Khamis, 6 Januari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Makin panas

Posted: 05 Jan 2011 01:37 PM PST

MukaDepan

pix_gal0
'Penjelasan isi hati Tuanku'
Setiausaha Sulit Sultan Selangor nafi dakwaan Khalid

SHAH ALAM: Sehari sebelum Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru mengangkat Sumpah Taat Setia kepada Sultan Selangor, hari ini, isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi semakin panas apabila kerajaan negeri mempersoalkan kenyataan Istana yang didakwa hanya pandangan peribadi Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kenyataan Istana yang dikeluarkan kelmarin bagi menjelaskan isu itu bukan titah rasmi Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata, Sultan Selangor sudah diberi penjelasan mengenai isu berhubung pelantikan Mohd Khusrin dalam pertemuan dengan baginda pada 3 Januari lalu termasuk isu membabitkan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. "Kerajaan negeri berpendapat itu hanyalah kenyataan beliau (Mohamad Munir) sendiri. Ini kerana Sultan Selangor faham apa yang berlaku ketika ini dan kenapa ia berlaku.

"Jadi, kita akan selesaikan ini secepat mungkin dengan meneruskan usaha kerajaan untuk meminda Undang-undang Tubuh negeri bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Sementara itu, Mohamad Munir yang menjawab tuduhan itu, berkata, penjelasan Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Mohd Khusrin adalah daripada isi hati baginda dan kenyataan akhbar semalam mendapat titah serta perkenan baginda.

Beliau berkata, semua perkara yang dibangkitkan dalam penjelasan itu sudah dibincangkan dengan baginda, sekali gus menolak dakwaan kerajaan negeri bahawa ia adalah kenyataan peribadinya.
Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan Mohamad Munir kelmarin menjelaskan kedudukan sebenar dan pelbagai perkara yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung isu pelantikan Mohd Khusrin.

"Saya tidak tahulah cara Menteri Besar (Selangor) bekerja, sama ada beliau memberi kuasa penuh kepada Setiausaha Sulitnya untuk mengeluarkan kenyataan tanpa pengetahuan beliau.

"Namun, saya sebagai Setiausaha Sulit Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor jika hendak mengeluarkan kenyataan, mesti mendapat titah dan perkenan Tuanku. Saya dan Tuanku sudah berbincang, malah Tuanku maklum mengenai semuanya.

"Saya tidak pandai-pandai buat sendiri (kenyataan akhbar berkenaan), saya perlu bertanggungjawab kepada Tuanku," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kesan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghadiri Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor yang dijadualkan berlangsung hari ini di Istana Bukit Kayangan, Mohamad Munir berkata, Menteri Besar itu perlu hadir kerana beberapa upacara rasmi lain akan turut berlangsung.

Upacara itu termasuk Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor, Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Selain itu, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor serta Jaksa Pendamai Selangor, dan pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan juga Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

"Menteri Besar sudah dijemput, jika tidak hadir (ke majlis itu) nampak sangat beliau tidak ambil kisah atau tidak menghormati majlis Tuanku. Sebagai ketua pentadbiran negeri, beliau harus memahami perkara ini.

"Kita tidak mahu ada perselisihan dengan Menteri Besar... yang timbul ialah perkara kecil dibesar-besarkan. Apa salahnya menerima dan memberi peluang kepada Mohd Khusrin bertugas dulu sebelum membuat penilaian. Apabila berlaku keadaan seperti ini, kakitangan Kerajaan Selangor pun berasa rimas kerana ia memalukan," katanya.

Ketika Menteri Besar ditanya sama ada akan menghadiri majlis angkat sumpah berkenaan, beliau terus berteka-teki.

"Tengoklah macam mana esok (hari ini)... anda tunggu dan lihat," katanya.

Mengenai majlis angkat sumpah menyimpan rahsia, Abdul Khalid berkata, mesyuarat Exco Selangor sebulat suara bersetuju tidak menjemput Mohd Khusrin menghadiri majlis itu sehingga kemelut berkenaan diselesaikan.

Ditanya bila sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor akan diadakan, katanya, surat bertulis kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengenainya sudah dihantar semalam.

"Sidang DUN ini akan diadakan bulan ini dan kita jangkakan ia hanya mengambil masa sehari saja," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

aspire

la x habis2 lagi MB Selangor ni...x kan kenyataan Sultan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit dia x percaya lagi...
patutla Kerajaan x teratur..bnyak isu sana sini tengoklah kenyataan Sultan pun dia x percaya...
dah laaa dah muak nak baca paper kalo macam ni, asyik2 citer pasal selangor ni...nek bosan laaa...
x kan la setiausaha sulit tu nak pandai-pandai wat cerita....
lambatnye pilihanraya umum...x sabar la nak tengok Kerajaan Selangor ni kembali pada BN baru aman sentosa....

mat cikaro

SEjak masa saya kecil.. saya selalu berdoa kepada Allah SWT...agar memberi ksihatan dan kerahmatan kepada kedua orang tua saya.. begitu juga saya harap kedua orang tua saya berlaku adil dengan anak-anak yang seramai 10 orang...oleh itu sya harap di pihak pemimpin berlaku adil lah kepada rakyat.. tak kira BN ke atau PR ke.. begitu juga ayah kepada BN dan PR... siapa dia... mesti adil lah...samada melayan BN atau PR... baru hidup rakyat jadi aman, tenteram sebab keadilan itu diletak pada haknya... kesian malaysia...hidup rakyat tak berapa baik sekarang... peminpin bertelagah... kepada BN..tunggu lah pilihanraya nanti.. kalau rakyat selangor undi anda.. perintahlah anda... kalu tak... tunggu lagi... kepada PR..perintahlah dengan adil..jangan mengabaikan rakyat yang telah undi anda... dari tahun 2008 hingga 2011 ini...asik berpolitik.. yang pasti kehidupan rakyat masih ditakuk lama.. yang miskin bertambah miskin... harga barang asik meningkat...macamana nak hapuskan kemiskinan sifar... jemu dengan apa yang dihidangkan oleh pemimpin yang rakus...

me

apakah yang berlaku dengan 'melayu' skg? apakah ini jebat dan tuah pada abad ke-20?


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rais nafi rogol, anggap tuduhan sebagai fitnah

Posted: 05 Jan 2011 01:37 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (atas) semalam menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 serta semua dakwaan lain yang dilemparkan penulis blog di internet dan parti pembangkang.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara.

Katanya, beliau dan ahli keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dan akan menerima serta mematuhi sebarang keputusan hasil siasatan rasmi itu. "Sementara siasatan dijalankan pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, mereka yang mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain wajar menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar berhubung dakwaan salah laku atau jenayah memperkosa itu adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata: "Dakwaan perkosaan seperti dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks."

Katanya, tindakan mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes itu adalah perbuatan "politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta".
Rais berkata, dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai 'lembing rejaman' yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.

"Mereka menganggap pendedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini dapat mengalih perhatian umum terhadap kes jenayah besar seperti liwat yang membabitkan pimpinan pembangkang," katanya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog menyiarkan cerita yang mengaitkan Rais merogol seorang pembantu rumah pada 2007.

Sementara itu di SEREMBAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis berhubung dakwaan Rais terbabit dalam kejadian merogol pembantu rumah warga Indonesia, kira-kira tiga tahun lalu.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, berkata pihaknya mahu polis menyiasat dakwaan itu yang tersebar luas di internet dengan telus demi menegakkan kebenaran.

"Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah. Dalam perkara ini, mangsa pertama ialah Rais kerana beliau belum dibuktikan bersalah, namun boleh dikatakan hampir semua blog dan cakap mulut sudah menyebut namanya terbabit dalam kes rogol," katanya pada sidang media di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mat

berani kerana benar..biarkan proses perundangan yg menguruskan.jgn risau klu Dato' xbersalah.

DIN

kenape yang difitnah tak mengambil tindakan undang² kat org yang memfitnah? secara tidak langsung budaya fitnah memfitnah ni tidak berleluasa

nazri

kalu tak besalah saman aje blogger tersebut
tak guna dok bising dalam paper

KAMAL.A

ALLAH AKAN BUKTIKAN KEBENARAN. BANYAK BERDOA PADA ALLAH DATO'

zul

Polis seharusnya siasat dengan telus selaras dengan motonya yang baru telus dan pihak yang bertanggungjawab seharusnya dibawa kemuka keadilan tak kira siapa..jangan biarkan fitnah berleluasa...perlukan keadilan

ISHAK.A.K

Negara kita banyak orang kejam membunuh bedarah,nembunuh keperibadian,membunuh perpaduan dan ini mengancam Negara semua perlu ambil Perhatian jangan tak kesah pada kesan dari tindakan kita

ray

sebenar nya penulis-penulis blog yang buat cerita tu...kalau di bagi peluang pun disapu nya....lebih ganas dari apa yang orang lain buat........

luqman

ahahhahahah macam biasa pembangkang, bangkitkan isu-isu panas, nanti bukan pemimpinnya yang lebih, penyokongnya yang berlebih-lebih sepertinya mereka lebih tahu dari pemimpin mereka. Aku dah masak sangat dah dengan politik pembangkang ni, malah hangus dah pun.

rosmah

skg tak habis2 kes rogol satu2 kes keluar apa2 pun kita tunggu dan lihat ja

mat cikaro

yang penting..kembalikan keadilan yang syumul dulu di pihak penyiasatan, pendakwaan dan kehakiman... lepas tu... buat penyiasatan...lepas tu buat pendwaan dan penghakiman... lepas tu baru kita tahu..samada mereka bersalah atau tidak... selamatkan negaraku malaysia yang tercinta...sokong BN


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan