Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Derita Orang Asli berakhir

Posted:

Derita Orang Asli berakhir

Derita Orang Asli berakhir

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) di hadapan papan tanda projek menaik taraf jalan RPS Pos Betau ke Pos Lenjang selepas merasmikan upacara pecah tanah itu di Kuala Lipis, kelmarin.


KUALA LIPIS 17 Mei – Kesukaran 5,000 masyarakat Orang Asli Pos Lenjang dekat sini bakal berakhir apabila jalan raya yang menghubungkan perkampungan mereka dengan dunia luar akan dinaik taraf.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek jalan raya sejauh 35 kilometer itu yang menelan belanja RM9.8 juta diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menghubungkan Pos Betau ke Pos Lenjang.

Menurut beliau, projek yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu akan memberi faedah kepada penduduk yang tinggal di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Lenjang.

''Selain memudahkan perjalanan ke Pekan Sungai Koyan dan Cameron Highlands, jalan itu nanti memudahkan pelajar anak-anak Orang Asli ke Sekolah Kebangsaan Pos Lenjang," katanya selepas melancarkan majlis pecah tanah, pembinaan dan menaik taraf jalan tersebut di sini semalam.

Wan Rosdy memberitahu, peruntukan pembinaan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menghadiri Perhimpunan 1Malaysia bersama Orang Asli peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Pos Betau tahun lalu.

Katanya, dengan adanya kemudahan itu diharap tidak ada lagi anak Orang Asli di kawasan tersebut tercicir daripada persekolahan kerana sebelum ini mereka menghadapi kesukaran disebabkan jalan sedia ada rosak.

Jelasnya, projek tersebut akan dimulakan tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan atau lebih awal.

"Projek itu tidak akan membabitkan pengambilan tanah penduduk, penebangan pokok, pembayaran pampasan tanah atau kemusnahan alam sekitar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan wadah perpaduan

Posted:

Sukan wadah perpaduan

Sukan wadah perpaduan

JERANTUT 17 Mei - Kegiatan sukan dan riadah perlu dijadikan wadah meningkatkan perpaduan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, bagi tujuan itu, pembabitan pelbagai peringkat usia peserta tanpa mengira kaum dan ideologi politik dalam sukan amat penting.

Beliau berkata, kegiatan sukan perlu diperluas di setiap kampung dan taman perumahan di daerah ini sebagai medan menyatukan penduduk.

"Penyertaan bersama di padang atau gelanggang secara santai membolehkan semua pihak bertukar-tukar pandangan dan pelbagai informasi dapat diperoleh terutama mengenai hal ehwal semasa serta pembangunan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam dan penyampaian hadiah sempena Karnival Bola Jaring Parlimen Jerantut di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Pengerusi Bola Jaring Jerantut, Siti Hajar Mubin.

Menurut Tengku Azlan, penganjuran sesuatu kegiatan sukan merupakan pendekatan mesra untuk menyampaikan maklumat dan aspirasi kerajaan kepada generasi muda.

Tengku Azlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerantut berkata, pertemuan secara santai boleh menarik minat dan keyakinan golongan berkenaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Saya berterima kasih kepada kepimpinan Persatuan Bola Jaring Jerantut melaksanakan karnival ini yang cukup memberi manfaat kepada golongan belia dan remaja," ujarnya.

Pejabat Parlimen Jerantut katanya, sentiasa bekerjasama menyediakan bantuan melaksanakan kegiatan sukan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kegiatan ini dianggap penting kerana dapat menjana hubungan erat peringkat kepimpinan, NGO, penganjur, pemain dan penduduk yang memeriahkan acara berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru redah hutan untuk ke sekolah

Posted:

Guru redah hutan untuk ke sekolah

Guru redah hutan untuk ke sekolah


MOHD. Fozi Ali memeriksa barang yang dipunggah dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya ketika berhenti rehat di jalan balak Hulu Tembeling, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 17 Mei - Jika para guru di kawasan bandar menikmati suasana ceria pada cuti hujung minggu, tetapi tidak kepada seorang guru di pedalaman Hulu Tembeling, dekat sini yang meredah hutan untuk ke sekolah.

Mohd. Fozi Ali, 37, antara 70 orang guru di lima sekolah rendah di pedalaman Hulu Tembeling yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, Hulu Tembeling dekat sini.

Guru yang berkelulusan Diploma Pendidikan dalam bidang Muzik dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ilmu Khas, Kuala Lumpur pada 1998 telah berkhidmat di sekolah itu sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kesukaran berulang-alik dan memunggah barang keperluan setiap minggu ke sekolah memaksa dia menukarkan kereta sedannya dengan membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

''Kemudahan kenderaan itu untuk berulang-alik ke sekolah lebih selesa selain dapat membantu penduduk kampung memunggah barang keperluan dapur dari bandar Jerantut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Fozi memberitahu, dia tidak menyangka akan bertugas di sekolah itu kerana menganggap masalah pengangkutan dan jalan raya merupakan cabaran baru baginya.

''Saya terima cabaran bertugas di sini dengan rasa senang hati walaupun perit terpaksa berjauhan dengan isteri yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Maran," katanya.

Dia sebelum ini bertugas di sebuah sekolah di Jengka, Maran dan hanya seminggu sekali bertemu isteri dan anaknya di daerah itu.

''Saya berbangga kerana dapat menabur bakti di sini dan acuan yang cukup bernilai untuk membentuk pengalaman diri sebagai bekalan apabila berpindah ke bandar atau tempat lain kelak," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan