Rabu, 27 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Gempur penjaja jajan

Posted: 26 Apr 2011 06:51 AM PDT

MukaDepan

Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapai

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.

Berikutan itu, beberapa pertubuhan meminta pihak berkuasa tempatan segera menguatkuasakan larangan terhadap peniaga dan penjaja ini yang menjadi antara faktor penyumbang masalah pemakanan pelajar ketika di sekolah. Menurut mereka, kebanyakan daripada senarai 15 barangan yang dilarang dijual di sekolah, sebenarnya tidak dijual di kantin, sebaliknya dijual peniaga dan penjaja di luar sekolah dalam bas dan van sekolah serta kedai berhampiran sekolah.

Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.

Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
"Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.

"Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.

"Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga," katanya.

Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.

"Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka," katanya.

Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.

"Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

diana

pada pendapat saya, isu kanak2 berlebihan berat badan nie, seharusnya di beri penekanan kepada ibu bapa dan bukan pihak lain.obesiti adalah satu penyakit yang bermula dari didikan awal ibu bapa.ibu bapa yang terlalu manjakan anak2 mereka.kerajaan seharusnya lebih peka,bahawa kanak2 zaman sekarang lebih bijak. diharamkan penjualan jajan di sekolah mahu pun penjaja jajan, mereka masih lagi boleh memujuk ibu bapa untuk membelikan jajan atau mereka sendiri akan ke pasaraya untuk membeli makanan ringan.salah tetap pada pihak ibubapa.jika dari awal diajar cara pemakanan sihat, tidak mungkin anak2 kecil menjadi obes.jangan salah menunding jari!!

kamal

mnagapa nk tutp rezeki org susah nk berniaga?masalah obesiti berpunca dri rumah, ibubapa y patut control pmakanan anak2, ajak anak2 bersenam, x patut salah kn penjaja y mncari rezeki

Ummu Ain

Perkara ini perlu difikir dengan bijaksana. Tidak boleh 'melatah' dan ambil tindakan terlalu drastik dengan kenakan pelbagai peraturan baru yang tidak munasabah. Pengusaha kantin tidak boleh dipersalahkan 100%. Apa pula peraturan untuk anak-anak makan KFC, McD,Buger kt luar sekolah..? Sediakan Garis panduan lengkap/menyeluruh yang memberi manfaat kepada semua pihak :anak-anak di sekolah, ibu-bapa, peniaga kecil, pengusaha kantin dan Pengeluar serta premis makanan segera. Mengambil tindakan terburu-buru dengan menyebelahi satu pihak sahaja, bukankah tidak adil dan membebankan rakyat yang secara umumnya berpendapatan rendah. (Kalu dah kaya, mungkin tak niaga jajan tepi sekolah).

bain

Segala-galanya bermula dari rumah.. Jgn pulak dipersalahkan pengusaha kantin tu.. Kenapa tidak diwujudkan gim kat setiap sekolah?? panjangkan tempoh subjek PJK.. buat senaman ringan semasa perhimpunan harian sebelum masuk kelas ker.. tak pun, tambah silibus 'Nutrisi yg sihat utk keluarga' dlm kursus pra-perkahwinan..

ABDUL MANAF BOHARI

Saya berpendapat kementerian berkenaan tidak tergesa-gesa mnyenaraikan nasi lemak sebagai makanan larangan di kantin. Cuma ikut amalan sebelum ini, contohnya bila botol susu BPA jadi isu, kementerian kesihatan tidak mengharamkannya serta merta kerna alasan nak bagi peluang industri mengukar spefifikasi mesin/acuan buat botol. Tahun depan baru haram dan alasannya yang lain plak, tidak bukti saintifik. so, nasi lemak juga tidak ade bukti saintifik dan pengusaha perlu diberikan peluang untuk memperbaiki kandungan nasi lemak tersebut agar tidak mendatangkan masalah obersiti.

jemangin

manusia bebas memilih makanan, dicadangkan ambil makanan berkhasiat sperti makanan nutrisi baik untuk atasi obesiti dan diabetes tahap kritikal seperti saya alami.

mohamed

sepatutnya isu penjualan makanan kurang berkhasiat tidak timbul kerana peniaga terbabit sudah tahu keburukannya.Apa yang saya lihat, objektif mereka hanyalah keuntungan semata-mata, manakala tindakan pihak-pihak berkenaan tidak serius.Sebagai ibubapa, saya dapati ada diantara pengusaha kantin pun bersikap hanya memikirkan untung sahaja. Makanan yang disajikan kurang menyelerakan pelajar, malah kakitangan sekolah sendiri dari membelinya. Ini kerana ada diantara pengusaha kantin dipilih bukan kerana kepakarannya menyediakan makanan tetapi atas sebab-sebab peribadi.

Hj shari

Pendidikan yang berkaitan permakanan perlu diberikan penekanan kepada anak-anak dan ibu bapa.

JustWatching

Kenapa kantin sekolah yang perlu disalahkan? Setiap apa jua bermula di rumah. Kawalan di sekolah tidak akan mengurangkan masalah kesihatan jika di rumah mereka diberi mencekik apa saja. Jika betul mahu mengawal masalah kesihatan, kawal semua makanan segera seperti KFC, McDonalds, Pizza, Burger King dan sebagainya. Cuba tengok waktu balik sekolah, restoran tersebut penuh dengan pelajar. Oleh itu, ibubapa yang sepatutnya mengambil tindakan untuk mengawal pemakanan anak-anak mereka. Itu pun kalau mereka ambil berat dan sayangkan anak-anak.

fahmi

Kenapa perlu cekik penjaja kecil sedangkan punca obesiti sebenar datang dari makanan segera seperti McDonald, KFC, Maggie dsb?

along

pada ibu bapa tolong jaga anak bersama. jangan lepas tangan dalam penjagaan anak kepada orang lain dan kerajaan. betul ke anak sendiri yang gemuk yang salah orang lain. yang bagi makan tu tanggungjawab siapa?

Dr Usop

KFC, McD, dan byk lg fast food yg lain xnak digempur pulak kah?

sri siantan

harap PBT dan kem pelajaran memberi peluang kpd penjaja kecil yg ingin mencari rezeki asal mematuhi garis panduan dan peraturan yg ditetapkan. harap kebenaran boleh diberikan dan perlu dipantau oleh wakil pihak PIBG bukan PBT, sekolah atau kem pelajaran. mana-mana ibubapa atau penjaga boleh melapor kpd pihak berkuasa jika melanggar peraturan ditetapkan. pihak kantin sekolah juga perlu memastikan kualiti dan rasa makanan yg disediakan adalah baik. kita tidak mahu peniaga kantin mengambil kesempatan kerana tiada persaingan drp luar atau pelajar terpaksa membeli makanan drp mereka. Biar menu untuk guru dan pelajar adalah sama agar guru tahu kualiti dan rasa makanan yg disediakan oleh pihak kantin.

liazaki

sewajarnya anak2 dididik mengenai pemakanan dari rumah lagi...jangan hanya menyalahkan penjual sahaja kerana ibu bapa memainkan peranan amat penting dalam menjaga kesihatan anak2.

sepulnuar

jajan? ape kes? perkataan baru ke?

anti jojan

Buat apa peniaga dan penjaja digempur, gempurlah pengilang yang buatnya barulah betul


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan