Kosmo Online - Negara |
Mahkamah buat keputusan terbuka Posted: Mahkamah buat keputusan terbukaOleh WAZIHA WAHID dan NORHAYATI YAHAYA MISTERI kematian Beng Hock (gambar kecil) belum selesai walaupun inkues selama 18 bulan telah berakhir. SHAH ALAM - Kematian penuh kontroversi Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam di sini dua tahun lalu menemui jalan buntu apabila Mahkamah Koroner di sini semalam gagal memutuskan secara muktamad punca kematian walaupun 18 bulan inkues itu telah berlangsung. Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dan dibaca selama 40 minit itu hanya memberikan keputusan terbuka setelah beliau menolak teori mangsa membunuh diri atau dibunuh apabila mengetepikan penglibatan pihak ketiga. Azmil tidak dapat membuat telahan bagi mendapatkan kesimpulan kes berikutan isu-isu yang tidak selesai dan masih menimbulkan pertanyaan untuk mengaitkan mangsa dengan kedua-dua teori tersebut. Terdahulu, Azmil mengesahkan semua pakar patologi bersetuju punca kematian Beng Hock disebabkan pelbagai kecederaan yang konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi. Menurut Azmil, bukti didedahkan abang Beng Hock, Teoh Meng Kee menafikan niat mangsa membunuh diri apabila mangsa dijadualkan akan berkahwin selain mangsa tiada sebarang penyakit psikologi. "Laporan Pakar Patologi, Dr. Prashant Naresh Samberkar sebaliknya berpandangan kemungkinan besar Beng Hock membunuh diri namun ia perlu diselarikan dengan fakta dan bukti langsung," kata Azmil. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Posted: 'Orang buat saya macam musuh'Oleh NORHAYATI YAHAYA Ahli Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) ditahan ketika berarak ke Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bagi menyuarakan bantahan terhadap Khalid yang mempertikaikan pelantikan Mohamad Khusrin di Shah Alam semalam. SHAH ALAM - "Saya tidak ada musuh tetapi orang yang buat saya macam musuh," Itu luahan hati Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi (gambar) mengenai kemelut pelantikannya yang tidak direstui kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menyedari kontroversi pelantikannya kian hangat, beliau mengambil jalan untuk berdiam diri selepas ini. "Saya tidak mahu komen lagi (pasal isu pelantikan) sebab ia nanti akan menghangatkan lagi isu itu,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau juga mengaku tidak hadir mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam tetapi memberikan alasan yang munasabah. "Saya tidak pergi mesyuarat sebab belum angkat sumpah di hadapan Menteri Besar," katanya ketika dihubungi pagi semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan