Isnin, 3 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Pengusaha rugi RM10,000

Posted:

Pengusaha rugi RM10,000

Pengusaha rugi RM10,000

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


SETAFAR Hitam menunjukkan sangkar ikannya yang menjadi mangsa pencuri di Kampung Bukit Lada, Kerdau, Temerloh baru-baru ini.


TEMERLOH 3 Jan. – Seorang pengusaha ikan sangkar di Kampung Bukit Lada, Kerdau, dekat sini kerugian hampir RM10,000 apabila kebanyakan ikan yang diternak dicuri beberapa kali sepanjang tahun lalu.

Pengusaha ikan sangkar itu, Setafar Hitam, 60, berkata, projek ternakan ikan sebanyak 21 sangkar itu telah diusahakannya sejak enam tahun lalu bersama anak lelakinya, Razali, 33.

Katanya, mereka menternak ikan seperti patin, talapia, kerai dan lampam jawa yang mempunyai pasaran tinggi serta menjadi pilihan utama penggemar ikan air tawar itu.

"Sudah setahun masalah kecurian ikan berlaku dan ia membabitkan jumlah yang terlalu banyak. Hampir 1,000 ekor dicuri dalam satu-satu masa dan kami mengalami kerugian besar.

"Pencuri itu datang ketika kami pulang ke rumah dan saya yakin mereka sudah mengintai secara jarak jauh untuk menunggu kami pulang. Mereka datang menggunakan bot enjin dan mencuri menggunakan penyauk," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Razali, mereka percaya ikan itu dijual pada pemborong lain dengan harga lebih murah.

Katanya, dia kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil hak orang lain dengan sewenang-wenangnya.

"Bukan senang mengusahakan ikan sangkar ini kerana memerlukan kos yang sangat tinggi. Tambahan pula harga makanan ikan kini sangat mahal dan kes kecurian ini mendatangkan beban kepada kami.

"Kecurian terbaharu berlaku pada malam 1 Januari lalu dengan jumlah ikan dianggarkan sebanyak 500 ekor. Kami sangat sedih kerana punca rezeki kami dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

23,548 murid tahun satu masuki alam persekolahan

Posted:

23,548 murid tahun satu masuki alam persekolahan

23,548 murid tahun satu masuki alam persekolahan


Sebahagian murid-murid tahun satu pada hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2011 ditemani ibu bapa masing-masing di S.K Tunku Azizah, Kuantan, Pahang,semalam.


KUANTAN 3 Jan. - Seramai 23,548 murid tahun satu yan g memulakan sesi persekolahan 2011 di negeri ini lebih bersemangat dan berani untuk ke sekolah.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin berkata, gambaran murid tahun satu yang menangis atau takut-takut apabila memasuki alam persekolahan adalah kes terpencil.

"Ini kerana, mereka lebih seronok untuk belajar terutama dikelilingi rakan-rakan sebaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas meninjau sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok, Rompin berkata, ia ekoran hampir 75 peratus murid tahun satu memasuki prasekolah sebelum menempuh alam persekolahan.

"Saya berharap semangat yang ditunjukkan oleh mereka akan terus berkekalan," jelasnya.

Tambahnya, bagi sesi persekolahan tahun ini, seramai 1,121 murid dari masyarakat Orang Asli turut mendaftar di tahun satu.

"Sebanyak 958 kelas disediakan seluruh negeri ini bagi menampung jumlah keseluruhan murid tahun satu di 535 buah sekolah rendah," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan