Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


AUCMS tambah empat fakulti baru

Posted:

AUCMS tambah empat fakulti baru

AUCMS tambah empat fakulti baru

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


Zainuddin Md. Wazir (dua dari kanan) bersama pelajar yang menjayakan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Usahawan AUCMS 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 19 April - Institusi pendidikan perubatan terkemuka, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) yang baru dinaikkan taraf sebagai kolej universiti, berhasrat untuk menambah empat fakulti baru menjelang September ini.

Empat fakulti baru itu adalah Sains Sukan, Pengurusan dan Pendidikan Perubatan, Hospitaliti Perubatan dan Pelancongan serta Perubatan Tradisional.

Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, keputusan untuk menambah fakulti berkenaan adalah selaras dengan usaha pihaknya mewujudkan kursus-kursus baru yang memenuhi keperluan semasa, khususnya dalam bidang perubatan.

''Kita sudah menghantar permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengenai hasrat untuk mewujudkan beberapa lagi fakulti yang bakal menyaksikan penawaran kursus-kursus baru.

''Jika semua berjalan lancar, kita harap fakulti-fakulti ini akan diwujudkan selewat-lewatnya menjelang September tahun ini," katanya selepas merasmikan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Kebudayaan AUCMS di sini baru-baru ini.

AUCMS yang sebelum ini dikenali sebagai ACMS, ditubuhkan sejak 2002 dan merupakan salah satu kolej universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi serta memfokuskan kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

Setakat ini, AUCMS mempunyai empat fakulti yang menyediakan pelbagai kursus kepada para penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi dan setaraf dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Kejururawatan, Fisioterapi dan Sains Bersepadu.

Mengulas lanjut, Zainuddin memberitahu, fakulti-fakulti yang akan diwujudkan memberi fokus dalam memenuhi keperluan bukan sahaja daripada segi kecemerlangan akademik, tetapi juga dalam bidang sukan serta kebudayaan.

Beliau memberi contoh, Fakulti Sains Sukan turut merangkumi penubuhan akademi bola sepak yang menyediakan aktiviti latihan serta penganjuran kejohanan bola sepak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM

Posted:

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM


Sty Deyana Suhailah Mat Desa (kanan) menerima anugerah daripada Rektor UiTM Perak, Prof. Dr. Zainab Mohamed di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.


SERI ISKANDAR 19 April - Mahasiswa tahun satu Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Sty Deyana Suhailah Mat Desa, 21, muncul sebagai pemenang program Pengacara Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011.

Program yang antara lain bertujuan mencungkil bakat pengacaraan itu terdiri daripada tiga peringkat saringan dan disertai lebih 50 mahasiswa UiTM Perak daripada pelbagai fakulti.

Sty Deyana Suhailah memulakan cabaran pertama di peringkat saringan dengan mengendalikan sebuah rancangan temu bual sambil mengupas isu pelajar dan fesyen.

Anak kepada pasangan Mat Desa Hashim, 57, dan Abadah Ramli, 56, itu kemudiannya meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir dengan mengacara sebuah majlis rasmi perkahwinan olok-olok di hotel.

"Terdapat dua tugasan pada peringkat akhir. Pertamanya saya menjalani satu rakaman video untuk sesi membaca berita selama lima minit.

"Untuk tugasan kedua pula, saya dikehendaki mengacarakan satu majlis 'karpet merah' Anugerah Skrin secara spontan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sty Deyana Suhailah yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik dalam Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009, bagaimanapun mengakui masih gementar untuk mengacarakan sesebuah majlis.

Namun, katanya, dia berusaha mengatasi perasaan tersebut melalui latihan serta dorongan daripada rakan-rakan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu yang amat meminati pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Datuk Mahathir Lokman berpendapat, kebolehan berinteraksi dengan penonton melalui kepelbagaian ton suara penting bagi menghidupkan sesebuah rancangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya

Posted:

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya


Ahmad Zaini Japar (tiga dari kiri) bersama Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif (dua dari kiri) melawat pameran di Karnival Kerjaya Kali Ke-19 di UUM Sintok, kelmarin.


KUBANG PASU 19 April - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya yang berada di tahun akhir, perlu mendedahkan diri dengan persediaan ke alam kerjaya agar mampu menjadi siswazah yang boleh bersaing di pasaran kerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, lulusan IPT tidak hanya boleh mengharapkan segulung ijazah untuk mendapatkan kerja, tetapi mesti membuat persiapan yang mantap dengan menjana kualiti diri sejak berada di 'menara gading' lagi.

"Selepas pengajian selesai, siswazah tidak dapat mengelakkan diri untuk menempuh proses mencari kerja, termasuk temu duga. Dalam proses ini, mereka perlu mempunyai penampilan dan jati diri bagi mendapat pekerjaan," katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya 2011 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang bertemakan Graduan Holistik Ke Arah Kebolehpasaran Kerja di Dewan Muadzam Shah universiti itu di Sintok, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif.

Karnival selama tiga hari berakhir esok itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kerjaya dan pendidikan, temu duga, bual bicara kerjaya serta ceramah kemasukan ke IPT awam.

Sehubungan itu, Ahmah Zaini berkata, para mahasiswa perlu mengambil peluang dengan penganjuran program kerjaya seperti yang diadakan oleh UUM itu bagi mendedahkan diri terhadap persediaan ke alam pekerjaan.

Beliau percaya, peserta-peserta yang mengikuti karnival kerjaya berkenaan akan mengetahui hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka untuk menembusi pasaran kerja selepas menamatkan pengajian masing-masing.

Sementara itu, Mohd. Amy Azhar memberitahu, Karnival Kerjaya Kali Ke-19 UUM itu mendapat sambutan yang menggalakkan, bukan sahaja daripada kalangan mahasiswa bahkan badan korporat, jabatan kerajaan dan IPT.

Menurut beliau, antara objektif penganjuran karnival itu ialah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai persediaan ke alam kerjaya meliputi penulisan resume, surat iringan dan tips-tips menghadapi temu duga.

Katanya, ia juga bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan menguasai kemahiran komunikasi untuk menjadi siswazah yang mempunyai nilai tinggi di pasaran kerja.

"Karnival ini turut menyediakan peluang pekerjaan kepada bakal siswazah UUM dan juga masyarakat setempat, selain menggalakkan penglibatan badan korporat dalam menyumbangkan tenaga kemahiran dan ilmu kepada golongan yang bakal menerajui negara kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan