Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 28 Apr 2011 07:38 AM PDT TAWAU: Polis Lahad Datu menembak mati seorang lelaki yang dikenali sebagai "Oyong" selepas disyaki terlibat dalam empat kes rompakan di sekitar Lahad Datu dan Kinabatangan. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditembak di Kilometer 14, Jalan Silam-Kunak pada 7.35 malam tadi setelah melepaskan tembakan ke arah polis ketika cuba meloloskan diri.
"Sebaik keluar di jalan raya, anggota polis memberi amaran agar berhenti, namun tidak diendahkan suspek, sebaliknya memecut motosikal sehingga polis terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer sebelum berjaya memintasnya.
Hamza berkata polis juga memburu rakan suspek yang dikenali sebagai Dul Kibe, berusia lingkungan 30-an dengan alamat terakhir di Ladang Permai Lahad Datu, yang berjaya melarikan diri dalam kejadian itu.
|
Pembantu khas Menteri Pertahanan maut kemalangan Posted: 28 Apr 2011 07:31 AM PDT SUNGAI PETANI: Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.
Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan