Jumaat, 29 April 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Permainan hina Islam

Posted: 28 Apr 2011 01:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.


Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nyaris maut curi kabel

Posted: 28 Apr 2011 01:10 PM PDT

MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.


Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

"Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.


"Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus," katanya, semalam.


Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

"Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap melecur dari kepala hingga pinggang selepas terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan," katanya.


Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di pusat bandar terputus selama 32 minit sebelum mengesan kerosakan kira-kira satu jam kemudian.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dan percaya mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen