Sabtu, 30 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sumpah kecoh

Posted: 29 Apr 2011 05:39 PM PDT

MukaDepan

Penyokong PKR buat kacau dalam masjid elak Eskay lafaz pengakuan

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.

Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, mereka bertiga yang tiba melalui pintu belakang masjid dengan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 4.05 petang, turut mengenakan jaket kalis peluru bagi tujuan keselamatan selain dikawal ketat beberapa pengawal peribadi dan anggota polis.

Sebaik tiba, trio terbabit menunaikan solat sunat di bahagian depan dewan masjid berhampiran mimbar dengan kawalan ketat sambil disaksikan puluhan wakil media serta penyokong pembangkang yang menunggu kehadiran mereka sejak selesai solat Jumaat.

Selesai menunaikan solat sunat, ketiga-tiga mereka berpaling dan duduk berdepan dengan wakil media dan belum sempat melafazkan sumpah, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Syamsul Firdaus, duduk di hadapan mereka sebelum menasihati bahawa sumpah laknat bagi menuduh zina tiada dalam hukum syarak kecuali membabitkan suami isteri.

Kira-kira lima minit selepas itu, Shazryl Eskay yang memakai kemeja merah hati, memegang al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum melafazkan sumpah disaksikan Timbalan Imam masjid berkenaan, Ezhan Shahril.
Lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut:

"Pada hari ini 29 April 2011, saya Shazryl Eskay Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismilahirahmanirahim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum," katanya.

Sebaik selesai lafaz itu, ketiga-tiga mereka bangun sebelum diserbu wakil media yang bertanyakan soalan dan pada masa sama, beberapa penyokong PKR kelihatan menyerbu mereka menyebabkan trio terbabit segera dibawa keluar oleh pengawal peribadi serta anggota polis.

Ketika menuju ke kenderaan, berlaku tolak-menolak antara penyokong PKR dengan pengawal peribadi trio berkenaan sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang sebelum ketiga-tiga mereka memasuki kenderaan dan bergegas meninggalkan perkarangan masjid.

Terdahulu, sebaik selesai solat Jumaat, orang ramai dan penyokong PKR yang menyangkakan trio berkenaan berada di dewan masjid mula berasak ke bahagian depan sebelum keadaan menjadi kecoh apabila sebahagian mereka bersorak sambil melaungkan kata-kata kesat terhadap Datuk Trio.

Tanpa menghiraukan kesucian masjid, sebahagian mereka mengeluarkan kata-kata seperti 'mana setan tu', 'hidup macam orang putih, undang-undang orang putih, tapi nak sumpah guna al-Quran dan beberapa penyokong PKR bukan Islam turut memasuki dewan masjid berkenaan bagi menimbulkan kekacauan.

Turut kedengaran laungan 'qazaf, bukan sumpah' dan 'Anwar zina' sebelum berlaku kekecohan apabila penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, enggan keluar dari dewan masjid walaupun diminta berbuat demikian oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Kira-kira jam 2.30 petang, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin, naik ke mimbar dan menggunakan alat pembesar suara meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid bagi mengelak kesucian rumah ibadat tercemar.

Ketika petugas media sedang melakukan persiapan untuk merakam majlis berkenaan, beberapa penyokong PKR sekali lagi cuba menimbulkan kekecohan dengan mempersoal tindakan pihak polis, membuatkan sebahagian wakil media berang dan meminta mereka bertenang.

Sementara di pekarangan masjid, enam penyokong PKR membawa sepanduk tertulis 'qazaf, bukan sumpah' sambil beberapa lagi lelaki melaungkan reformasi dan 'Hidup Anwar'.

Keadaan kembali tenang jam 3 petang apabila Shamsul Iskandar bersama puluhan penyokong PKR mula meninggalkan perkarangan masjid, namun mereka masuk semula sebaik mendengar cakap-cakap yang Datuk Trio akan tiba pada bila-bila masa untuk melafazkan sumpah.

Selepas itu, polis dilihat menutup pagar utama masjid bagi mengelak orang yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan itu selain anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beberapa minit sebelum ketibaan Datuk Trio, anggota polis turut berkawal dalam dewan masjid termasuk menutup pintu bagi mengelak lebih ramai pihak yang tidak berkenaan berada di dalam kawasan itu.

Teks penuh sumpah laknat

Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali), pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismillahirahmanirahim...wallahi, wabillahi, watallahi aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku, Assalamualaikum.

URUTAN PERISTIWA

  • 2.00 petang – Persiapan untuk majlis lafaz sumpah laknat. Sekumpulan penyokong PKR memasuki bahagian depan masjid untuk membantah majlis berkenaan sehingga berlaku ketegangan.
  • 2.30 petang – Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin membuat pengumuman meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
    – Enam lelaki mengangkat sepanduk yang tertulis 'qazaf, bukan sumpah' sambil melaungkan reformasi serta kata-kata kesat terhadap Datuk Trio dan TV3.
  • 2.50 petang – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa lagi penyokong PKR keluar dari dewan masjid dan membuat sidang media, sebelum itu mereka menunaikan solat hajat.
  • 3 petang – Keadaan kembali terkawal apabila penyokong pembangkang mula keluar dari kawasan masjid. Cakap-cakap Datuk Trio sedang dalam perjalanan ke masjid mula tersebar di kalangan wakil media.
  • 3.10 petang – Polis menutup pagar utama masjid bagi mengelak lebih ramai pihak tidak berkenaan memasuki kawasan terbabit.
  • 3.40 petang – Keadaan sekali lagi kecoh apabila wakil media mula mengambil tempat di bahagian depan dewan masjid dan menunggu ketibaan Datuk Trio.
    – Polis menutup pintu masuk ke dalam dewan masjid bagi mengelak terlalu ramai orang berada di dalam masjid.
    – Sesekali terdengar laungan takbir di kalangan beberapa lelaki dipercayai penyokong pembangkang.
  • 4.10 petang - Datuk Trio tiba dengan tiga kenderaan termasuk sebuah MPV
    – Mereka dibawa masuk ke dalam dewan masjid dengan kawalan ketat oleh beberapa pengawal peribadi serta anggota polis.
    – Mereka terus menunaikan solat sunat dengan kawalan pengawal peribadi serta anggota polis.
  • 4.25 petang – Lafaz sumpah selesai.

    – Wartawan cuba mendapatkan ulasan Shazryl Eskay namun tidak berjaya apabila penyokong pembangkang mula berasak-asak ke arah mereka bertiga.
    – Kedengaran seorang lelaki dipercayai pengawal peribadi Shazryl Eskay berkata: "bawa mereka keluar sekarang."
    – Ketiga-tiga mereka dibawa keluar dari dewan masjid dengan kawalan ketat pengawal peribadi serta polis.
    – Beberapa lelaki kelihatan berasak-asak ke arah mereka dan berlaku tolak menolak.
    – Datuk Trio meninggalkan masjid melalui pagar belakang dengan tiga kenderaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    Artikel lain:

  • Islam benarkan sumpah laknat
  • Najib anggap urusan peribadi
  • Tak sumpah atas nasihat Nik Aziz
  • Lewat sampai kerana berlaku kekecohan

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    budak baru

    Masjid adalah rumah Allah yg suci...tempat umat Islam beribadat...bukan tempat bergaduh pasal politik duniawi...MasyaAllah...umat akhir zaman...

    naslo

    buat apa nak sumpah sumpah ni...tak payah.kalau tak betul bagi nasihat saja.

    pelengaed

    orang yang telah buta hati akan terus menyokong dan menyokong sampai ke akhir hayatnya, walau apapun dilakukan untuk membimbingnya kembali ke jalan yang benar!!..Kita cuma mampu berdoa untuk mereka agar mereka cepat sedar dari tidur yang panjang!!!!

    Abang Aji

    Tahniah Eskay...anda telah tunaikan janji anda.Sekarang kita tunggu babak selanjutnya dari pihak sana.Kata orang melayu....Berani kerana Benar, Takut kerana Salah......Insaflah bagi mereka yang terlanjur kata dan perbuatan tu....terutama yang menyokong membabi buta.

    di mana kesucian masjid?????????? apa fungsi masjid?????? tak yah la dibawa..politik nie di dlm masjid....

    Arif

    Hanya Allah saja yang maha mengetahui akan segala yang benar dan yang salah. Yang salah akan merasa takut yang benar tetap dengan berani.

    anak rantau

    Ye lah..ini 'urusan peribadi' diorang jangan campur lah..nak sibuk2 buat apa.

    Mohd Raskam bin Md Saman

    Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. melarang para-para Sahabat meninggikan suara mereka ketika berada di dalam masjid.Sekarang ini apa punya cerita?Ikut nafsu dan terlampau memuja seseorang.Baliklah ke pangkal jalan dan bersederhanalah dalam apa juga tindakan,wahai sahabat-sahabatku sekalian.

    orang kampung

    teruskan perjuangan. pemerintah tetap bersama anda.

    ayun

    dah buta hati gamaknya penyokong pkr ni..biarlah eskay nak bersumpah pun..dilaknat atau tidak, ALLAH yg tentukan..kenapa nak halang??takut dgn kebenaran ke??dalam masjid pun nak buat kecoh dan huru-hara..tak hormat langsung rumah ALLAH..jangan harap nak dapat sokongan rakyat kalau macam ni gayanya..

    sgthasan

    walau apa pun alasan,haram mendedahkan keaiban muslim yg lain, ke mana para alim ulama kita?

    Ross

    Bersumpah tidak berdosa. Mengapa menganggu hak kebebasan orang lain dan membuat onar didalam masjid? Perbuatan tidak bertamadun mesti dihentikan.

    ahmad

    bangga sangat bersumpah, didalam masjid. rumah allah tempat ibadat tempat muzakarah untuk kebaikan rakyat, ini tempat untuk membetulkan perut sendiri.

    seefu alloy

    nampaknya isu main pakai sumpah laknat ni dah menjadi trend terkini untuk menyakinkan rakyat. namun adakah rakyat ambil peduli? ada sahaja cerita sumbang mahram bersangkutan pada diri anwar ibrahim. mulanya rakyat ingin percaya, namun setelah banyak kali ianya dilaungkan sebagai modal untuk menjatuhkan peminpin yang dikatakan lidah bercabang ini, timbul persoalan di benak saya, adakah ini sahaja modal para pemimpin kerdil di dalam parti kerajaan untuk menyakinkan rakyat? berbanding turun padang ke kawasan masing-masing serta menyelesaikan masalah rakyat daripada sibuk untuk menjatuhkan seseorang ini? rakyat Malaysia sekarang sudah bijak memilih dan menilai, cukup2 lah mencari silap anwar. cuba bawa2 balik ke kampung halaman dahulu wahai Yang berhormat serta Datuk2 sekalian. banyak sangat rasanya permasalahan yang berlaku di kawasan anda. ini bukan untuk membela sesiapa baik kerajaan mahupun pembangkang. tapi inilah realiti nasib rakyat! umpama gajah sama gajah berganyang, kancil habis rata terpijak di tengah-tengah. fikir-fikirkanlah...

    mummyucu

    Dah ramai yg bersumpah dgn nama Allah, msh xsedar2 lg kah wahai anak bangsa ku.Jgn sok kt melukut d ngra sndiri. Ikhtibar dr apa yg brlaku d negara orng.

    Yangretibase

    Macam main-main saja nampak! Telo saja 'bunyinya'. Tolong muhasabah dirilah wahai mereka yang beriman.

    Ramzi Abdollah

    Allah swt saje yg tahu akan kebenarannya & kita berada di akhir hari khiamat-Nya..

    Yangretibase

    Saya nasihatkan Eskay (Rahim dan Shuib juga)supaya bertaubat nasuha. Dan dalamilah sedikit mempelajari ilmu Islam. Belajarlah membaca al-Quran dan menghayatinya. Seterusnya beramallah dengan al-Quran.

    Yangretibase

    Majlis Fatwa Negara bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkenaan sumpah si laknat ini; kalau tidak, saya bimbang banyak lagi kes kejahilan umat Islam Malaysia seumpama ini akan berlaku yang akhirnya berkembang menjadi budaya yang sesat.

    Hussin Kamdol

    Tahniah kepada Datuk Trio kerana berani bersumpah laknat. Orang yang dituduh pun kena berani balas sumpah tu. Tak payahlah anta geng untuk buat kecoh.

    PakCU

    Saya berpendapat ada perkara tersurat dan tersirat dari peristiwa ini.Perkata tersurat ialah kita tidak boleh mempercayai seseuatu perkara dengan terlampau taksud.Ini hal politik, sebagai pengundi perlu bijak menilai secara matang dan membuat pilihan amat bijak untuk menentukan siapa patut meneraju kerajaan untuk memberikan jaminan kehidupan terbaik. Tidak bagus jika kita kita terlalu taksud kepada seorang individu sahaja. Pilihlah sistem terbaik yang kita yakin. Perkara tersirat pulak kita dapat terbukti kebanyakkan pemimpin atau bekas pemimpin yang ada mempunyai rekod2 tidak baik yang amat merbahaya jika diberi peluang memerintah.Tidak kiralah dari pembangkang atau kerajaan.KIta patut dedahkan dan hukum pelakuan buruk mereka untuk mengelakkan rakyat tersilap undi.Tidak kiralah dari parti mana.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan