Rabu, 27 April 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Konsert percuma Super Junior M

Posted:

Konsert percuma Super Junior M

Konsert percuma Super Junior M

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (bertali leher) bermain gitar bersama kumpulan muzik Grey Sky Morning di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kumpulan muzik terkenal, Super Junior M dari Korea yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini termasuk di Malaysia akan mengadakan konsert percuma sempena Himpunan Sejuta Belia di sini pada 28 Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah yang dilihat menepati aspirasi orang muda itu diharap mampu memastikan sasaran bagi menghimpun sejuta belia pada hari tersebut tercapai.

Hari Belia Negara (HBN) 2011 akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mei depan.

"Hari Belia Negara adalah hari untuk golongan belia dan mereka yang berjiwa muda, justeru semua pihak terutamanya belia harus memainkan peranan masing-masing bagi memastikan sasaran Himpunan Sejuta Belia pada hari tersebut tercapai,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan melancarkan tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu segmen Modal Insan, World Youth Fantasy dan Clash of the Band di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tedung Selar FC tukar nama baharu

Posted:

Tedung Selar FC tukar nama baharu

Tedung Selar FC tukar nama baharu

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


BARISAN pemain Amalan FC yang akan menduduki peperiksaan tetap bersemangat menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bulan depan.


JOHOR BAHRU – Jadual padat menjelang peperiksaan akhir tidak menghalang pemain pasukan Amalan FC untuk menjalani latihan sebagai persiapan menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bulan depan.



Amalan FC atau nama asalnya Tedung Selar FC yang digunakan pada kejohanan edisi pertama tahun lepas terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Segamat. Mereka akan menduduki peperiksaan akhir awal bulan depan.

Pengurus pasukan, Hasbullah Mohamad berkata, meskipun sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka tetap mempunyai masa untuk menjalani latihan dua kali seminggu.

"Saingan kejohanan itu memang sengit dan tanpa persiapan rapi, kami mungkin akan tersingkir awal seperti yang berlaku tahun lepas.

"Kerana itulah kami tetap mencuri masa untuk menjalani latihan meskipun peperiksaan sudah hampir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, mereka berhasrat untuk menyertai kategori Larut Malam pada tahun ini.



Katanya, para pemain agak keletihan apabila terpaksa bermain dalam cuaca panas ketika bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki pada kejohanan tahun lalu.

"Kami sudah berbincang dan kemungkinan besar akan bermain dalam kategori yang lain kali ini.

"Siapa tahu, dengan nama pasukan baharu dan juga kategori baharu, kami mungkin boleh menjadi juara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPI Ampang FC sasar lima terbaik

Posted:

PPI Ampang FC sasar lima terbaik

PPI Ampang FC sasar lima terbaik


HAZRUL AMRI (kiri) dan pemain PPI Ampang FC, Muhammad Shahrul Shakirin Noor Hazli melihat risalah kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Walaupun bakal beraksi sebagai pasukan bukan pilihan, PPI Ampang FC yakin dapat memberi tentangan sengit kepada pasukan lain dalam kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang akan berlangsung bulan depan.



Pasukan yang pertama kali menyertai kejohanan itu memberikan amaran awal apabila menyasarkan kelompok lima pasukan terbaik dalam kategori Terbuka Lelaki Larut Malam.

Pengurusnya, Hazrul Amri Hassan berkata, senjata utama mereka terletak pada kombinasi pemain lama dan baru yang mempunyai corak permainan tersendiri.

"Kami yakin keserasian antara gabungan itu mampu menggarap satu bentuk strategi permainan yang kemas dan mantap seterusnya mencabar pasukan lain," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 akan menggegarkan Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya bermula 26 hingga 29 Mei ini.

Kejohanan futsal terhebat di Putrajaya itu menawarkan wang tunai dan hadiah melebihi RM133,150 untuk dimenangi.

Mengulas lanjut, Hazrul Amri berkata, pasukannya sedang giat menjalani latihan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

"Kami perlu membuat persiapan rapi kerana akan bermain pada waktu malam yang memerlukan pemain memiliki ketahanan dan fokus sepenuhnya kepada perlawanan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan