Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Eksport minyak masak tumpas

Posted:

Eksport minyak masak tumpas

Eksport minyak masak tumpas

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my


Nazarrudin Zainudin (kiri) bersama pegawainya menunjukan lori tangki yang membawa minyak bersubsidi yang ditahan sewaktu operasi di sebuah kilang di Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang, semalam.


PELABUHAN KLANG 7 Mei - Cubaan sebuah kilang pemprosesan dan menapis minyak untuk mengeksport 41.8 metrik tan minyak masak bersubsidi ke luar negara bernilai RM71,060 gagal apabila ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, di sini hari ini.

Serbuan dilakukan pada pukul 11 pagi di kilang berkenaan yang terletak di Bandar Armada Putra, di sini.

Menurut Penolong Pengawal KPDNKK Bekalan Putrajaya, Nazarrudin Zainudin, pihaknya turut menahan masing-masing seorang pemandu lori, penyelia kilang dan pekerja ketika sedang sibuk memindahkan barangan kawalan tersebut.

Katanya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak Disember tahun lalu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan juga mendapati 70 peratus minyak dalam tangki telah dipindahkan ke tangki besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nazarrudin menambah, tangkapan itu merupakan yang terbesar bagi tahun ini kerana mengikut harga pasaran nilainya berjumlah RM146,300.

"Minyak masak yang telah disubsidi berharga RM1,700 per metrik tan, manakala harga pasarannya adalah RM3,500 per metrik tan.

"Walaupun syarikat itu memperoleh lesen sah daripada MPOB untuk menjual minyak masak ke luar negara, namun mereka tidak layak untuk membeli minyak masak bersubsidi bagi tujuan mengeksport kerana belian perlu dibuat mengikut harga semasa," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 bagi syarikat, manakala persendirian, denda tidak lebih RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Lori tangki minyak akan diserahkan kepada MPOB, manakala minyak yang dirampas diberi kepada KPDNKK Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

Posted:

Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

KUALA LUMPUR 7 Mei - Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) akan dilancarkan hujung tahun ini yang tujuannya khusus untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk Wilayah Persekutuan.

Majlis tersebut yang bidang tugasnya hampir sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab menyalurkan maklumat berhubung kebajikan rakyat secara terus kepada kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, bagi tujuan itu, satu program ujian akan dilaksanakan di Putrajaya Jun ini bagi mengenal pasti sebarang kelemahan majlis tersebut.

"Usul mengenai penubuhan majlis perwakilan ini sebenarnya dibentang tahun lepas dan Jemaah Menteri setuju meluluskan cadangan penubuhannya. Ahlinya akan menikmati keistimewaan yang hampir sama seperti anggota JKKK.

"Ahli majlis perwakilan ini nanti akan ditempatkan di kawasan penempatan di setiap Parlimen dan dipecahkan mengikut zon masing-masing. Berapa ramai ahli majlis nanti bergantung kepada zon," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Raja Nong Chik berkata, melalui penubuhan majlis perwakilan itu nanti, beliau percaya kerajaan akan memiliki hubungan yang lebih formal dengan rakyat di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mengetahui berapa ramai pemimpin masyarakat akan dilantik sebagai ahli MPKB kerana perkara itu masih dalam kajian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan