Rabu, 5 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PM rai pasukan bola sepak Malaysia Rabu ini

Posted: 05 Jan 2011 03:19 AM PST

Mutakhir

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan meraikan pasukan bola sepak negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, dalam satu majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Rabu depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pada majlis itu juga Najib dijangka mengumumkan ganjaran yang bakal diterima kesemua pemain yang beraksi pada kejohanan membabitkan negara Asia Tenggara tersebut.

Pasukan kebangsaan yang turut dikenali sebagai skuad Harimau Malaya menamatkan penantian 14 tahun negara untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember lalu. Berikutan kemenangan itu, Perdana Menteri mengumumkan Jumaat berikutnya iaitu 31 Disember lalu sebagai cuti umum.

Selain ganjaran daripada kerajaan, pemain akan turut menerima wang tunai daripada Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).

Tabung yang ditubuhkan bagi mengumpul sumbangan kepada skuad bola sepak kebangsaan jika mereka memenangi piala tersebut, setakat ini menerima ikrar sumbangan lebih RM80,000. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pelantikan Khusrin teratur, tiada unsur politik: KSN

Posted: 05 Jan 2011 03:13 AM PST

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan