Malaysiakini :: Berita |
Tenang: Pertarungan antara dua Chua Posted: 12 Jan 2011 06:12 PM PST Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Jan ini dijangka turut menjadi medan pertarungan dua tokoh politik bernama Chua untuk membuktikan kehebatan masing-masing dalam memenangi hati pengundi Cina walaupun kedua-dua bukan calon. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.
Seperti yang diketahui umum, MCA kini menggalas bebanan berat untuk memastikan pengundi Cina kembali menyokong BN bagi memulihkan imejnya yang tercalar teruk pada pilihan raya umum 2008.
Oleh kerana sebahagian besar undi pemilih Melayu di Tenang boleh dikatakan sudah berada di tangan BN, maka tugas utama kedua-dua tokoh politik itu ialah untuk mendampingi dan cuba mengukur selera masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan, yang merangkumi 52 peratus daripada keseluruhan 14,592 pengundi kerana ia boleh memberi bayangan tentang kecenderungan pengundi kaum Cina dan India pada pilihan raya umum akan datang.
Tenang adalah satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Labis yang pernah diwakili Dr Chua sebelum ia dimenangi anak lelaki beliau, Tee Yong pada pilihan raya umum lepas. Sebelum diwakili Dr Chua, kerusi itu disandang bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. Sejak mengambil alih teraju kepimpinan MCA pada Mac tahun lalu berikutan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi parti itu, Dr Chua bekerja keras untuk memberi nafas baru kepada MCA dan berjaya memulihkan kestabilannya setelah dilanda krisis dalaman selama satu tahun setengah.
Pilihan raya kecil pertama yang dihadapi Dr Chua sebagai Presiden MCA ialah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang diadakan tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan itu ketika sokongan masyarakat Cina terhadap BN berada pada paras paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun, keadaan bertambah baik pada pilihan raya kecil Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah apabila sokongan pengundi Cina kepada BN telah meningkat. Pada pilihan raya kecil Tenang, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR-DAP-PAS sudah pasti mengharapkan sesuatu yang besar daripada Chua, yang pernah menyandang jawatan Menteri Kesihatan. Beberapa penganalisis politik percaya Chua akan berusaha habis-habisan untuk membuktikan bahawa beliau masih mempunyai banyak penyokong di negeri kelahirannya dan meleburkan strategi BN untuk mengekalkan kerusi itu.
Kedua-dua Chua itu dijangka memberi fokus di kawasan majoriti pengundi Cina seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis di mana pada pilihan raya umum lepas, calon PAS memperoleh antara 50 peratus dan 67 peratus undi kaum Cina. Mengenai undi kaum India pula, keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan bahawa BN dan Pakatan Rakyat memperoleh jumlah yang lebih kurang sama apabila BN mendapat 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pemilih terdiri daripada kaum India, manakala di Ladang Labis Utara yang mempunyai 71.7 peratus pengundi India, BN dan pembangkang masing-masing mendapat 50 peratus daripada jumlah undi.
Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata cabaran paling besar bagi pakatan pembangkang ialah untuk mendapatkan keyakinkan kaum Cina berhubung isu negara Islam kerana analisis menunjukkan bahawa pada pilihan raya umum 2008, pengundi Cina menyokong DAP di Labis tetapi tidak memberi undi mereka kepada PAS di Tenang. "Di peringkat Parliamen, kira-kira 70 peratus pemilih di kawasan Tenang mengundi DAP dan bukan MCA. Tetapi di peringkat negeri, hanya 58 peratus daripada mereka mengundi PAS. Arah aliran ini juga sama dalam kalangan pengundi India," katanya. Beberapa penganalisis politik berkata mereka tidak akan terperanjat sekiranya MCA mengambil kesempatan daripada populariti Dr Chua dan memanfaatkan undi penyokong tegarnya di tiga kampung baru Cina di Tenang untuk meraih lebih banyak undi daripada bukan Melayu.
Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis pada 17 Dis tahun lalu. Penamaan calon ialah pada 17 Jan dan pengundian pada 30 Jan. - Bernama |
MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak Posted: 12 Jan 2011 04:56 PM PST Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya. Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam. Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.
Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama. "Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg? "Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan