Utusan Online - Pahang |
- IPD Kuantan baiki rumah balu
- Operasi cari warga asing hilang diteruskan
- Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan
Posted: IPD Kuantan baiki rumah baluOleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
KUANTAN 3 Mei – Seorang ibu tunggal, Ramlah Jusoh, 47, tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila hasrat arwah suaminya untuk membaiki rumah tercapai selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan memilih rumah mereka untuk dibaiki sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di sini hari ini. Ramlah berkata, selepas suaminya, Wan Ahmad Wan Mat Zain, meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah hati lebih empat tahun lalu, kehidupan mereka sekeluarga semakin terhimpit. Ramlah yang bekerja di kilang papan berhampiran rumahnya memberitahu, kemiskinan hidup menyebabkan dia tidak mampu membaiki rumahnya yang rosak kerana terpaksa menanggung sembilan ahli keluarga termasuk menantu dan dua cucu. "Tiada apa yang lebih menggembirakan saya sekeluarga apabila ada pihak yang sudi membaik pulih rumah yang sudah rosak kerana saya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaikinya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof sempena Peringatan Hari Polis ke-204 anjuran Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuantan, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar. Sementara itu, Mohd. Jasmani berkata, kira-kira RM10,000 digunakan bagi membaiki lantai dapur dan bumbung rumah yang dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan kerjasama anggota polis IPD Kuantan. "Selama ini masyarakat lebih memandang kami sebagai pembanteras kegiatan jenayah. "Menerusi program amal seumpama ini, masyarakat lebih terbuka dan pada masa sama menjalin hubungan erat antara penduduk dan anggota polis," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Operasi cari warga asing hilang diteruskan Posted: Operasi cari warga asing hilang diteruskanTEMERLOH 3 Mei - Polis masih meneruskan usaha mencari seorang pekerja asing warga Indonesia yang terjatuh ke dalam Sungai Semantan dekat Kampung Paya Kecik di sini Khamis lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor berkata, operasi mencari pekerja sangkar ikan itu yang dikenali sebagai Wantriyadi, 20, diperluaskan sehingga ke muara Sungai Semantan dan Sungai Pahang sejauh empat kilometer. Katanya, operasi disertai lebih 40 anggota terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung dengan menggunakan lapan bot. "Polis menyusur kiri dan kanan tebing Sungai Semantan termasuk mencari di celah-celah rumpun buluh dan kayu, namun hingga kini tiada sebarang tanda atau mayat ditemui. "Mangsa dikatakan turun memberi makan ikan sangkar tetapi tergelincir lalu terjatuh ke dalam Sungai Semantan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Mohd. Nor memberitahu, beberapa rakan dan penduduk yang cuba memberi bantuan, tetapi gagal kerana mangsa dihanyutkan arus sungai yang deras. | ||
Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan Posted: Perjelaskan konsep 1Malaysia elak kekeliruan
KUALA LIPIS 3 Mei - Pemimpin Komuniti Bestari di negeri ini perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai gagasan 1Malaysia bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, terdapat pihak yang cuba menafikan keberkesanan konsep yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyamakannya dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang dibawa DAP. Menurut beliau, pihak terbabit didapati cuba memainkan isu tersebut untuk mengelirukan pandangan dan menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat negara ini. "Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri ini amat bersesuaian kerana ia berpaksikan Perlembagaan. "Selagi kita berpandu kepada Perlembagaan, ia dapat menjaga dan memelihara hak rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam dan Penyampaian Geran Pentadbiran Komuniti Bestari 1Malaysia, di sini malam tadi. Hadir sama, Pegawai Penerangan Lipis, Md. Zain A. Rahman, Ketua Polis Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan dan Pengerusi Ketua-Ketua Kampung Lipis, yang juga Pengerusi Bestari 1Malaysia Kampung Kuala Lanar Datuk Abdullah Sulaiman. Pada majlis itu, Mohamad Shahrom menyampaikan replika cek Geran Pentadbiran Komuniti Bestari masing-masing bernilai RM3,800 kepada 12 penghulu. Menurut beliau, konsep 1Malaysia bukan sahaja mampu memperkukuhkan perpaduan malah berupaya membawa kecemerlangan kepada negara. Ujarnya, konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sering diputarbelitkan pihak tertentu bahawa kerajaan mengagihkan pembangunan kepada pihak berkepentingan sahaja dan bukan mengisi kebajikan rakyat keseluruhannya. "Dakyah yang menyeleweng pemikiran rakyat hanya permainan politik pihak tertentu semata-mata dan perlu diperjelaskan kepada penduduk setempat. "Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat menerusi pelbagai kemudahan asas dan bantuan kemanusiaan," katanya. Justeru, katanya, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin atau penggerak Komuniti Bestari untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia dengan lebih mendalam di peringkat akar umbi. Beliau turut berharap Jabatan Penerangan dapat memperluaskan lagi program Komuniti Bestari hingga ke perkampungan Orang Asli di daerah ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan