Selasa, 26 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


APMM tahan nelayan Vietnam

Posted: 26 Apr 2011 02:43 AM PDT

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 14 nelayan Vietnam dalam operasi berhampiran pelantar minyak Tiong Alfa kira-kira 125 batu nautika dari Kuala Terengganu semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Terengganu Kapten Maritim Adam Aziz berkata bot nelayan Vietnam itu berjaya ditahan selepas dikejar anggota penguatkuasa sejauh tiga kilometer dalam operasi pada pukul 8 pagi.


"Kesemua lelaki rakyat Vietnam berusia antara 19 dan 38 tahun itu ditempatkan sementara di Pusat Tahanan Vesel di sini sebelum dihantar ke Penjara Marang untuk direman manakala hasil tangkapan enam tan pelbagai jenis ikan dilelong dengan harga RM1 sekilogram," katanya kepada pemberita di Pusat Tahanan Vessel Maritim di sini, hari ini.

Beliau berkata bot yang dirampas bersama pelbagai kelengkapan menangkap ikan itu dianggar bernilai RM100,000. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan seludup gula pasir gagal

Posted: 26 Apr 2011 02:04 AM PDT

SEMPORNA: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Semporna merampas 1,925 kilogram gula pasir bernilai RM5,390 yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata gula pasir itu dirampas daripada sebuah bot di kawasan perairan Tobo-Tobo ketika bot itu cuba meninggalkan perairan negara.


"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang didapati dalam keadaan mencurigakan dalam operasi pada pukul 1.15 pagi itu, kami menemui sejumlah bungkusan mengandungi gula pasir yang disusun rapi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata turut dirampas ialah bot berkenaan beserta enjin dalam yang dianggar bernilai RM15,000 dan menahan empat lelaki berumur antara 20 dan 47 tahun untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan