Jumaat, 29 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Ajak Anwar sumpah laknat bersama

Posted:

Ajak Anwar sumpah laknat bersama

Ajak Anwar sumpah laknat bersama


SHAZRYL Eskay Abdullah (tengah) pada sidang media berhubung video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kanan). - BERNAMA


SEJAK pendedahan kami tentang perlakuan seks haram Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkandung dalam rakaman sebuah video kepada sekumpulan editor kanan di Hotel Seri Carcosa tempoh hari, telah timbul polemik dalam kalangan masyarakat. Pelbagai persepsi, spekulasi malah tuduhan dilemparkan terhadap kami.

n Menuduh kami berkonspirasi dengan melakukan fitnah seks untuk memburukkan kredibiliti beliau sebagai ketua pembangkang.

n Menuduh klip video seks yang kami tayangkan adalah usaha jahat musuh politik dengan menggunakan teknik alatan digital serta menafikan pelaku dalam video berkenaan adalah beliau.

Saya ingin menjelaskan bahawa sebagai warganegara Malaysia yang amat cintakan negara dan bangsa, saya sanggup mengambil segala risiko untuk mendedahkan siapa sebenarnya seorang pemimpin yang saya kenali sejak 1996.

Beliau dikenali umum sebagai seorang yang bermoral, jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya selama ini, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Beliau cukup licik berpura-pura menjadi orang yang begitu alim, warak dan mempunyai peribadi mulia tetapi sebaliknya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras dan nilai-nilai agama Islam.

Kami bertekad tidak akan membenarkan orang bernama Anwar bin Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video tidak bermoral itu daripada menjadi pemimpin yang akan memimpin negara Islam tercinta ini.

Ingin diperjelaskan bahawa hasrat kami menayangkan video tersebut kepada beberapa orang wartawan kanan bukanlah untuk menunjukkan bahan lucah tetapi untuk menjadi sebagai bahan dokumentasi bagi menegakkan kebenaran, agar rakyat negara ini boleh menilai sendiri siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya.

Tujuan kami memilih wartawan untuk menonton video itu kerana kami berasakan mereka lebih mengenali sosok fizikal Anwar Ibrahim dari dekat.

Saya sangat mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak akan menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya.

Walaupun menghadapi berbagai tuduhan, beliau tidak pernah bertaubat, malah beliau tidak sedikitpun berasa serik atau berasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam.

Saya menadah tangan ke hadrat Ilahi supaya membuka hati Anwar Ibrahim agar bertaubat, insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kami, Datuk Trio bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan ini. Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri.

Ini bukan lagi soal keuntungan peribadi tapi lebih kepada soal maruah agama, bangsa dan negara. Kita tidak mahu anak-anak cucu kita, mempersalahkan kita kelak kerana membiarkan orang yang tidak bermoral itu memerintah dan menerajui kepimpinan negara tercinta ini. Menjadi kewajipan kami, tanggungjawab kami untuk menghentikan perbuatan terkutuk pemimpin ini. Kami akan berasa berdosa sekiranya kebenaran ini tidak didedahkan.

Justeru, kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan. Kami sedar balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah. Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting, rakyat negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini.

Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan.

Sekiranya Anwar Ibrahim masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video tersebut, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut.

Sesungguhnya, segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat. Akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut.

Semoga Allah bersama-sama orang yang benar dan ikhlas.

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar berang ditanya sumpah laknat

Posted:

Anwar berang ditanya sumpah laknat

Anwar berang ditanya sumpah laknat

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada berang hari ini mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Katanya, beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya.

"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.

Anwar yang memberi keterangan untuk kali kedua selepas kali pertama dibuat pada 22 Mac lalu, turut menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah dan dua wakil rakyat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua selain peguamnya, R. Sivarasa.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa pihak polis memberi perlindungan kepada pihak tertentu sehingga klip video seks tersebut sekali lagi tersiar di Internet.

"Penyebaran bahagian kedua klip video ini secara jelas menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan klip itu bebas untuk berbuat demikian tanpa perlu risau dikenakan apa-apa tindakan.

"Hari ini saya memberi keterangan kepada pihak polis yang saya percaya mereka terlibat memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat, jika tidak mustahil bab kedua video ini boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan," katanya.

Anwar turut menuduh TV3, akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Agenda Daily adalah perkakas UMNO murahan dan jijik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orang itu tidak perlu 'marah-marah' - Nazri

Posted:

Orang itu tidak perlu 'marah-marah' - Nazri

Orang itu tidak perlu 'marah-marah' - Nazri

SAMARAHAN 28 April - Pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan rakaman aksi seks yang tersebar di laman perkongsian video YouTube dinasihatkan supaya tidak 'marah-marah' kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.

Pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, para pemimpin pembangkang yang lain pula tidak perlulah membuat kenyataan sebelum siasatan selesai kerana dakwaan itu mungkin menguntungkan mereka seandainya polis mendapati ia tidak berasas.

Mengakui isu berkenaan membebankan kerajaan kerana dituduh melakukan konspirasi oleh pembangkang, Mohamed Nazri menegaskan pihaknya juga tidak boleh bertindak mendahului siasatan rasmi polis.

"Jadi (pembangkang) takut apa, tak usah takutlah, saya rasa tak apalah, mungkin pada peringkat awal ia menyusahkan kerajaan.

"Tetapi kita berminat untuk mencari kebenaran dan akhirnya kebenaran itu akan muncul juga," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bangunan Mahkamah Samarahan di sini, hari ini.

Petang semalam, sebahagian lagi rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman YouTube dan dipaut oleh beberapa laman blog.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membuat laporan polis dan menafikan beliau ialah individu dalam rakaman berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai pendirian pembangkang yang membuat kesimpulan awal bahawa pemimpin kanan itu tidak bersalah, Mohamed Nazri berkata, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau dia buat apa sekalipun, akhirnya (jika) didapati yang pelaku itu orang berkenaan, itu mana boleh dinafikan, dia nak kata orang lain?," katanya.

"Apabila pasti dan diputuskan karakter dalam video itu ialah orang berkenaan, saya rasa kalau dia nak drama pun tak bolehlah, kalau dia... dialah," tegasnya yang mengakui belum menonton rakaman video berkenaan dengan alasan 'geli' untuk berbuat demikian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan