Sabtu, 7 Mei 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Penangan patin ori Temerloh

Posted:

Penangan patin ori Temerloh

Penangan patin ori Temerloh



SEKIRANYA anda memasuki negeri Pahang, sama ada dari arah Kuala Lumpur, Kuantan, Mentakab, Triang mahupun Jerantut, pasti anda tidak akan terlepas pandang binaan replika ikan yang menjadi mercu tanda bandar berkenaan.

Selamat Datang ke Temerloh, Bandar Ikan Patin. Sapaan yang cukup jelas menyatakan betapa sinonimnya Temerloh dengan ikan patin.

"Kalau sudah sampai ke Temerloh tapi tak merasa keenakan ikan sungai, memang rugi, lebih-lebih lagi ikan patin yang cukup terkenal di sini," ujar seorang penduduk tempatan, Razali Mohd. Noor, 62.

Razali yang ditemui di Pekan Sehari Temerloh turut memberitahu, Sungai Pahang bukan sahaja lokasi terbaik untuk menternak ikan patin sangkar, bahkan menjadi lubuk untuk pelbagai jenis ikan sungai.

"Di sini ada macam-macam jenis ikan sungai. Ada ikan kerai, gohok, kenerok, toman, temelian, tapah, belida, baung, juara, lampam, sebarau, sembilang, lais, seluang dan kaloi.

"Paling mudah ditemui ialah ikan patin. Patin pun ada banyak jenis. Patin sangkar lain dengan patin liar. Patin liar pula ada tiga jenis iaitu patin buah, patin emas dan patin muncung.

"Jika bernasib baik, ikan lain seperti jelawat, kelah merah, temperas, kelisa, tilan, pari dan buntal juga boleh dijumpai di pekan sehari ini," jelasnya dalam loghat Melayu Pahang.

Menyusuri pekan sehari yang panjangnya melebihi satu kilometer itu, pelbagai gelagat manusia dapat dilihat.

Lokasinya sahaja yang terletak di tepi Sungai Pahang sudah cukup untuk membangkitkan rasa seronok menyelusuri pasar itu yang cuma dibuka pada hari Ahad.

Patin ori

Kunjungan Jurnal seawal pukul 6.30 pagi di tapak niaga tersebut sememangnya menjanjikan pengalaman baru.

Jika ditanya tentang keunikan pekan sehari ini, sudah tentu ia terletak pada kepelbagaian barangan yang dijual di sini.

Daripada pakaian, makanan produk kraf hingga ke sayuran kampung dan hasil sungai, semuanya kelihatan begitu mengujakan dan segar. Harganya pula sangat berpatutan.


IKAN patin ori jenis buah ini dikatakan memiliki rasa yang jauh lebih enak daripada ikan patin sangkar. Isinya lebih manis dan teksturnya juga lebih pejal.


Kemeriahan semakin memuncak sekitar pukul 8.30 pagi. Orang ramai berpusu-pusu mencari barangan dagangan untuk dibawa pulang. Kebanyakannya membawa troli kecil untuk keselesaan berjalan di sepanjang tapak niaga pekan sehari itu.

Tiba di bahagian menjual ikan sungai, suasananya lebih riuh, apatah lagi apabila ada peniaga yang menjual ikan patin liar.

"Ini ikan patin buah, ori ni dik. Baru dapat pagi tadi," ujar seorang peniaga ikan yang namanya enggan dikenali.

Dianggap sebagai antara ikan eksotik yang mendiami Sungai Pahang, kebolehan untuk menaikkan seekor patin liar atau lebih dikenali sebagai patin ori dalam kalangan penduduk tempatan sememangnya memberi pulangan mewah buat si pengail.

"Susah nak dapat ikan patin yang ori. Sebab itu harganya mahal. Rasanya juga jauh beza dengan patin sangkar. Dagingnya lebih sedap dan manis," tambah peniaga terbabit.

Biarpun ditawarkan pada harga RM90 sekilogram (kg), patin buah tetap mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.

Menurut seorang penggemar ikan patin buah ori, Mahfuz Alias, 54, dia tidak akan melepaskan peluang untuk membeli ikan sungai itu sekiranya ada dijual di pekan sehari.

"Ikan ori jarang ada di pasar. Sebab itu kalau ada, saya memang tak lepaskan peluang untuk membelinya. Harganya memang agak mahal namun ia adalah pembelian yang sangat berbaloi.

"Rasanya memang sedap apatah lagi jika dimasak gulai tempoyak. Pendek kata, memang puas hati kalau dapat makan ikan patin ori," katanya yang hampir setiap minggu mengunjungi pekan sehari terbabit.

Diet

Dalam keluarga patin liar, harga patin buah dianggap yang termurah jika dibandingkan dengan patin emas atau muncung.

Beberapa peniaga ikan di sekitar Temerloh, berkata harga ikan patin emas ialah sekitar RM170 sekilogram manakala patin muncung antara RM200 hingga RM250.

Keenakan ikan patin di Temerloh sering dikaitkan dengan Sungai Pahang yang sentiasa berarus.

Baik ikan sangkar atau ori, patin mahupun jenis-jenis ikan sungai yang lain, kelainan rasa ikan yang mendiami sungai terpanjang di Semenanjung ini sering dikatakan lebih manis berbanding ikan dari sungai-sungai lain.

"Keenakan patin ori dan ikan-ikan sungai yang lain di sini mungkin disebabkan oleh Sungai Pahang sendiri. Selain airnya yang sentiasa mengalir, pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh di tebingnya turut mempengaruhi bau dan rasa ikan tersebut.

"Diet ikan yang memakan buah-buahan, daun-daun, anak-anak ikan serta udang menjanjikan keenakan pada rasanya. Ia lebih manis dan tidak berbau," ujar Rosdi Harun, 42.


IKAN patin sangkar yang diternak di tebing Sungai Pahang mempunyai kelebihan berbanding patin yang diternak di tempat lain.


Dia yang berasal dari Kampung Buntut Pulau, Temerloh, turut mengusahakan 26 sangkar ikan di tebing Sungai Pahang sejak 12 tahun yang lalu.

"Ikan patin ori memang menjadi buruan ramai. Memandangkan Sungai Pahang menjadi habitat asalnya, memang ia boleh dijumpai di sepanjang sungai ini, tetapi bukan sentiasa ada.

"Kalau air pasang besar, pencarian ikan patin ori mungkin lebih sukar, begitu juga kalau air surut dan berpasir.

"Lazimnya, ia hidup di lubuk air deras dan kawasan yang terdapat banyak rumpai air atau lumut sebagai sumber makanan," katanya yang merupakan pembekal ikan patin liar untuk kerabat Sultan Pahang.

10 lubuk

Mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, saiz ikan yang tidak bersisik dan berisi lembut ini boleh mencecah sehingga satu meter panjang manakala beratnya mampu menjangkau sehingga 20kg.

Sempat berkongsi tip untuk memancing ikan patin ori, Rosdi memberitahu, umpan yang digunakan perlu sesuai dengan tempat ikan yang mahu dikail.

"Untuk pancing patin ori di Sungai Pahang, umpan buah sering menjadi pilihan. Biasanya buah yang digunakan ialah buah ara, jambu air, kuini, bacang ataupun pisang," ujarnya.

Bagi yang pernah mencuba menakluk patin, lubuk ikan daripada spesies ini dikatakan banyak terdapat di sepanjang Sungai Pahang.

Pada tahun 2009, Jabatan Perikanan Pahang telah mengenal pasti 10 lubuk ikan di sepanjang lapan kilometer Sungai Pahang dari Kuala Mai hingga Kuala Krau.

Kawasan tersebut meliputi lubuk Temperah, Sanggang, Telaban, Kundur, Kuala Seboi, Singa, Seminai, Redap, Seboi dan Sungai Mai.

Pengesanan yang menggunakan alat pengesan satelit itu dikatakan lubuk untuk beberapa jenis ikan antaranya patin, jelawat, kelah, temelian, tengalan, kerai, gerahak, belida dan tapah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengetua cemerlang dikelilingi doktor

Posted:

Pengetua cemerlang dikelilingi doktor

Pengetua cemerlang dikelilingi doktor

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


SHAMSHIAH menganggap guru-guru di SMK Cochrane, Cheras sebagai rakan.


SHAMSHIAH Ahmad sudah 32 tahun berkhidmat sebagai guru dan pentadbir sekolah. Lantaran dedikasi dan kualiti kerja yang ditunjukkan, beliau telah empat kali dipilih menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga diiktiraf sebagai Pengetua Cemerlang pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Shamshiah pada usia 56 tahun masih ingin mencipta lebih banyak kejayaan.

"Saya mahu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane mendapat status sekolah kluster tahun depan," ucap pengetua kanan sekolah yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Program pengiktirafan sekolah kluster yang dimulakan oleh kerajaan pada tahun 2007 bertujuan memberi lebih autonomi kepada sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Sekolah kluster mendapat keistimewaan dalam bidang pengurusan sumber manusia, mewujudkan dana dan tabungan sekolah, pengambilan murid, pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dan peperiksaan.

Keibuan

Setakat ini, sebanyak 124 buah sekolah di seluruh negara sudah mendapat status itu.

Dengan tempoh perkhidmatan yang berbaki tiga tahun lagi, impian itu tidak mustahil untuk dicapai Shamshiah.

"Dari segi kokurikulum, kami sedang menyediakan pasukan pancaragam dan sukan bola baling yang mampu bertanding di peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Dalam bidang akademik pula, sekolah kami telah menerima lonjakan sarjana sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2007 dan 2009 kerana memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah," katanya.

Selain itu, SMK Cochrane juga telah mewujudkan tiga aliran pembelajaran iaitu kelas aliran agama, aliran perdana dan prauniversiti.

"Prauniversiti adalah hasil inisiatif sekolah ini bagi menjenamakan semula kelas tingkatan enam supaya pelajar terbabit merasakan mereka sudah selangkah memasuki universiti," kata Shamshiah.

Semasa menjalankan tugas sebagai pengurus sekolah, raut wajah wanita ini sememangnya kelihatan garang.

Bagaimanapun, naluri keibuan menyebabkan beliau bukan sahaja menganggap semua pelajar sebagai anak murid bahkan seperti anaknya sendiri. Guru-guru pula dilayan seperti rakan.

Shamshiah, anak sulung daripada 11 adik-beradik berkata, ibu bapa dan guru sama-sama bertanggungjawab membentuk minda pelajar.

Sebagai pengetua, peranannya adalah untuk meningkatkan kemampuan guru membina acuan untuk generasi masa depan itu.

Bukan mahu mendabik dada, tetapi kata Kak Shamshiah, keikhlasan beliau memikul tanggungjawab di sekolah sekurang-kurangnya telah dibalas dengan kejayaan tujuh orang anaknya, lima perempuan dan dua lelaki.

"Bila kita ikhlas bekerja, Allah akan balas dari segi lain pula. Saya bangga kerana tiga anak saya sudah bergelar doktor, tiga lagi sedang mengikuti pengajian perubatan di universiti manakala yang bongsu, Adham Dan masih bersekolah dalam tingkatan lima di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

"Dia juga bercita-cita mengikuti jejak langkah kakak dan abangnya," kata Shamshiah yang mengakui beliau gembira kehidupannya kini 'dikelilingi' para doktor.

Suami Shamshiah sendiri, Prof. Madya Dr. Adnan Dan merupakan doktor perubatan yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Doktor

Menurut Shamshiah, anak pertamanya, Dr. Syuhada Dan, 30, berkhidmat di Hospital Kuala Terengganu, yang kedua, Dr. Adneen Dan, 28, di Hospital Kuala Lipis dan ketiga, Dr. Syahira Dan, 26, di sebuah hospital di Scotland.

Manakala tiga lagi anaknya yang masih belajar di peringkat ijazah iaitu Syarfa Dan, 24, di Universiti Kaherah, Mesir, Syafiqah Dan, 22, di Universiti Tanta, Mesir dan seorang lagi, Syazwani Dan, 19, di Kolej Mara Banting – International Baccalaureate iaitu kursus persediaan untuk ke luar negara.

"Saya dan suami tidak pernah menyuruh mereka menjadi doktor.

"Malah, ayah mereka selalu mengingatkan bahawa kerjaya doktor memerlukan komitmen yang tinggi.

"Tetapi anak-anak menganggap ia sebagai satu cabaran," katanya yang selalu duduk berbincang mengenai apa sahaja topik dengan ahli keluarga.

Bagi Shamshiah, pendekatan sentuhan serta belaian bukan sahaja dipraktikkan bersama anak-anak di rumah bahkan boleh dilakukan di sekolah.

"Dalam menangani pelajar nakal atau kurang minat dengan pelajaran, saya lebih suka mengadakan sesi kaunseling.

"Kalau boleh tindakan buang sekolah itu adalah penyelesaian terakhir. Saya akan cuba ambil pendekatan lain terlebih dahulu," katanya.

Shamshiah juga sempat berpesan supaya ibu bapa memilih makanan yang sihat dan bersih untuk anak-anak mereka. Kongsi beliau, makanan juga antara faktor menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak terutamanya dalam bidang akademik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan pelik orang Britain

Posted:

Sukan pelik orang Britain

Sukan pelik orang Britain


PASUKAN petugas khas menunggu di bawah bukit bagi memberi bantuan kepada peserta yang cedera.


SETIAP tahun, Britain menjadi tuan rumah kepada sekumpulan sukan yang pelik-pelik seperti bersnorkel di dalam paya gambut dan mengejar bola keju.

Di sebalik populariti sukan bola sepak dan ragbi, masih ramai rakyat Ratu Elizabeth II yang menggemari aktiviti seperti tembak kacang, pikul isteri dan melempar puding hitam.

Begitu juga pertandingan makan daun netel, membuat wajah hodoh, bergusti sebelah kaki dan mengutip cacing.

Britain yang baru sahaja menyaksikan perkahwinan gilang-gemilang Putera William dan Kate Middleton menganjurkan sekurang-kurangnya 20 acara sukan yang bersifat eksentrik tetapi berjaya meraih minat penggemarnya dari seluruh dunia.

Keju

Sesetengah sukan seperti pertandingan mengejar keju yang bergolek menuruni bukit di Gloucestershire, England sudah bermula sejak abad ke-13 lagi.

Lebih 4,000 penonton termasuk pelancong asing datang ke Bukit Coopers, bukit yang terkenal di daerah itu pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.

Berpuluh-puluh lelaki dan wanita akan bergolek dan meluncur ke bawah bukit itu dalam usaha mengejar seketul keju seberat 3.6 kilogram yang dikenali sebagai Double Gloucester.

Acara bermula dengan peserta bersedia di atas bukit setinggi 300 meter itu dengan seorang pengacara majlis yang berpakaian serba putih serta kot dan tarbus.

Sebaik sahaja pengacara itu mengira sehingga tiga, keju itu akan dilontar ke bawah dan diikuti tubuh manusia berterbangan.

Ada yang menjunam kepala dahulu, berguling ke tepi dan pelbagai aksi lain semata-mata untuk mengejar keju itu.


PELBAGAI cara digunakan oleh suami untuk mengangkat isteri hingga ke garisan penamat.


Tangan dan kaki terseliuh, serta lebam dan luka pada bahagian kepala adalah antara kecederaan yang biasa dialami. Ada juga peserta yang patah kaki dan tangan.

Pertandingan berenang di dalam paya pula telah menarik peserta dari sejauh Australia.

Paya

Pada bulan Ogos nanti, lebih 200 peserta akan menyertai Kejohanan Snorkel Paya Dunia yang sudah bermula sejak tahun 1985. Mereka akan berenang sejauh 100 meter di kawasan paya gambut di Llanwrtyd Wells, Wales.

Namun, gaya renangan biasa tidak dibenarkan. Sebaliknya mereka diminta melepasinya dengan bersnorkel.

Pasangan Kez Mercel dan Tigger Webb sanggup terbang dari Australia setiap tahun untuk menyertainya acara yang menyeronokkan itu.

"Paya itu penuh dengan rumput-rampai yang reput dan bercampur dengan air hitam paya yang berasid," kata mereka seperti dipetik BBC.

Namun, tentulah ada sesuatu yang menyebabkan mereka ingin kembali lagi ke paya itu - keseronokannya.

"Negara kami Australia memiliki pantai tercantik di dunia iaitu di Gold Coast. Tetapi kami sanggup menempuh perjalanan separuh dunia untuk berenang di dalam paya di Britain," tambah mereka.

Mereka yang tidak menyukai lumpur boleh mencuba sukan yang dianggap luar biasa, dinamakan Pesta Ketam Egremont di Cumbria, England.

Semasa pesta itu, pelbagai acara dipertandingkan meliputi menghisap rokok paip paling laju, memanjat tiang licin dan gurning iaitu pertandingan mengherotkan wajah. Wajah siapa paling hodoh akan dikira sebagai pemenang.

Gurning yang disertai lebih 100 peserta setiap tahun dicatat dalam Rekod Dunia Guinness. Seorang lelaki dari Cumbria, Tommy Mattinson paling banyak memenangi perlawanan itu iaitu 11 kali.

Acara sepak keting pula tidak kurang popularnya. Ia kedengaran menyakitkan tetapi pad penahan boleh diletakkan pada kaki sebelum perlawanan.

Dalam perlawanan itu, peserta akan memegang antara satu sama lain sebelum masing-masing menendang keting pihak lawan hingga terjatuh.

Clive Thompson, naib presiden sukan itu percaya usia sukan itu yang menjangkau 300 tahun adalah tarikannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan