Selasa, 26 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Dengar masalah golongan muda

Posted:

Dengar masalah golongan muda

Dengar masalah golongan muda

LANCHANG 26 April – Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu memperhebatkan lagi aktiviti turun padang mendekati golongan muda dan mendengar masalah mereka.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, golongan muda mempunyai masalah atau isu tersendiri yang perlu diketahui oleh kedua-dua pergerakan tersebut.

''Adalah menjadi tanggungjawab Pemuda dan Puteri UMNO mendekatkan diri dengan golongan muda supaya semua isu yang membelenggu golongan itu dapat segera diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan program Jejak Aspirasi 2011 di Felda Bukit Damar dan Lakum dekat sini, semalam.

Program anjuran bersama Felda dan Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh, Razmi Sudin.

Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, program turun padang merupakan usaha terbaik untuk memahami masalah penduduk.

Katanya, menerusi aktiviti seumpama itu, segala masalah yang dihadapi penduduk dapat diperhalusi secara mendalam.

"Dengan berkunjung ke rumah golongan memerlukan seperti orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik dan warga emas, ia dapat membantu mereka memperoleh hak masing- masing.

"Misalnya, jika mereka tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita boleh terus mengambil tindakan susulan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora

Posted:

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora


Izzati Iznan (empat, kanan) bersama Nordin Idris (dua, kanan) dan kakitangan Alam Flora melawat Idris Baki di rumahnya dekat Kampung Paya Luas, Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 26 April - Penderitaan seorang kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) yang menghidap lima penyakit kronik mendapat perhatian pihak pengurusan syarikat itu yang tampil menghulurkan bantuan di kediamannya di Kampung Paya Luas, dekat sini semalam.

Dalam kunjungan itu, Pengurus Besar Alam Flora, Izzati Iznan menghulurkan sumbangan kerusi roda, katil, lampin pakai buang dan barang keperluan harian kepada Idris Baki, 52, yang menghidap darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru berair.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Luas, Nordin Idris.

Izzati ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan kakitangan terutama yang menghadapi masalah kesihatan.

Kata beliau, pihaknya akan membantu kakitangan untuk meringankan beban yang dihadapi mengikut keperluan serta menanggung persekolahan anak-anak pesakit.

"Kami mahu memberi kesedaran pada semua pekerja bahawa syarikat ini sangat komited dalam menjaga kebajikan mereka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi.

"Kami bukan sahaja prihatin pada pekerja malah kepada pihak yang berurusan dengan Alam Flora seperti pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Menurut Izzati, Alam Flora juga menyediakan tempat untuk anak-anak kakitangannya yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej kendalian syarikat DRB-Hicom.

Sementara itu isteri Idris, Shukeriah Md. Saad, 44, berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai buruh di ladang Felcra untuk memberi sepenuh perhatian dan jagaan kepada suaminya.

Dia rela berhenti kerja kerana mahu menjaga suaminya itu yang memerlukan penjagaan rapi sambil dibantu empat anak mereka.

"Saya sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suami sepenuhnya yang memerlukan sokongan moral daripada saya untuk sembuh. Sebelum ini suami saya mampu bekerja tetapi sejak lima bulan lalu kesihatannya terganggu dan kini terpaksa duduk di rumah.

"Saya bersama empat anak bergilir-gilir menjaganya dan kami berterima kasih kepada Alam Flora kerana sudi menghulurkan bantuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh

Posted:

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh


SAIFUDDIN Abdullah (berdiri tengah, baris belakang) bersama P. Kamalanathan dan pemimpin akar umbi selepas Persidangan MPPT Ke-5 di, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 26 April - Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) merupakan 'mini Parlimen' kepada penduduk daerah ini untuk membincangkan isu-isu pembangunan di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, MPPT merupakan platform yang sangat berkesan untuk mendapatkan idea dan pandangan rakyat akar umbi untuk membentuk dasar serta program pembangunan komuniti.

Tegasnya, antara aspek yang diberi tumpuan ialah pembangunan pertanian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA).

"Pada masa sama, anggota mini Parlimen ini perlu menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk meningkatkan kecekapan maklumat dalam perbincangan MPPT," katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan MPPT, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) Kelima di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan sebagai pemerhati persidangan. MPPT mengadakan persidangan secara terbuka sebanyak dua kali setahun.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, sebanyak RM60,000 dibelanjakan untuk disalurkan kepada enam TKRA.

Beliau memberitahu, MPPT yang ditubuhkan pada Mac 2008 dianggotai 150 perwakilan yang terdiri daripada ahli politik, pegawai kerajaan, pemimpin dan aktivis masyarakat serta golongan korporat.

Katanya, mereka yang menganggotai MPPT membincangkan pelbagai isu terutama aspek pembangunan komuniti tempatan dalam Parlimen Temerloh.

"MPPT dapat melancarkan pembangunan komuniti, ketelusan dan pengurusan wang rakyat. Ia juga sebagai medan menerangkan dasar dan program kerajaan sekali gus meningkatkan sistem penyampaian kerajaan," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan