak tu... sudahnya dijumpai mati terkena renjertan elektrik... ini lah padahnya... jadikan kejadian ini sebagai pengajaran buat semua....

Ina Syahara

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tangan putus masuk kereta

Posted: 02 Jan 2011 09:25 AM PST

TUMPAT: Seorang penunggang motosikal mati dalam keadaan ngeri apabila tangan kanannya putus dan terpelanting ke dalam sebuah kereta akibat perlanggaran dengan kereta itu di Kilometer 11, Jalan Pengkalan Kubor-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.

Kejadian jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa, Mohd Roslan Mohd Daud, 22, dari Kampung Selising, Pasir Puteh, maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada motosikal Honda EX 5 ditunggangnya, manakala kenderaannya itu terseret hampir lima meter.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dari Pengkalan Kubor sebelum motosikalnya bertembung Proton Wira dari arah bertentangan.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan tangan kanan mangsa terputus dan tercampak ke tempat duduk hadapan kereta berkenaan sebelum kereta itu berhenti pada jarak 100 meter.


Saksi, Mohd Azahan Daud, 38, berkata ketika kejadian, dia yang berada di kedai roti canai berhampiran melihat sebuah Proton Wira dipandu laju dari Kota Bharu cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.


"Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran menyebabkan kami yang berada di kedai terkejut dan bergegas keluar. Kami terkejut melihat mayat tercampak di hadapan kedai ini dengan keadaan tangan terputus.

"Motosikalnya diseret kira-kira lima meter dan ada percikan api keluar akibat pelanggaran terbabit sebelum kereta itu berhenti kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira yang berusia 30-an cedera di muka akibat terkena serpihan kaca dan dihantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan.

Rakan Mohd Roslan, Shazrul Hussin, 22, ketika ditemui berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, seluruh tubuhnya menggeletar melihat keadaan mayat rakannya.

"Sebaik tiba, saya lihat orang ramai mengerumuni satu sudut di kawasan itu dan terkejut melihat keadaan mayat rakan saya dengan tangannya terputus.

"Saya sedih kerana setengah jam sebelum itu, kami berjumpa di tempat kerja sambil minum bersama. Dia memberitahu mahu pulang ke rumah keluarganya dekat Pasir Puteh, tapi tidak pula beritahu mahu ke Tumpat," katanya.

Katanya, sebelum berpisah, arwah memberitahu kebimbangannya berjalan jauh kerana terdedah kemalangan ketika pulang ke rumah.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan