Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tebang pokok warisan dibantah

Posted:

Tebang pokok warisan dibantah

Tebang pokok warisan dibantah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Ahli Majlis Bandaraya Melaka bersejarah, Mohd. Yusof Abu Hassan menunjukkan salah satu tunggul pokok besar yang mempunyai nilai sejarah di kawasan Zon Penampan Tapak Warisan Dunia ditebang tanpa permit di antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara, Melaka, semalam. - utusan/ azli ahad


MELAKA 27 April - Pelbagai pihak membantah perbuatan menebang pokok-pokok berusia ratusan tahun di kawasan Zon Penampan Tapak Warisan Dunia bagi tujuan pembangunan kerana ia akan merosakkan nilai sejarah negeri ini.

Bekas Presiden Persatuan Hotel Melaka (Maha), Datuk Syed A. Rahman Alkaff berkata, perbuatan itu juga akan menjejaskan kunjungan pelancong khususnya dari luar negara yang ingin menyaksikan kekayaan sejarah Melaka.

"Pelancong bukan sahaja ingin berkunjung ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A'Famosa, Bangunan Stadhuys atau muzium, tetapi juga untuk melihat pokok-pokok yang berusia ratusan tahun di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi satu kerugian sekiranya pembangunan terus dilaksanakan tanpa mengambil kira kepentingan pelbagai bentuk bahan sejarah yang sepatutnya dipelihara.

Tambahnya, pengiktirafan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008 adalah satu penghormatan kepada kerajaan negeri supaya terus mengekal dan memulihara tapak warisan sejarah sejak 500 tahun lalu.

Pengikitrafan UNESCO untuk tapak warisan di Melaka membabitkan kawasan seluas 214.6 hektar meliputi dua kawasan iaitu Zon Utama dan Zon Penampan.

Zon Utama termasuk kawasan sekitar Bukit St Paul serta Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat (Jonker Walk) serta beberapa batang jalan lain hingga Jalan Kampung Pantai.

Zon Penampan pula seperti sekitar Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Munsyi Abdullah, Kampung Banda Kaba serta beberapa kawasan lain termasuk Bukit China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBMB kesan syarikat kontraktor terlibat

Posted:

MBMB kesan syarikat kontraktor terlibat

MBMB kesan syarikat kontraktor terlibat

MELAKA 27 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesan terdapat segelintir syarikat kontraktor swasta telah menebang pokok-pokok besar yang mempunyai nilai sejarah di kawasan Zon Penampan Tapak Warisan Dunia tanpa permit.

Ahli Majlisnya, Mohd. Yusof Abu Hassan berkata, pokok-pokok yang berusia ratusan tahun itu sepatutnya dilindungi dan dipulihara bersesuaian dengan kedudukannya di Zon Penampan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

Menurut beliau, selain memusnahkan sejarah, tindakan itu juga bertentangan dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang melakukan pelbagai usaha ke arah menuju Melaka Bandar Teknologi Hijau tahun 2020.

"Saya kesal dengan perbuatan syarikat kontraktor yang menebang lima batang pokok di tanah lapang antara Jalan Merdeka dan Jalan Parameswara berhampiran Hotel Equotorial di sini kerana ia dilakukan secara haram.

"Salah satu pokok yang ditebang dan dikenali sebagai angsana yang berusia ratusan tahun yang menjadi tanda sempadan laut sebelum Banda Hilir ditambak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusof, perbuatan menebang lima batang pokok terbabit oleh syarikat kontraktor swasta itu tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Jabatan Perancang Bandar MBMB.

"MBMB tidak pernah meluluskan kegiatan menebang pokok apatah lagi ia terletak di dalam kawasan Zon Penampan Tapak Warisan Dunia," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Bahagian Undang-undang MBMB bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat terbabit.

Tambahnya, tindakan tegas di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1972 perlu dikenakan kepada pihak berkenaan supaya perbuatan memusnahkan sewenang-wenangnya pokok-pokok yang mempunyai nilai sejarah kepada negeri dapat dihentikan.

"Kita tidak mahu, selepas ini ada lagi syarikat kontraktor yang terlalu mengejar pembangunan sehingga sanggup memusnahkan produk-produk sejarah di negeri ini," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wan Razali angkat sumpah YDP Majlis Daerah Jempol

Posted:

Wan Razali angkat sumpah YDP Majlis Daerah Jempol

Wan Razali angkat sumpah YDP Majlis Daerah Jempol


WAN Razali Wan Awang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol di hadapan Mohamad Hasan sambil disaksikan oleh Mat Ali Hassan di Wisma Negeri, semalam.


SEREMBAN 27 April - Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Prestasi dan Tatatertib di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wan Razali Wan Awang, 53, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJL) selepas dilantik pada 14 Mac lalu.

Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Wan Razali sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Jempol pada tahun 2003 hingga 2006 dan menguruskan perihal tanah sebelum bertukar ke daerah Tampin sebagai Timbalan Pentadbir Tanah di situ selama tiga tahun.

Pada 2008, beliau ditukarkan ke Kementerian Kewangan di Putrajaya dan ditugaskan dalam bahagian pengurusan sumber manusia di JKDM.

Wan Razali mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Gunaan) dari Universiti Malaya (UM) menggantikan Datuk Mohd. Yusof Yunus yang telah bertukar ke Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai Ketua Eksekutif.

Wan Razali yang ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah itu mengucapkan terima kasih di atas pelantikan ini dan akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

''Dari segi pelaksanaan seperti yang saya sedia maklum MDJL adalah merupakan agensi barisan hadapan kepada orang ramai.

''Jadi maklumat dan segala respons daripada orang ramai akan kita ambil kira untuk memenuhi kehendak rakyat," katanya yang berasal dari Terengganu.

Ditanya strategi yang akan dijalankannya, Wan Razali berkata, beliau akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini, selain melihat potensi yang boleh dimajukan lagi di daerah Jempol.

''Mengenai keperluan rakyat, saya akan mengambil inisiatif untuk mendapatkan apa juga maklumat yang diperlukan dan terjemahkan ia dengan pelaksanaan.

''Maklumat yang sama juga akan diperoleh daripada pemimpin masyarakat. Saya berharap, kesemua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik kepada saya selepas ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan