Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 01 Jan 2011 08:31 AM PST GEORGETOWN: Angkara cuba membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam, 21 lelaki yang berkumpul dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan dicekup polis di Jalan Utama, di sini, malam kelmarin. Pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 11.30 malam di Persimpangan Jalan Scotland dan Jalan Utama selepas polis menerima aduan mengenai kekecohan yang berlaku.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pemeriksaan itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL). |
Kementerian elak timbul pertikaian Posted: 01 Jan 2011 08:16 AM PST KUALA LUMPUR: Seperti dijanjikan, skuad bola sepak Harimau Malaya yang mengharumkan nama negara dalam Piala Suzuki AFF di Jakarta, Indonesia baru-baru ini akan menerima habuan RM5,000 seorang. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, imbuhan RM110,000 diperuntukkan kepada 22 pemain kebangsaan yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun selain mencetuskan fenomena baru arena bola sepak negara.
"Kementerian akan memberi RM5,000 seorang kepada pemain sebagaimana dijanjikan kerana kita tidak mahu ada pihak lain bertanya kenapa sukan lain tak dapat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan