Ahad, 2 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


KBS sasar sejuta belia pada Perhimpunan Hari Belia 15 Mei

Posted:

KBS sasar sejuta belia pada Perhimpunan Hari Belia 15 Mei

KBS sasar sejuta belia pada Perhimpunan Hari Belia 15 Mei

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan untuk mengumpulkan sejuta belia dari seluruh negara sempena Perhimpunan Hari Belia peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 15 Mei di Putrajaya.

Timbalan menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, pada tahun lepas, kira-kira 250,000 remaja dikumpulkan pada perhimpunan sama yang berlangsung selama tiga hari.

"Jadi kita optimis dan Jemaah Menteri minta KBS memberikan sasaran untuk dikumpulkan. Sudah tentu 88 program (belia) itu kita tambah lagi dengan ratusan program tahun ini. (Program) tahun lepas akan kita kembangkan lagi," katanya.

Terdahulu, Razali merasmikan Karnival Semarak 1Belia 1Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur di Kampung Pandan di sini hari ini.

Karnival sehari anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama KBS itu diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan sukan di kalangan belia selain menjadikan aktiviti bersukan sebagai riadah bermanfaat.

Sejumlah 45 acara sukan diadakan seperti cyber games, bola jaring 3 lawan 3 dan futsal selain pameran oleh beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Rakan Cop.

Razali berkata kerajaan akan meneruskan pemberian geran untuk menjalankan aktiviti belia dan sukan kepada jabatan sukan di peringkat daerah dan negeri.

"Biasanya geran ini tidak mencukupi untuk mereka melaksanakan program, memadai untuk pentadbiran sahaja," katanya, sambil menambah kata geran itu diberikan berdasarkan keaktifan persatuan mengadakan program yang melibatkan belia di kawasan masing-masing. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

200 adakan perhimpunan aman

Posted:

200 adakan perhimpunan aman

200 adakan perhimpunan aman

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
pengarang@utusan.com.my


PENDUDUK mengadakan perhimpunan aman membantah pengambilan kawasan rekreasi di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kira-kira 200 penyokong Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang bergabung mengadakan perhimpunan secara aman di dua lokasi berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini hari ini.

Perhimpunan kira-kira pukul 3 petang itu diadakan di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik bagi membantah kadar sewa ruang niaga terminal berkenaan yang disifatkan terlalu tinggi.

Demonstrasi yang berakhir kira-kira pukul 4 petang itu turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga dibuat bagi membantah pengambilan sebidang tanah yang pernah menjadi kawasan rekreasi penduduk Bandar Tasik Selatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh memberitahu, perhimpunan yang disertai 200 orang di dua kawasan berasingan itu berlangsung secara aman.

Katanya, kumpulan yang berhimpun itu juga tidak menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini kepada awam.

''Kesemua mereka kemudiannya bersurai kira-kira pukul 4 petang,'' katanya di sini hari ini.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd. Yassin dan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP), Bahrim Abdul Razak.

Khalid yang ditemui selepas itu berkata, beliau akan menulis dan menyerahkan surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail esok bagi mengadakan perjumpaan dengan masyarakat di sekitar kawasan yang terbabit dengan TBS-BTS.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penerangan kepada penduduk-penduduk terlibat berhubung langkah-langkah yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai peluang rakyat di kawasan sekitar untuk mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut.

Sementara itu, Bahrim memberitahu, seramai 89 peniaga dan penjaja dari sekitar Bandar Tun Razak berharap supaya dapat diberi peluang berniaga di kawasan TBS-BTS.

Dakwanya, para peniaga langsung tidak dapat manfaat daripada pembangunan di kawasan berkenaan sebaliknya hanya menerima musibah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan