Sabtu, 23 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

Posted:

Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

Pelajar kolej ditahan jadi keldai dadah

PUTRAJAYA 23 April – Seorang gadis berasal dari Sarawak yang menuntut di sebuah kolej di ibu negara ditahan di Shenzhen, China, selepas dikesan cuba menyeludup 100 biji kapsul dadah jenis heroin seberat 700 gram dengan cara menelannya sebelum ke negara tersebut, pada 29 Mac lalu.

Mangsa dikatakan sanggup berbuat demikian selepas terpedaya dengan lelaki dipercayai warga Afrika yang baru dikenalinya melalui laman sosial, Facebook, tahun lalu, dengan bayaran hanya RM5,000.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa memohon bantuan dari pihak konsulat kerana sukar membeli makanan di penjara Shenzhen.

"Lebih malang, mangsa tidak pernah berjumpa lelaki Afrika itu dan semasa ditemui wakil konsulat, dia merayu kesnya tidak dimaklumkan kepada keluarga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini hari ini.

Beliau menasihatkan gadis-gadis tempatan terutamanya dari kawasan pedalaman agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.

"Kebanyakan mangsa berasal dari keluarga susah yang memerlukan wang untuk pengajian atau kehidupan. Saya amat kecewa apabila ada lagi yang masih menjadi mangsa keldai dadah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan