Utusan Online - Rencana |
Posted: Sistem beraja penyeri duniaOleh Zin Mahmud JUMAAT lalu pewaris takhta Britain, Putera William, 28 tahun melangsungkan perkahwinan dengan Kate Middleton yang disaksikan kira-kira dua bilion penonton melalui televisyen di seluruh dunia. Itu belum lagi dikira penonton melalui Internet.Tidak syak lagi bahawa perkahwinan diraja ini menarik minat dunia, walaupun sebahagian besar daripada mereka tentunya tidak ada kaitan dengan Britain. Juga ternyata bahawa keluarga diraja Britain ini adalah paling dikenali dan popular di dunia yang kini mempunyai 43 negara mengamalkan sistem beraja. Apa saja isu mengenai keluarga diraja Britain, pastinya menarik perhatian dunia Buat masa ini, 16 daripada negara-negara itu menganggap Ratu Elizabeth II sebagai raja mereka. Baginda adalah satu-satunya raja yang menjadi ketua negara bagi begitu banyak negara di dunia, iaitu selain daripada negaranya sendiri. Semua negara-negara itu adalah bekas tanah jajahan dan terus mahukan supaya raja Britain menjadi ketua negara mereka. Namun begitu, bukanlah tidak ada gerakan yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara-negara itu. Di Australia yang pernah menjalankan pungutan suara untuk menentukan sama ada mahu mengekalkan sistem itu dan ternyata lebih banyak rakyatnya yang masih mahu mengekalkan sistem beraja tetapi juga di Britain sendiri. Kumpulan yang menentang sistem beraja di Britain bernama Republic Campaign. Menjelang majlis perkahwinan Kate dan William ini, mereka turut berkempen memperjuangkan supaya Britain dijadikan republik. Walaupun kumpulan ini mempunyai pengikut tetapi majoriti rakyat Britain kelihatan bergembira dengan sistem beraja dan turut menyambut majlis perkahwinan diraja dengan rasa gembira dan bangga. Perubahan Tetapi bukan hanya mereka yang seronok mengikuti majlis perkahwinan diraja itu, tetapi juga orang ramai di seluruh dunia. Hakikatnya, sistem beraja Britain ini menjadi penyeri dunia. Dalam sejarah manusia, sistem beraja muncul sebagai perkembangan tamadun ekoran perubahan cara hidup manusia daripada berburu kepada pertanian. Daripada sistem beraja inilah wujudnya empayar-empayar besar. Ada masa-masa tertentu muncul juga sistem republik pada zaman Yunani dan juga Rom. Tetapi umumnya semua empayar dan kerajaan kembali kepada sistem beraja. Ketika zaman imperialisme, Britain muncul sebagai empayar besar di bawah raja-raja mereka. Walaupun kemudian muncul kesedaran demokrasi di negara itu dengan mempelopori sistem pengehadan kuasa raja melalui Magna Carta, sistem monarki kekal di situ. Hanya apabila wilayah-wilayahnya di Amerika Utara memberontak untuk membentuk Amerika Syarikat, maka muncullah sebuah republik yang bukan saja menolak pemerintahan Britain tetapi juga sistem beraja. Namun begitu, sebahagian wilayah jajahan Britain di Amerika Utara iaitu Kanada tidak pula mahukan sistem republik. Walaupun kemudian menjadi sebuah negara merdeka, Kanada tetap mahukan sistem beraja dikekalkan dengan ketua negaranya adalah yang sama dengan apa yang dimiliki Britain. Tetapi revolusi terbesar yang menumbangkan sistem beraja berlaku di Perancis, tidak lama selepas Amerika Syarikat ditubuhkan. Itupun apabila Napoleon Bonapharte muncul, Perancis kembali mengamalkan sistem beraja. Kini Perancis adalah sebuah republik. Dari segi teorinya tentulah dalam demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat, negara seharusnya berbentuk republik. Ini kerana sesiapapun warganegara ada peluang menjadi ketua negara, dan tidak terhad kepada keluarga diraja. Tetapi sepanjang sejarah dunia, sistem republik tidak menjamin demokrasi dan keadilan. Ada kalanya republik lebih menindas rakyat dan menafikan hak warganegara. Sebaliknya sistem beraja boleh menjadi demokratik melalui perlembagaan. Di dunia hari ini, terdapat 38 negara, termasuk Malaysia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Banyak negara itu pula bukan saja demokratik dan stabil tetapi maju. Tiga negara Scandinavia iaitu Denmark, Norway dan Sweden umpamanya dikenali berada dalam rantau paling maju, demokratik dan stabil memiliki sistem raja berperlembagaan. Mereka juga dikenali sebagai negara berkebajikan melalui pentadbiran popular yang diasaskan oleh parti-parti sosial demokrat atau sosialisme demokratik. Inilah ironinya dengan sejarah fahaman politik. Sosialisme Demokratik ini mempunyai asal yang serupa juga dengan Komunisme. Mereka lahir daripada Revolusi Industri sebagai usaha membela pekerja-pekerja yang tertindas oleh kapitalis-kapitalis yang memiliki kilang pada kurun ke-19. Sambutan Hari Buruh iaitu pada 1 Mei yang jatuh pada hari ini adalah manifestasi kepada perjuangan membela para pekerja yang tertindas itu. Tentulah dalam perjuangan menuntut persamaan hak dan kebajikan ini, mereka melihat bangsawan dan tentunya raka-raja sebagai penindas. Namun gerakan sosialisme ini berpecah dua. Yang satu dinamakan komunis, manakala satu lagi dinamakan sosial demokrat. Golongan komunis mengambil sikap menolak sistem beraja dan mengambil jalan revolusi. Maka antara hasil perjuangannya ialah Revolusi Rusia pada tahun 1917. Mereka bukan saja menggulingkan rajanya dan menubuhkan republik komunis tetapi juga membunuh semua ahli keluarganya. Penghormatan Tetapi ternyata sistem komunis di Rusia tumbang. Kesatuan Soviet dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah negara demokratik . Walaupun Persekutuan Rusia sekarang merupakan sebuah republik, tetapi mereka mengambil lambang raja mereka dahulu sebagai simbol negara. Ternyata mereka memberi penghormatan kepada raja yang pernah mereka gulingkan. Sebaliknya fahaman sosial demokratik percaya perjuangan untuk rakyat wajar melalui sistem demokrasi pilihan raya. Mereka tidak menentang sistem beraja. Maka parti-parti sosial demokrat memerintah dari masa ke semasa di banyak negara Barat dengan mengekalkan sistem beraja, walaupun berbentuk perlembagaan. Antara parti-parti ini termasuklah Parti Buruh di Britain, Australia, Kanada dan New Zealand yang terus mahu mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka. Ketika Britain menjajah banyak wilayah di dunia, mereka terus mengekalkan sistem beraja di tanah-tanah kekuasaannya termasuk India dan Tanah Melayu. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, Britain mahu menghapuskan sistem beraja di Tanah Melayu melalui Malayan Union. Gagasan ini mengubah kedudukan Tanah Melayu daripada wilayah naungan dengan kedaulatan pada Raja-raja Melayu kepada tanah jajahan di bawah raja Inggeris. Andai kata orang Melayu tidak menentang Malayan Union dahulu, mungkin akhirnya Malaya merdeka juga, tetapi dalam bentuk republik. Ternyata usaha menentang Malayan Union membawa kepada pengukuhan sistem beraja di negeri-negeri Tanah Melayu hingga akhirnya mewujudkan Malaysia. Pada zaman menentang imperialisme sekitar tahun 60-an, dapat dilihat kemunculan banyak republik baru di Afrika dan Asia. Setelah 50 tahun berlalu, banyak republik-republik ini menjadi negara gagal di mana rakyatnya terus susah akibat kemunduran negara. Sebaliknya Malaysia bertuah. Walaupun mengamalkan sistem beraja yang paling unik, negara ini berjaya lebih maju daripada republik-republik lain. Tradisi Raja-raja Melayu pula mempunyai sejarah silam sejak zaman kerajaan Champa dan Sri Wjjaya. Sistem kerajaan Melayu bertebaran di seluruh Nusantara, dari Pattani hinggalah ke Manila. Apabila masuk ke era moden, banyaklah kesultanan ini dimansuhkan, sebahagiannya oleh penjajah tetapi banyak daripada oleh gerakan nasionalis sendiri. Di Sumatera, Raja-raja Melayu dimansuhkan semasa Revolusi Indonesia. Kini sistem beraja Melayu hanya kekal di dua negara iaitu Malaysia dan Brunei. Tetapi kedua-dua negara ini, atas banyak faktor adalah lebih makmur daripada negara-negara yang memilih sistem republik di Asia Tenggara. Sememangnya tidak boleh dikatakan sama ada republik atau sistem beraja yang menjamin kejayaan sesebuah negara. Ini kerana terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira. Tetapi rekod membuktikan sesuatu kejayaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Di mana agenda nasional?Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee PARTI ultra kiasu menjadi semakin bongkak selepas memenangi beberapa kerusi tambahan di Sarawak. Kemenangan mereka turut diraikan oleh akhbar-akhbar perkauman yang pro-ultra kiasu. Cara pemberitaannya tidak banyak bezanya dengan kenyataan ultra kiasu. Mendesak dan mengugut dan memanipulasikan isu untuk mencari simpati. Satu kebaikan mereka diberikan publisiti besar-besaran, manakala 100 kebaikan orang lain disenyapkan. Paling ketara, kumpulan ultra kiasu ini mendabik dada mengatakan mendapat sokongan semua kaum. Mereka bukan lagi parti perkauman. Saya tidak nafikan, sokongan mereka semakin meningkat, tetapi itu bukan bermakna mereka tidak perkauman dan dipercayai? Pas sudah tentu ada jawapannya. Sebenarnya mereka tidak kuat, kita yang lemah. Maka kesempatan ini gunakan sepenuhnya. Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6,930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap 'Pek Mo' (dalam bahasa Hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih) dan Barisan Nasional. Sama juga seperti sebuah artikel terbitan Utusan Malaysia yang terus menerus dimanipulasikan oleh media dan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO. Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya? 1Malaysia bukan gagasan menjaga hati orang dan memuaskan hati semua pihak. Tetapi gagasan ini adalah idea mengurus dan mentadbir negara berasaskan perlembagaan. Perlembagaan adalah asas keadilan. Melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah asas kepada kepada gagasan 1Malaysia, walaupun pada ultra kiasu mungkin tidak adil. Jika pemimpin ultra kiasu dan akhbar perkauman boleh sewenang-wenangnya mengata orang lain, kenapa tidak kebebasan bersuara akhbar tersebut? Saya tidak bertujuan mempertahankan tulisan dan penulis tersebut. Tetapi lebih baik kita melihat apa yang benar, apa yang salah. Apakah selama ini ultra kiasu tidak mempertahankan 1Cina? Saya masih teringat dan tidak dapat melupakan reaksi pemimpin ini sebaik sahaja mereka berjaya menguasai negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008. Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina yang mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya amat dangkal, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Seolah-olah dalam dunia ini hanya ada orang Cina, bangsa lain tidak wujud. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf. Saya hanya terbaca dalam akhbar Harakah. Saya minta akhbar Utusan Malaysia korek balik kenyataan ini. Kita lihat reaksi parti ultra kiasu dan akhbar perkauman ini. Bermaharajalela Nasib baik mereka tidak memerintah Malaysia, hanya berjaya di Pulau Pinang dan 'Selangor' sahaja. Kebetulan negeri tersebut adalah Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu, kuasa kerajaan pusat masih ada. Jika tidak, lagi bermaharajalah ultra kiasu ini dan sudah pasti 1Cina menjadi realiti. Sebenarnya, ia telah pun wujud, kita sahaja yang masih buta atau sengaja membutakan. Misalnya, Universiti Merdeka (IPTS) yang diperjuangkan oleh ultra kiasu selama ini telah wujud sekian lama, berselindung di bawah nama yang berbeza. Bahasa Melayu tidak langsung digunakan, kenapa masih boleh beroperasi? Jangan pergi jauh, singgahlah ke Kajang untuk melihatnya. Kenapa tiba-tiba tulisan itu sengaja diperbesar-besarkan? Walhal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah dua minggu berlalu, isu ini terus hangat dan diperbesarkan. Mereka terus menuding jari menyalahkan Perdana Menteri dan UMNO, mungkin selepas ini saya. Orang kuat MCA pula mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan Malaysia. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama ini pun mereka tidak pernah membaca Utusan. Kalau mereka baca pun, hanya untuk mensensasikan isu. Pilihan mereka hanya berminat membaca berita-berita akhbar pro-ultra kiasu sahaja. Saya ingin bertanya, tidak cukupkah lagi dengan China Town, sekolah perkauman, universiti perkauman, kegiatan perkauman dan banyak lagi yang bersifat perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan selama ini? Soalan khas kepada ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular dan membantu sepenuhnya, setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Kerajaan telah pun memenuhi tuntutan tersebut. Yang peliknya, pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campur tangan langsung? Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi? Saya tidak nampak akhbar dan kumpulan ultra kiasu ini membincangkan dengan serius masalah kajian terbaharu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tahun lalu, membabitkan pelajar-pelajar Cina di 159 sekolah-sekolah Cina seluruh negara. Kajian mendapati ramai pelajar dari sekolah terbabit tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kebangsaan dan menjadi dewasa. Kajian tersebut membuktikan, sejumlah 98 peratus bergaul dengan kawan-kawan Cina dan hanya bercakap dalam bahasa Cina setiap hari. Kehidupan mereka hanya melihat satu bangsa. Bermakna, sosialisasi kita hampir 100 peratus perkauman. Penggunaan bahasa Melayu hampir sifar. Semua sedia maklum bahawa bahasa ibunda adalah bahasa rasmi sekolah vernakular dan diajar dan bertutur hampir 24 jam, jika tidak tidur. Manakala bahasa kebangsaan hanya diajar lebih kurang 3 kali seminggu dalam jangka masa 40 minit setiap waktu. Dengan makna, bahasa kebangsaan ini hanya 'digunakan' 2 jam untuk 5 hari persekolahan daripada 120 jam yang ada. Jika dicampur hari cuti Sabtu dan Ahad, bermakna bahasa kebangsaan hanya digunakan tidak sampai satu peratus seminggu dari 168 jam. Adakah ini wajar bahasa Melayu 'dilayan' sedemikian rupa dalam sebuah negara yang mendaulatkannya (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan)? Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan