Ahad, 2 Januari 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Tidak yakin dipindah semula

Posted:

Tidak yakin dipindah semula

Tidak yakin dipindah semula

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


M. SAZALI Kamilan (tengah) bersama pemilik rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi selepas majlis penyerahan dokumen perjanjian pembangunan semula rumah pangsa itu dan bantuan persekolahan di Lembah Pantai, semalam. - Utusan/Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Tidak yakin akan dipindahkan semula menjadi antara punca segelintir penduduk rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi di sini enggan berpindah dari kawasan itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, M. Sazali Kamilan berkata, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan bagi meyakinkan mereka tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya.

"Sehingga sekarang, masih terdapat 15 peratus daripada penduduk yang masih enggan berpindah menyebabkan kelancaran projek pembangunan semula kawasan itu terganggu sedikit.

"Jika rumah pangsa itu dapat dikosongkan maka kerja pembangunan semula kawasan itu dapat dijalankan dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian dokumen perjanjian pembangunan rumah pangsa empat tingkat Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Suez Domain Sdn. Bhd. iaitu pemaju projek tersebut, Yasran Hussain dan Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, Ahmad Rahman.

M. Sazali berkata, penduduk harus yakin bahawa janji mereka akan dipindahkan semula ke situ akan ditunaikan kerana pemaju telah membayar bon kepada kerajaan.

"Jika mereka melanggar perjanjian itu, bon tersebut tidak akan dikembalikan," ujarnya.

Beliau berharap pihak pemaju akan mendekati penduduk yang masih enggan berpindah ke kediaman transit yang disediakan dan cuba menyelesaikan masalah yang berbangkit bagi meyakinkan penduduk berkenaan.

Katanya, di sebalik keengganan sebahagian penduduk itu, proses pemindahan penduduk dari rumah pangsa itu ke kediaman transit berjalan lancar.

Sementara itu, penduduk rumah pangsa berkenaan kini boleh menarik nafas lega apabila diberikan salinan dokumen perjanjian projek pembangunan semula rumah pangsa itu.

Penyerahan dokumen itu adalah susulan daripada keputusan penduduk yang bersetuju menandatangani perjanjian usaha sama dengan Suez Domain Sdn. Bhd.

Pada majlis itu juga, Suez Domain turut menyampaikan bantuan RM150 setahun kepada setiap anak pemilik rumah pangsa yang masih bersekolah dan juga bantuan beg sekolah kepada cucu-cucu pemilik.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Nor Shida Mohd., 39, berkata, dia amat berterima kasih dengan bantuan persekolahan yang telah disampaikan kepada dua orang anaknya.

"Walaupun sumbangan itu tidak banyak, namun ia dapat membantu untuk meringankan beban kami sekeluarga," jelasnya.

Dia yang sudah 20 tahun tinggal di situ telah berpindah ke kediaman transit sejak Julai tahun lalu dan amat berpuas hati dengan kediamannya sekarang yang lebih luas berbanding rumahnya di Kampung Kerinchi.

Seorang lagi penduduk, Marshida Marsiran, 60, bersyukur diberikan rumah yang lebih luas dan selesa walaupun hanya kediaman sementara.

"Dulu kami sekeluarga terpaksa tinggal di rumah yang hanya mempunyai satu bilik sahaja tetapi sekarang, rumah kami lebih besar dan mempunyai tiga bilik.

"Kalau ada ahli keluarga dari jauh datang, memang tidak tahu di mana nak letak mereka sebab rumah yang sempit. Alhamdulillah rumah sekarang lebih luas," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

FAMA sedia tempat anak peniaga belajar di pasar tani

Posted:

FAMA sedia tempat anak peniaga belajar di pasar tani

FAMA sedia tempat anak peniaga belajar di pasar tani


Rohizat Ridzwan (kanan) diberi penerangan mengenai tempat belajar untuk anak-anak usahawan pasar tani di Kuala Langat, baru-baru ini.


KUALA LANGAT 2 Jan. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor akan menyediakan tempat belajar di setiap pasar tani sebagai usaha membantu anak-anak usahawan memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

FAMA juga akan bekerjasama dengan syarikat e-Learning untuk mengajar anak-anak usahawan tersebut menjawab contoh-contoh soalan peperiksaan yang lepas yang disediakan di portal pembelajaran syarikat itu.

Pengarah FAMA negeri, Rohizat Ridzwan berkata, selain mewujudkan 'business matching' di antara usahawan dan pengguna, FAMA juga akan menyediakan ruang untuk anak-anak usahawan mengulang kaji pelajaran walaupun semasa berada di pasar tani.

Menurut beliau, portal pembelajaran e-Learning menyediakan soalan-soalan peperiksaan utama sejak 17 tahun lalu untuk dijawab.

"Dengan cara ini, anak-anak peniaga dapat meningkatkan pendidikan mereka selain menjadikan pasar tani itu sendiri sebagai pusat komuniti yang turut membantu pelajar-pelajar.

"FAMA bukan sahaja mahu menyediakan ruang niaga kepada usahawan malah akan terus memberi informasi mengenai pendidikan selain mengenai produk-produk keluaran usahawan kepada pengguna", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Ria 2010 anjuran FAMA dengan kerjasama Radio Malaysia Selangor FM dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata, program yang berlangsung dua hari itu turut membantu mempromosikan Pantai Morib di sini sebagai sebuah pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Rohizat memberitahu, FAMA kini dalam perbincangan untuk menjadikan pantai berkenaan sebagai pasar tani pelancongan yang ketiga selepas Bukit Cerakah, Shah Alam dan pasar tani Batu 14, Hulu Langat.

Tambahnya, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pertandingan memasak ikan air tawar bersama juruhebah Radio Selangor FM, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke dan pertandingan layang-layang tradisional.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan