Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Jeffrey sah keluar PKR

Posted:

Jeffrey sah keluar PKR

Jeffrey sah keluar PKR

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
utusansabah@utusan.com.my


JEFFREY KITINGAN Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)


KOTA KINABALU 3 Jan. – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan keluar dari parti tersebut dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Disember lalu.

Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, Jeffrey menegaskan, walaupun beliau berhasrat untuk mengumumkan pengunduran berkenaan pada Khamis ini namun ia terpaksa dipercepatkan berikutan pelbagai khabar angin oleh pihak tertentu yang memburuk-burukkan dirinya.

"Pada mulanya saya hanya ingin membuat pengumuman pengunduran daripada PKR selepas semua orang seronok menyambut perayaan Tahun Baru. Bagaimanapun, tindakan penyebar khabar angin tersebut telah melangkaui batasan.

"Kumpulan tersebut langsung tidak memberi peluang kepada saya dan keluarga menikmati sepenuhnya sambutan Tahun Baru bersama rakan dengan sebaik-baiknya. Ia satu yang mengecewakan dan dilakukan tanpa adab," katanya.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, bagaimanapun perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, sejak menceburi kerjaya politik, beliau telah menyertai banyak parti dan setiap masa, parti yang disertainya itu berhadapan masalah dan menyimpang daripada perancangan dirinya.

"Saya menyedari bahawa politik di Malaysia pada akhirnya, tidak akan memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo. Sebagai ahli politik, kamu harus memilih parti yang boleh mengembangkan agenda kamu yakini.

"Ia satu perkara yang sukar untuk saya memilih mana-mana parti kerana agenda Borneo seakan-akan tidak benar-benar menjadi keutamaan. Apa sahaja yang orang ramai akan perkatakan, saya amat yakin untuk meninggalkan PKR adalah perkara yang perlu saya lakukan," katanya.

Tambahnya, beliau perlu fokus terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini iaitu menerusi Barisan Bersatu Borneo (UBF).

Pada 16 Disember lalu, Jeffrey mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali UBF yang merupakan satu platform untuk membolehkannya memperjuangkan hak serta keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.

Jeffrey berkata, sebagai pemimpin kumpulan pendesak tersebut, beliau akan memastikan bahawa agenda Borneo dapat dilaksanakan dan menjadikan Sabah serta Sarawak sebagai setaraf dengan Kerajaan Pusat.

Katanya, biarpun beliau sudah tidak lagi aktif berpolitik suatu hari nanti, UBF akan kekal sebagai kumpulan pendesak daripada golongan bukan parti politik untuk membentuk model politik baru.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Laporan polis terhadap Shuhaimi

Posted:

Laporan polis terhadap Shuhaimi

Laporan polis terhadap Shuhaimi

Oleh RASMI ABDULLLAH
pengarang@utusan.com.my


Hamidzun Khairuddin (kiri) menunjukkan laporan yang dibuat di balai polis seksyen 6, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 3 Jan. – Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mempertikaikan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang disifatkan menderhaka kepada sultan.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, kenyataan ADUN dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berunsurkan fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada institusi raja di negeri ini.

Menurut beliau, laporan polis itu dibuat adalah untuk menggesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap ADUN tersebut.

"GAPS akan membuat laporan polis setiap hari di semua daerah sehingga ADUN tersebut dikenakan tindakan.

"Perlakuan itu tidak boleh dibiarkan, apa lagi bertolak ansur dengannya kerana ia amat biadab dan kurang ajar," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hamizun berkata, GAPS mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap Shuhaimi kerana perbuatan mengugut Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini yang dihadiri kira-kira 20 ahli GAPS, Perkasa dan 4Justice. Turut hadir Timbalan Pengerusi GAPS, Wan Indera Putra Ahmad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan laporan yang dibuat oleh GAPS.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini menyebut gesaan UMNO Selangor supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Shuhaimi ekoran kenyataan yang didakwa menghasut rakyat menentang institusi beraja di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dikenakan terhadap wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana kenyataannya yang dibimbangi boleh menggugat sistem pentadbiran dan keselamatan negara.

Pada 31 Disember lalu, Shuhaimi menerusi laman blognya, http://srimuda.blogspot.com didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menurut Shuhaimi, pelantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi menerusi kenyataan di dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya "tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana".

Tidak cukup dengan itu, wakil rakyat PKR itu turut menyatakan kononnya rakyat akan menolak sebarang tindakan "Beraja di mata, bersultan di hati" oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh "raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja".

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan