Sabtu, 30 April 2011

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM600j bantu usahawan

Posted:

RM600j bantu usahawan

RM600j bantu usahawan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 30 April - Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri membelanjakan RM600 juta bagi membantu 11,000 usahawan bumiputera di negeri ini sejak 10 tahun lalu.

Pengarahnya, Ab. Halim Muda berkata, peruntukan dalam bentuk pinjaman mudah itu bertujuan membantu usahawan aktif dalam bidang perniagaan sekali gus membuktikan komitmen kerajaan membantu bumiputera termasuk menyediakan premis perniagaan di lokasi strategik di setiap daerah di negeri ini.

Katanya, mereka perlu mempunyai perancangan teliti, berani dan tekun menceburi bidang baru yang lebih berdaya maju dan kompetitif.

"Selain itu, usahawan perlu bersikap kreatif dan mengambil pendekatan inovatif dalam bersaing merebut peluang perniagaan tanpa mengabaikan risiko yang bakal dihadapi," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas majlis perasmian Ekspo Mara di Arked Mara Temerloh di sini hari ini.

Ekspo tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurut Ab. Halim, pembangunan usahawan bumiputera merupakan agenda nasional yang perlu dihayati rakyat terutama kalangan golongan itu sendiri.

Ekoran itu, jelas beliau, golongan tersebut perlu bersedia melakukan perubahan dan pemikiran dari segi pengurusan ekonomi kontemporari dan jaringan perniagaan.

''Golongan itu perlu mempertingkatkan kemahiran dalam pengurusan perniagaan yang komprehensif serta menjalin kerjasama dengan usahawan besar serta ternama bagi melonjakkan lagi perniagaan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM6 juta naik taraf jalan raya ke Pos Lenjang

Posted:

RM6 juta naik taraf jalan raya ke Pos Lenjang

RM6 juta naik taraf jalan raya ke Pos Lenjang


WAN ROSDY WAN ISMAIL (berbaju putih) menyaksikan pertandingan menyumpit sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 di Pos Lenjang, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 30 April - Kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menaik taraf jalan raya sepanjang 15 kilometer ke perkampungan Orang Asli Pos Lenjang dekat sini tahun ini.

Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek bermula dari Simpang Pos Betau ke Pos Lenjang itu diyakini memberi keselesaan kira-kira 1,000 Orang Asli di Pos Lenjang.

Menurutnya, peruntukan projek itu diluluskan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Penghayatan 1Malaysia Masyarakat Orang Asli Pahang di Pos Betau pada Julai tahun lalu.

''Kerajaan negeri komited melaksanakan agenda yang telah dirancang bagi memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman Lenjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Penduduk sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pos Lenjang, Hulu Jelai dekat sini kelmarin.

Menurut Wan Rosdy, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah dimaklumkan mengenai peruntukan itu untuk projek membaik pulih jalan asal yang akan diselenggarakan oleh Syarikat Synergy Bridge Sdn. Bhd.

''Kontraktor tersebut akan melaksanakan projek itu tidak lama lagi untuk kemudahan perhubungan ke kawasan pedalaman Hulu Jelai dan kampung berdekatan," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menambah, kemudahan itu turut mampu memberi keselesaan kepada kakitangan kerajaan termasuk guru yang mengajar di Sekolah Rendah Lenjang di sini berulang-alik menggunakan kenderaan darat pada setiap hujung minggu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wakil rakyat perlu sentiasa dekati rakyat

Posted:

Wakil rakyat perlu sentiasa dekati rakyat

Wakil rakyat perlu sentiasa dekati rakyat

BERA 30 April - Wakil rakyat tidak perlu menunggu musim pilihan raya untuk mendekati rakyat, tetapi menggunakan masa terluang bersama komuniti supaya menjalinkan hubungan mesra antara pemimpin dengan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, hubungan itu sudah pasti boleh mengurangkan kes-kes terlepas pandang dalam setiap perkara.

Menurut beliau, rakyat lebih selesa mendekati wakil rakyat secara tidak formal kerana dapat menyampaikan masalah tanpa ada perasaan rendah diri.

"Menerusi pendekatan seperti ini rakyat lebih dekat dengan pemimpin dan mereka lebih puas hati jika dapat bercakap secara terus dan bersemuka dengan pemimpin," katanya kepada Mingguan Malaysia dekat sini semalam.

Ujar beliau, perjumpaan seperti itu akan diteruskan kerana ia lebih mudah mengetahui masalah rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.

Katanya, jika terdapat permasalahan tidak dapat diselesaikan, ia akan dilanjutkan ke peringkat atasan untuk tindakan sewajarnya.

Beliau juga meminta ketua kampung dan pemimpin masyarakat mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah supaya bersama-sama berbincang bagi mencari penyelesaian.

Katanya, tidak sepatutnya ada rakyat tercicir menerima bantuan kebajikan kerana mereka berhak menerimanya bagi meneruskan kehidupan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen