Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Status bujang punca ditolak

Posted:

Status bujang punca ditolak

Status bujang punca ditolak

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April - Permohonan seorang ibu tunggal, Ramlah Abdul Rahman, 55, untuk mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditolak atas faktor dia berstatus "bujang".

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, untuk memohon rumah PPR, seseorang itu mestilah berkelayakan dari segi pendapatan, berkahwin serta mempunyai tanggungan.

"Kita memang ada rekod permohonan daripada Ramlah tetapi terpaksa ditolak kerana dia menyatakan statusnya bujang dan tinggal bersama adik dan bukannya sebagai ibu tunggal yang mempunyai tanggungan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai nasib seorang ibu tunggal yang sudah lima tahun memohon rumah PPR, namun masih tidak diluluskan.

Laporan tersebut menceritakan bahawa Ramlah tinggal bersama adik dan dua orang anak adiknya di tapak gerai tempat dia berniaga yang merupakan tanah simpanan milik UDA Holdings.

Namun begitu, dia sudah diberikan notis untuk berpindah dari tapak itu selewat-lewatnya pada 1 Mei ini dan keadaan itu amat membimbangkannya kerana masih tidak memiliki tempat berteduh.

Mengenai permohonan adik Ramlah, Mohamad, Sukiman berkata, permohonan yang dibuat oleh Mohamad pula akan diproses.

"Jika dia layak untuk mendapatkan PPR ini, maka pihak DBKL akan meluluskan permohonan itu," katanya.

Beliau berkata, Ramlah disaran supaya membuat permohonan semula kerana dia merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan.

"Kalau dia membuat permohonan berasingan dengan adiknya, maka masing-masing boleh mendapat rumah atas nama sendiri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu bapa berdemonstrasi depan sekolah

Posted:

Ibu bapa berdemonstrasi depan sekolah

Ibu bapa berdemonstrasi depan sekolah

SHAH ALAM 26 April - Seramai 30 ibu bapa yang kecewa dengan kegagalan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini menangani kes pergaduhan pelajar di sekolah itu baru-baru ini, mengadakan perhimpunan aman semalam.

Perhimpunan selama 20 minit itu diadakan di luar pagar utama sekolah berkenaan bermula pukul 12.45 tengah hari.

Seorang ibu kepada pelajar terbabit, Kia Ooi Meng, 50, berkata, dia tidak berpuas hati dengan sikap 'lepas tangan' pentadbiran sekolah dalam menyelesaikan kes pukul melibatkan anaknya yang juga seorang pengawas.

Katanya, dalam kejadian 13 April lalu, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan tiga cedera akibat dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar tingkatan empat.

"Saya risau keselamatan anak saya kerana lapan pelajar terlibat masih ada di sekolah," katanya ketika ditemui di sini.

Dia mendakwa, sikap lepas tangan itu telah menyebabkan satu pergaduhan yang lebih besar berlaku melibatkan dua kumpulan pelajar pada 20 April lalu sehinggakan 23 pelajar diambil keterangan.

Sementara itu, Stephen Perumal Velu pula berkata, dalam insiden pergaduhan pada 20 April lalu, anaknya merupakan salah seorang daripada 23 pelajar yang dibawa ke balai polis untuk diambil kenyataan.

Dia mendakwa, semasa kesemua pelajar termasuk anaknya dibawa ke balai polis, pihak sekolah langsung tidak memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mahmud Karim berkata, insiden pergaduhan di SMK Taman Sri Muda sedang dalam perhatian pihaknya.

Sementara itu, polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan pelajar di sekolah itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, laporan pertama pada 13 April lalu melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga yang didakwa cedera dipukul di dalam kelas disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.

Beliau berkata, kes kedua melibatkan pergaduhan dua kumpulan pelajar tingkatan empat dan lima yang dilaporkan pada 20 April lalu pula disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Palsukan visa: Dua suspek ditahan

Posted:

Palsukan visa: Dua suspek ditahan

Palsukan visa: Dua suspek ditahan


AMIRUDDIN Jamaluddin (dua dari kiri) menunjukkan visa palsu yang cuba dijual oleh dua lelaki kepada pekerja asing semasa sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 26 April - Tindakan dua lelaki mengaut keuntungan lumayan dengan menjual visa pekerja palsu tidak bertahan lama apabila kedua-dua mereka dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kedua-dua mereka, masing-masing warga tempatan dan rakyat China ditahan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat seorang pekerja warga Bangladesh pada 10 April lalu.

Katanya, dalam kejadian pada 7 April lalu, suspek bersetuju untuk menyiapkan dua visa permit seperti yang diminta oleh warga Bangladesh itu dan meminta mangsa menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM2,000.

"Pada 10 April, suspek menghubungi mangsa dan memberitahu visa permit telah siap dan diminta mengambil dokumen itu dengan membawa baki wang sebanyak RM3,900," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Amiruddin, mangsa kemudian membawa visa permit itu ke Jabatan Imigresen untuk pengesahan sebelum dimaklumkan oleh pegawai jabatan tersebut bahawa visa berkenaan adalah palsu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya mengesan suspek bersama rakannya sedang berlegar-legar berhampiran sebuah hotel di Ampang dan menangkap mereka.

Kedua-dua mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan