Rabu, 27 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Saksi diarah buat panggilan ketika beri keterangan

Posted:

Saksi diarah buat panggilan ketika beri keterangan

Saksi diarah buat panggilan ketika beri keterangan


Zulkefly Aziz , Mohd. Yusmizan


KUALA LUMPUR 27 April – Prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock hari ini secara tiba-tiba dikejutkan dengan arahan supaya seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang yang sedang memberi keterangan, membuat panggilan kepada satu nombor telefon bimbit.

Zulkefly Aziz, 44, yang kelihatan agak terpinga-pinga apabila diarah membuat panggilan 'talian hayat' itu bagaimanapun terus mendail nombor yang diberikan dengan memperkenalkan diri serta bercakap untuk seketika dengan pemilik nombor telefon itu.

Beliau kemudiannya bertanya siapa suara di hujung talian, adakah dia juga berkerja di SPRM Selangor, tempat tinggal dan memberitahu memperoleh nombor itu daripada seorang kawan sambil semua yang berada di dalam mahkamah memasang telinga untuk mendengar perbualan tersebut.

''Tuan punya nombor ini nama Zul juga. Orang panggil dia Ustaz Zul. Dia bukan pengawai SPRM tetapi berniaga di Shah Alam dan mengenali beberapa pegawai SPRM. Dia kata sejak kejadian dia terima banyak panggilan,'' kata Zulkefly sebaik sahaja menamatkan panggilannya.

Sebelum itu, peguam dari Majlis Peguam Malaysia, Cheow Wee mendakwa Zulkefly berbohong apabila memberitahu bahawa pegawai penyiasat, Mohd. Anuar Ismail bertanya siapa yang tidur ketika beliau sedang berbaring di surau pejabat SPRM Selangor pada pukul 3 pagi, 16 Julai 2009.

Beliau turut membacakan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang yang bernama Ustaz Zul berbunyi: 'Sabar banyak-banyak Bro. Gunakan pengalaman untuk hadapi masalah. Lari bukan jalan penyelesaian. Doa orang teraniaya tiada hijab di sisi Allah. Pasti pegawai atasan beri sokongan.'

Zulkefly yang turut terlibat dalam Ops DUN itu bagaimanapun menafikan SMS yang dihantar pada pukul 11.16 malam, 18 Julai 2009 ditulis oleh beliau kepada Mohd. Anuar selain tidak mengenali nombor telefon bimbit tersebut walaupun mengakui beliau juga digelar Ustaz Zul oleh beberapa pegawai SPRM.

Cheow Wee kemudiannya mengarahkan saksi menelefon terus nombor tersebut bagi memastikan siapa pemiliknya selain untuk memastikan sama ada saksi bercakap bohong atau sebaliknya sebelum meminta kebenaran daripada suruhanjaya.

Dalam keterangannya, Zulkefly yang sebelum itu memberitahu masuk ke pejabat SPRM Klang pada pukul 10 pagi, 16 Julai 2009 mengaku beliau sebenarnya tidak datang bekerja pada hari itu dan berada di rumah kerana keletihan.

Saksi itu juga mengaku cuai apabila memberitahu pihak polis bahawa beliau pulang ke rumah pada pukul 3.15 pagi walaupun sebenarnya meninggalkan pejabat SPRM Selangor pada pukul 6.59 pagi hari yang sama serta menyedari kesilapan itu seminggu kemudian.

Sementara itu, seorang lagi pegawai SPRM, Mohd. Yusmizan Yusof, 33, turut disoal oleh Cheow Wee berhubung satu SMS yang dihantar kepada rakan sekerja, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus yang menyebut antaranya tentang kejadian pada malam Beng Hock disiasat oleh SPRM.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut kolej swasta mengaku berkelakuan tidak sopan

Posted:

Penuntut kolej swasta mengaku berkelakuan tidak sopan

Penuntut kolej swasta mengaku berkelakuan tidak sopan

TUMPAT 27 April - Seorang penuntut kolej swasta mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkelakuan tidak sopan bersama pasangan sejenisnya di atas hamparan cadar di tepi Pantai Pulau Tengkorak, di sini bulan lalu.

Tertuduh Meerza Shah Abdul Hakim, 19, hadir seorang diri ke mahkamah, mengaku melakukan perbuatan tersebut dengan pasangan lelakinya, Zuhaili Ahmad @ Ghazali, 26.

Pertuduhan terhadap Zuhaili tidak dapat dibacakan kerana tertuduh itu gagal hadir ke mahkamah dan Hakim Syarie Mazlan Abdullah mengeluarkan waran tangkap.

Sementara menunggu hukuman dijatuhkan pada 25 Mei ini, Mazlan membenarkan Meerza Shah akan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin ataupun ditahan di penjara sehingga tarikh jatuh hukuman jika gagal membayar jaminan.

Mengikut fakta kes, pasangan terbabit sedang asyik memadu kasih pada pukul 4.35 petang, 11 Februari lalu di kawasan tersorok di pantai tersebut tanpa menyedari perbuatan mereka diperhatikan oleh tiga penguat kuasa agama.

Mereka ditahan ketika sedang berbaring dalam keadaan bertentangan hukum syarak iaitu muka tertuduh berada di atas dada pasangan yang pada mulanya pegawai penguat kuasa menyangka dia seorang perempuan berdasarkan pakaian.

Selepas ditahan dan disoal siasat, penguat kuasa agama mendapati pasangan Meerza Shah yang menyerupai wanita itu sebenarnya lelaki berdasarkan kad pengenalan.

Tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, No. 2, 1985 yang memperuntukkan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Meerza Shah merayu supaya hukuman denda dikurangkan kerana masih menuntut di sebuah kolej swasta tetapi Penolong Pendakwa Syarie negeri, Wan Salina Wan Hussin memohon hukuman yang dapat mencegah masyarakat daripada melakukan perbuatan sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan