Rabu, 12 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Guna nama KSU untuk tajaan: KDN lapor polis

Posted:

Guna nama KSU untuk tajaan: KDN lapor polis

Guna nama KSU untuk tajaan: KDN lapor polis

12/01/2011 8:34pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini membuat laporan polis membabitkan kes penipuan seorang individu yang menggunakan nama Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu untuk menaja meja bagi satu jamuan makan malam.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, ia berpunca daripada kementerian yang menerima aduan mengenai penipuan berkenaan yang meminta agensi pekerja asing memberi sejumlah RM15,000 hingga RM30,000 untuk membeli satu meja.

"Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa kementerian ini tidak pernah menganjurkan sebarang majlis makan malam seperti yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, individu itu turut menyatakan 10 agensi pekerjaan bumiputera telah terpilih sebagai penyumbang dan borang penjualan meja telah difakskan kepada syarikat terbabit.

Pada masa sama, mana-mana pihak yang mengesyaki mereka menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan ini diminta melaporkannya kepada polis serta-merta, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bilik hotel dijadikan tempat proses dadah

Posted:

Bilik hotel dijadikan tempat proses dadah

Bilik hotel dijadikan tempat proses dadah

12/01/2011 8:31pm

KUALA LUMPUR – Selain membawa masuk dadah melalui pintu utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), taktik terbaru warga Iran kini menjadikan bilik hotel sebagai makmal kecil memproses dadah.

Kegiatan sindiket ini terbongkar susulan penahanan tiga lelaki warga Iran dalam dua operasi di ibu negara petang semalam.

Difahamkan dua daripada tiga lelaki Iran itu ditahan dalam sebuah bilik hotel lima bintang berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira 2.30 petang.

Turut ditemui dan dirampas dalam serbuan itu dadah jenis syabu seberat kira-kira 1,642 gram yang sudah siap diproses.

Selain itu difahamkan turut ditemui peralatan memproses dadah tersebut termasuk bahan kimia yang digunakan.

Sementara itu, dalam masa yang sama, seorang lagi lelaki yang dipercayai orang tengah dalam urusan penjualan dadah tersebut ditahan di sekitar Bukit Bintang.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket tersebut. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penunggang motosikal maut nahas

Posted:

Penunggang motosikal maut nahas

Penunggang motosikal maut nahas

12/01/2011 8:28pm

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya parah apabila motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Km 35 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini, awal hari ini.

Mohd Afiq Ramli, 19, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Kejadian pada pukul 12.15 pagi itu turut menyebabkan pemandu kereta terbabit cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pembonceng motosikal yang identitinya belum dikenali dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala pemandu kereta berkenaan dirawat di Hospital Selayang. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan