Jumaat, 6 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Halau bapa tegur isteri tutup tingkap

Posted: 06 May 2011 04:59 PM PDT

Nasional

ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh.

ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh.

Warga emas jual barang terpakai untuk hidup

IPOH: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah. Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.

Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.
Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.

"Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.

"Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.

"Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib," katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

farhana hamdan

kenapalah anak2 sekarang yer,...cubalah kenang balik pengorbanan ibu n ayah yg membesarkan kita..andaikata mereka halau sepertimana anak buat kat ibu ayah camner?..fikir2kan

nizam

Tanggungjawab anak lelaki terhadap keluarga terutama ibu dan ayah kandung tidak terputus setelah berkahwin tetapi selama mana mereka masih hidup dalam saya harap anak tersebut bertaubat dan mohon ampun kepada bapanya kerana redha allah datang dengan keredhaan ibu dan bapa. Kenanglah jasa mereka membesarkan kita dari kecil tapak kaki hingga kita mampu berdikari. Insaflah saudaraku.

anak papa

sob..sob..sob..:( tergamak anak durhaka @ durjana!!

suklenalin

Anak x sdr d untung.Nantikn balasanx d akiharat.Sburuk org tua,dia tetap insan yg mghidupkn kita.Trgamak betul lelaki ni mghalau bapa kandungnya.

asdi

INI DA BUKAN ANAK NIE...INI DA KATEGORI ANAK DERHAKA NIE!!!WHO ARE YOU WITHOUT YOUR FATHER....BAWA2 LA BERTAUBAT....ITU JE MAMPU AKU CAKAP

azhammustaffa

Tak guna punya anak..belajar saja tinggi akai takdak,sanggup buat macam tu,sampai masanya nanti engkau pulak akan merasa atas parbuatan kau terhadap bapak kau....INGAT LAH..setiap perkara baik atau buruk pasti akan ada balasannya.......INSAFLAH wahai insan yang di panggil ANAK.

dDeenz

ANAK KURANG AJAR bukan BAPA tak ajar tapi pembawakan Anak sendiri. Bapa tak boleh dipersalahkan. Terlebih SAYANG BINI


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP, PKR Sarawak bertelingkah barisan kabinet bayangan

Posted: 06 May 2011 04:46 PM PDT

Nasional

KUCHING: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bertelingkah berhubung barisan Kabinet bayangan yang diumumkan Ahad lalu.

Dalam laman blognya semalam, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, 'seseorang' dalam biro politik PKR sebagai 'gila kuasa' membantah kerana diberikan portfolio 'junior'.

"Bantahan itu tidak berasas. Memandangkan ia sebuah Kabinet bayangan, tiada portfolio kanan atau junior atau lebih penting atau kurang penting. "Ia hanya menunjukkan bahawa seseorang dalam Biro Politik PKR gila kuasa tanpa mengetahui fungsi sebenar sebuah Kabinet bayangan dan tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang timbul daripada perjumpaan antara DAP dan PKR pada 30 April, 2011," katanya dalam blognya http://holeng.dapsarawak.com.

Pakatan pembangkang di Sarawak mengumumkan barisan kabinet bayangan itu, Ahad lalu.

DAP dan PKR berbincang selama sejam barisan kabinet bayangan itu. DAP Sarawak diwakili Wong dan setiausaha parti negeri, Chong Chieng Jen, manakala PKR diwakili Naib Presiden Kebangsaan, Datuk John Tenewi Nuek, Ibi Uding dan Setiausaha Akhbar Ketua Parti Negeri Bian Baru, Vernon Kedit.

Dalam sidang medianya kelmarin, Baru berkata, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan komposisi barisan Kabinet bayangan dan berkata, ia diumumkan satu pihak saja tanpa perundingan.
Baru berpendapat barisan Kabinet bayangan itu tidak menggambarkan perwakilan yang mencukupi bagi Bumiputera Islam dan bukan Islam.

Bagi membantah kenyataan itu, Wong berkata, barisan itu dibincangkan selama sejam dan dua pindaan dibuat kepada portfolio sebelum ia diumumkan dalam sidang media bersama.

"Kita bertukar-tukar pandangan mengenai barisan itu. Kita buat dua pindaan kepada portfolio. Ada dua perundingan penuh dilakukan," katanya.

Wong berkata, Baru perlu menjelaskan kepada DAP mengenai kenapa beliau menghantar tiga wakil yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tanpa memberitahu DAP terlebih dulu.

"Baru tidak pernah memaklumkan kepada kita terlebih dulu bahawa tiga wakilnya tidak mempunyai kuasa seperti itu. Adakah tiga wakil PKR pada mesyuarat itu hanya untuk hiasan saja? Jika Baru terlebih dulu memaklumkan kami... saya tidak ragu-ragu untuk membatalkan atau menangguhkan mesyuarat itu," katanya.

Wong berkata, PKR sudah menunjukkan bahawa pemimpinnya di Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam mesyuarat dengan DAP Sarawak.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan