Sabtu, 1 Januari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bukan masa eksperimen

Posted: 31 Dec 2010 03:12 PM PST

MukaDepan

Kerajaan tak abai kepentingan rakyat dalam membuat janji

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat supaya menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan sepatutnya.

Perdana Menteri dalam perutusan Tahun Baru 2011, berkata ini bukan masa bereksperimen tetapi waktu memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang sudah terbukti berkesan. "Janganlah kita hanya berpuas hati dan berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian, tetapi marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikan tanggungjawab ini sebaik-baiknya," katanya.

Najib juga mengingatkan generasi kini supaya tidak memperdagangkan atau mempertaruhkan nasib generasi akan datang dengan membuat keputusan yang salah.

Katanya, dalam menguruskan negara, terutama ekonomi, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban.
"Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak sekali-kali akan membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular, namun hakikatnya menjejaskan kepentingan semua kaum pada kemudian hari," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar bersifat popular, tetapi tidak bertanggungjawab mungkin mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek, tetapi bagi tempoh masa panjang, rakyat akan menderita.

"Mengambil iktibar daripada kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita sudah merancang asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Bajet 2011 – yang akan mengangkat taraf dan mutu hidup rakyat.

"Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

"Sayangnya ada pihak menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh kerajaan hanya berminat terhadap projekmega yang sesungguhnya tidak benar sama sekali," katanya.

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata, pihak sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek itu memberi manfaat kepada rakyat.

"Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

"Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya menambah perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara," kata Perdana Menteri.

Najib yang berharap rakyat mampu melihat dan menilai 'yang mana kaca, yang mana permata', berkata kerajaan sejak dulu memberi perhatian untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mapan. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Budak enam tahun maut dilanggar mat rempit

Posted: 31 Dec 2010 03:00 PM PST

JEMPOL: Hasrat seorang kanak-kanak perempuan mendaftar diri untuk memulakan pengajian tahun pertama persekolahannya semalam, tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah motosikal yang didakwa sedang berlumba di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh, di sini malam kelmarin.

Siti Nur Zulaihah Mohd Zaidi, 6, yang sebelum itu menaiki motosikal bersama ibunya, dikatakan tercampak hampir 10 meter akibat rempuhan berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala, badan serta kaki.

Ibunya, Norlida Khalid, 39, yang patah kaki kiri dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, berkata ketika kejadian, dia bersama anaknya serta seorang rakan yang menunggang motosikal berlainan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jempol dari Bahau.

"Tiba-tiba sebuah motosikal tidak berlampu dan ditunggang laju dari belakang mencelah di antara motosikal saya dan rakan sebelum bergesel dengan motosikal saya, menyebabkan saya dan Siti Nur Zulaihah terjatuh atas jalan raya.

"Saya tergamam dan pandangan kabur ketika itu. Namun rakan memberitahu sebuah lagi motosikal dari arah belakang merempuh Siti Nur Zulaihah yang sedang berdiri untuk mencari saya," katanya yang tidak dapat menahan linangan air mata.

Norlida berkata, sebelum itu anaknya bersungguh-sungguh mengajak pulang dari rumah datuknya ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol kerana tidak mahu terlewat mendaftar di Sekolah Kebangsaan Jempol, semalam dan begitu bersemangat sambil berulang kali mencuba seragam sekolah baru dibeli serta mengemas beg sekolahnya, kelmarin.
"Dia juga sungguh berselera makan. Lebih mengharukan, sebelum kejadian dia memberitahu mahu mengikut datuknya yang baru tiga minggu meninggal dunia, namun tiada siapa memberi perhatian kepadanya ketika itu," katanya sambil menambah jenazah Siti Nur Zulaihah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Pasoh 1, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Mohamad, berkata polis sudah mengambil keterangan penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha RXZ berusia 18 tahun, tetapi masih mengesan seorang lagi penunggang motosikal jenis sama yang dikatakan bergesel dengan motosikal mangsa.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

noraini amran

padahnya bila pihak berkuasa bertegas dgn pesalah, pihak berkuasa pula dikritik dn ditekan oleh keluarga pesalah, NGO malah ahli politik dan media masa..ambiklah...ini yg anda semua mahu...penjenayah dibela...yg tk berdosa jd korban

shahrolzaidi

Apa-2 pun Al Fatihah dulu...saya cadangkan mat rempit yg melanggar org dan mengakibatkan kematian , harus dihukum mati kerana ia dikira membunuh walaupun tanpa niat...ini adalah kerana mat rempit pun tahu klu bawa moto laju dan berlanggar org akibatnya mesti membawa maut...bermakna dia dah tahu apa akan jadi..

Ryan

mat rempit memang menyusahkan..x sedar2 lagi..sudah kudung nangis2 pla minta bantuan..iskk

anuar

Takziah pada keluarga mangsa. Kerajaan tolonglah prihatin pada rakyat yg tidak berdosa. Bg lah hukuman maksimum pada mat2 rempit ni...Bohsia bohjan juga berkait dgn mat rempit. ragut juga berkait ngan mat rempit.Samseng jalanan juga berkait ngan mat rempit. Adakah kerajaan tidak nmpk itu semua? Atau saje membutakan mata dgn berkata itu masalah kecik? Adakah tunggu mat rempit menjadi terrorist lak baru nk amik tindakan tegas? Pembanguan negara tidak bererti sekiranya jiwa rakyat tidak membangun. Bangunkan rakyat, insya allah secara tidak langsung negara juga akan membangun.

Jammer MaCmood

Bilakah hari yang kita akan terima berita dimana mat rempit sudah tiada lagi menyusahkan orang awam

amal_inna

isyhhh!!!mat rempit xguna...keje nak myusahkan idop org lain jer...ksian kluarga budak ni...hukuman rejam sampai mati je kpd mat rempit ni!!!al-fatihah...semoga kluarga mangsa tabah dan cekal menjalani kehidupan tanpa org tersayang disisi...=(

Jammer MaCmood

Bilakah hari yang kita akan terima berita dimana mat rempit sudah tiada lagi menyusahkan orang awam

farhan@fa'an

Al-Fatihah..salam takziah..semoga mat rempit itu mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.kepada keluarga si arwah jgn la b'sedih di atas kejadian yg telah b'laku itu kerana itu semua ada hikmahnya..kitaorang semua doakan semoga pemergian arwah tersebut akan di tempatkan yang telah di janjikan oleh Allah S.W.T....Amiiiin...

bujang

sy terlalu geram apabila mendengar tentang mat rempit,kerajaan kena buat hukuman yg lebih keras terhadap mereka ini.

farhan@fa'an

Al-Fatihah..salam takziah..semoga mat rempit itu mendapat taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.kepada keluarga si arwah jgn la b'sedih di atas kejadian yg telah b'laku itu kerana itu semua ada hikmahnya..kitaorang semua doakan semoga pemergian arwah tersebut akan di tempatkan yang telah di janjikan oleh Allah S.W.T....Amiiiin...

pak chaq Espie

Kalau x silap saya pernah satu ketika pihak PDRM Johor kalau x silap apabila menagkap mat rempit mereka tidak di denda tapi mengurung mereka di rumah mayat. Kaedah ini di fahamkan berkesan tetapi ada juga NGO komen hak asasi manusia la dan sebagainya.

Penduduk Jln Bahau-Juasseh

al fatihah buat mangsa..
mmg selalu mat rempit merempit kat jln ni..
lg2 cuti hari raya..
sekejap menghala ke bahau,kjp menghala ke juasseh..
ktrg yg tggl kat tepi jln bahau-juasseh ni dah lali dgn bunyi motor mat rempit ni

lani

al-fatihah.....astghfirullahalazim apa nak jadi dengan mat rempit sekarang..

faizul

SKRG MAT REMPIT MMG DAH MELAMPAU!!!NAK RACING PUN G LA TEMPAT YANG JAUH DARI ORG AWAM,DLM HUTAN KE TENGAH LAUT KE...BINATANG2 JER YG SUKE TENGOK SPESIS DORANG WAT KJE BONGOK 2...

mohd khalid Mustapha

Mat rempit ni tak henti-henti menyusahkan orang, kehidupan mereka hanya menyempitkan dunia sahaja...Saya syor kerajaan hukum pesalah macam ni dilucutkan kewarganegaraan mereka, biar mereka nak tinggal di Malaysia terpaksa mohon permit...baru mereka tau langit tu tinggi...kerajaan pula perlulah bertegas dengan mereka, jangan nak buang masa bodek-bodek lah, pujuk lah...

azi

pasni soh polis wt rblok byk2... pas2 wak msuk jil jer mat2 rmpit yg dk lggq org 2..

hamba allah

Sampai bila kita nak biarkan Mat Rempit bermaharajalela di atas jalanraya. Jika sah terlibat dan menyebabkan kematian, hukum sahaja si pesalah gantung sampai mati

Alif

susahlah kalau mat rempit sampai bleh membunuh ni.. dah masuk tahun 2011 dah, please kerajaan, berbuat sesuatu!! takkan lah sibuk sangat pasal pembangunan n kemajuan sampai masalah sosial kecik macam ni pun tak boleh nak selesai?! masalah kecik kalau dibiar je makin membesar n teruk!! kerajaan please ambil tindakan!!!! tak pasal2 nyawa seorang budak tak berdosa hilang!!! :'( takziah

mohd rahman bin selamat

astaghfirullahalazim.. apalah dlm minda yg melakukan perbuatan ini...

MOHAMAD BIN MUDA

AL FATIHAH...DAN MEREKA YANG MELAKUKAN KEJADIAN ITU ELUK RASANYA DICAMPAK DALAM KANDANG SINGA...HUKUMAN MODEN TAK BERKESAN DAN MERAKA TIDAK TAAKUT...

Pak Tom

Bilalah lagi masalah Mat Rempit ni nak selesai. Ramai orang awam dan Polis juga menjadi mangsa Mat Rempit. Di harap penguatkuasaan berterusan (dan bukan bermusin) serta hukuman maksima dikenakan kepada Mat Rempit saperti ini

Shah

tak guna betul mat rempit. hukum bunuh atau penjara seumur hidup je.

c taduh eddy

Apa kata NGO....
Kalau polis kasar sikit ngan Mat Rempit,bertalu talu komen....hak asasi manusia lah...

azis bin busli

Salam Takziah Buat Puan Norlida Semoga Tabah Menerima Dugaan Ini. Al-Fatihah Buat Arwah Siti Nur Zulaihah....Dan kepada mat rempit yang telah merempuh arwah hingga maut, biar di mana pun kamu berada dan bersembunyi Allah S.W.T. tahu apa yang telah kamu lakukan.....Semoga Allah melaknati kamu dan membalas kejahatan yang telah kamu lakukan...Amiiiin.

MOHAMAD NAJIB

takziah kepada keluarga mangsa... nak tanya tentang saya seorang (O.K.U) penglihatan. ketika itu saya dan biras melintas simpang jalan untuk balik ke rumah dari kerja,tiba-tiba saya dilanggar oleh sebuah kereta dan saya cedera.soalan saya adalah di dalam situasi begitu, siapakah patut disalahkan? Adakah saya atau pemandu yang melanggar saya?

saiful amin

kenapa la mat rempit ni xda akal.. menyusahkan semua org.. bajet hebat la bwk laju2.. poyo ada la.. sbb diorang, smua org muda naik moto laju ckit orang kata mat rempit.. wei mat rempit, bwak bertaubat la..

jury gegey

beri hukaman yg lbih brat kpd mat rempit ini

Un Happy Man

lepas satu..satu kes baru..orang ramai marah.. dan kemudian lupa... nanti kejadian berulang... cycle ni berputar kembali.... renung-renungkan lah....

Mat Wa

Jahanam mat rempit. Tak habis2 menyusahkan orang. Dah tiba masanya satu negara isytihar perang terhadap mat rempit! Takziah kepada keluarga mangsa!

Takziah...semoga roh dicucuri rahhmat oleh-Nya...amin

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan