Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Jambatan runtuh jejas rezeki

Posted:

Jambatan runtuh jejas rezeki

Jambatan runtuh jejas rezeki

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


PENDUDUK Bukit Lagong terputus hubungan selepas jambatan utama di kampung itu runtuh selepas dilanda banjir, baru-baru ini.


SELAYANG 28 April - Kejadian jambatan runtuh di perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Ahad lalu benar-benar memberi tekanan kepada penduduk terutama kepada lima buah keluarga di situ yang rata-rata mengusahakan perniagaan sendiri.

Ini kerana jambatan yang menjadi jalan utama kepada mereka untuk membawa keluar dan masuk barang perniagaan sudah tidak lagi boleh digunakan. Keadaan itu turut menyulitkan anak-anak penduduk yang hendak ke sekolah.

Seorang penduduk, Rogayah Ahmad, 46, yang merupakan pengusaha arnab berkata, sejak kejadian itu, perniagaannya terjejas dan jika dihitung kerugian sekitar RM10,000 terpaksa ditanggung apabila bekalan daging yang sepatutnya dihantar ke Pasar Borong Selayang terhenti.

Katanya, kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan dia tidak menolak kemungkinan jambatan itu runtuh akibat pembangunan pesat di kawasan berhampiran.

"Kami tidak menyangka hujan lebat pada Ahad lalu membuatkan jambatan ini runtuh. Sebelum ini hanya banjir yang melanda kawasan kami.

"Apabila kejadian ini berlaku ia benar-benar memberi tamparan hebat kepada kami," katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal ke lokasi kejadian.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selangor, Mas Midyawan Yahya.

Tambah Rogayah, jambatan sedia ada dibina atas usaha beberapa penduduk yang turut menjalankan perniagaan lain termasuk mengusahakan tapak semaian serta kebun durian.

Seorang lagi penduduk, Shamsiah Data, 46, berkata, jika hujan lebat sekitar kawasan jambatan yang roboh itu menjadi seperti tasik.

Katanya, buat sementara, bagi memudahkan mereka yang berjalan kaki menyeberang sungai, sebuah titi telah dibina. Bagaimanapun keadaannya agak kurang selamat kerana diperbuat daripada kayu.

Sehubungan itu, penduduk merayu pihak bertanggungjawab agar menyegerakan pembinaan semula jambatan di kawasan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penjaja haram akan diberi lesen

Posted:

Penjaja haram akan diberi lesen

Penjaja haram akan diberi lesen

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 28 April - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melihat usaha membantu golongan peniaga dan penjaja kecil di sekitar ibu kota sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia sejajar dengan trasidi membela rakyat khususnya dalam memastikan setiap orang berpeluang menikmati manfaat dari limpahan pembangunan yang dilaksanakan.

Sehubungan itu, tegasnya, kerajaan memberi jaminan bahawa setiap penjaja di seluruh ibu negara yang masih belum mempunyai lesen akan diberikan lesen.

"Saya sendiri mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenal pasti bilangan peniaga kecil tanpa lesen di seluruh Kuala Lumpur untuk diberikan lesen dengan syarat yang minimum

"Kita bukan seperti pihak pembangkang yang hanya menabur janji kosong," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan lesen penjaja kepada 217 penjaja di Pasar Pudu di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz serta Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff.

Raja Nong Chik berkata, walaupun projek menaik taraf Pasar Pudu mendapat bantahan segelintir peniaga dan terpaksa ditangguhkan, kerajaan tetap mengotakan janji untuk memberikan lesen kepada penjaja di pasar itu.

Katanya, pemberian lesen kepada 217 penjaja itu menjadikan keseluruhan penjaja yang mempunyai lesen kini seramai 1,184 orang.

Beliau berkata, pada tahun lalu, DBKL telah mengeluarkan lesen kepada seramai 1,615 peniaga kecil dan ia menepati program asal kementerian itu yang menyasarkan pengeluaran 1,600 lesen penjaja kecil untuk tahun 2010.

"Ia juga selaras dengan konsep 7P yang saya perkenalkan di mana usaha memastikan peluang perniagaan kepada golongan penjaja dilaksanakan di bawah elemen penjaja," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jaga kesihatan jantung sedari awal - Rosmah

Posted:

Jaga kesihatan jantung sedari awal - Rosmah

Jaga kesihatan jantung sedari awal - Rosmah

KUALA LUMPUR 28 April - Rakyat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan sejak usia muda dan melakukan pemeriksaan berkala bagi mencegah penyakit jantung.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, usia muda bukan jaminan untuk jantung yang sihat, sebaliknya penjagaan kesihatan akan membolehkan individu menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

"Saya difahamkan individu yang mencecah umur 40 tahun akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit, justeru kesedaran mengenai pencegahan penyakit harus menjadi keutamaan.

"Kita tidak perlu menunggu sehingga jatuh sakit bagi mendapatkan rawatan, sebaliknya kita perlu jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan dari awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku Jantungku, Kesihatanku dan Kad Kesihatan Jantung oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (Moshpa) di sini malam ini.

Hadir sama Pengerusi jawatankuasa penganjur, Senator Datuk Rahman Bakar; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dan Presiden Moshpa, Datuk Kanagaraja Raman.

Tambah Rosmah, masyarakat juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berhenti merokok dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit jantung kronik," katanya.

Beliau berharap buku Jantungku, Kesihatanku dan kad kesihatan itu mampu memberi kesedaran dan pendidikan yang berguna kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan