Jumaat, 29 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Jalan utama Kampung Kelumpang rosak teruk

Posted:

Jalan utama Kampung Kelumpang rosak teruk

Jalan utama Kampung Kelumpang rosak teruk


SEBAHAGIAN penduduk kampung terpaksa menggunakan jalan yang rosak sejak tiga tahun lalu di Kampung Kelumpang ke Simpang Empat Kuar, Alor Setar.


ALOR SETAR 28 April - Penduduk di Kampung Kelumpang dan Simpang Empat Kuar di sini melahirkan rasa kecewa berhubung keadaan jalan keluar dari kampung mereka yang rosak teruk akibat tidak pernah diturap sejak sekian lama.

Jalan tersebut menjadi laluan utama penduduk untuk menuju ke jalan utama bagi menjalankan urusan harian dan juga laluan bagi kanak-kanak ke sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, jalan sepanjang kira-kira dua kilometer yang menghubungkan Kampung Kelumpang dan Simpang Empat Kuar itu rosak teruk dan berlubang-lubang selain mengundang bahaya kepada pengguna.

Lebih menyukarkan penduduk, keadaan jalan yang berlubang dan tidak pernah diturap sejak lebih tiga tahun lalu itu agak sempit serta kebanyakan lampu di jalan tersebut tidak berfungsi.

Seorang penduduk, Zubir Musa, 47, berkata, kali terakhir jalan di kampung tersebut dibaiki dan diturap ialah tiga tahun lalu sebelum Pilihan Raya Umum ke-12.

"Selepas itu kami dah tak nampak wakil rakyat tinjau kawasan ini dan jalan ini terus rosak serta berlubang seperti apa yang anda dapat lihat.

"Jalan ini merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan kampung ini dan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat," katanya ketika ditemui di Kampung Kelumpang di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap hari laluan tersebut akan menjadi sibuk apabila selepas Subuh dan penduduk kampung mula keluar untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah.

"Banyak kes kemalangan kecil berlaku di jalan ini dan kanak-kanak selalu menjadi mangsanya.

"Kami telah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab namun sehingga kini siapa pun tidak datang baiki. Adakah mereka mahu tunggu sehingga pilihan raya hampir baru nak baiki jalan ini," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Razak Ismail, 40 berkata, dalam sehari lebih 10 kali dia berulang-alik melalui jalan itu untuk urusan harian.

"Kami harap jalan ini akan segera dibaiki demi keselamatan penduduk kampung ini kerana kami tiada jalan lain untuk digunakan selain jalan ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baiki segera bumbung medan selera

Posted:

Baiki segera bumbung medan selera

Baiki segera bumbung medan selera

KUBANG PASU 28 April - Peniaga-peniaga di Medan Selera Jitra di sini meminta pihak Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) agar segera membaiki bumbung di medan selera tersebut yang bocor setiap kali hujan melanda.

Wakil peniaga medan selera itu, Muhd. Ruzaidi Md. Radzi, 29, berkata, masalah itu sering dihadapi oleh 18 peniaga makanan di medan selera tersebut sehinggakan apabila tiba musim hujan pelanggan kurang gemar untuk menjamu selera di situ.

Jelasnya, setiap kali hujan pengguna yang ingin menjamu selera di medan tersebut berasa tidak selesa kerana air menitik dari bumbung dan terkena pada meja.

"Bila hari hujan memang lantai di medan ini basah lencun dan kami kesal kerana pihak MDKP tidak membuat pemantauan susulan setelah mereka membaiki bumbung ini dua tahun lalu.

"Setiap bulan kami membayar sewa RM100 kepada MDKP namun kami terpaksa berniaga dalam keadaan yang tidak selesa," katanya ketika ditemui di Medan Selera Jitra, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, masalah bumbung bocor tersebut telah diadukan kepada MDKP namun tiada maklum balas yang diterima daripada pihak mereka.

"Selalunya pengguna akan marah-marah pada kami apabila mereka terpaksa menukar tempat duduk apabila hujan turun.

"Tapi kami tidak boleh buat apa-apa kerana penyelenggaraan bumbung adalah di bawah pihak MDKP," katanya.

Seorang lagi peniaga, Umi Kalsom Ibrahim, 26 berkata, selain masalah bumbung bocor, kebanyakan lampu di medan selera tersebut tidak berfungsi dengan baik.

"Kami yang perlu membaikinya sendiri dan apa guna kami bayar sewa RM100 setiap bulan jika pihak MDKP tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

"Kami harap pihak MDKP turun padang meninjau masalah yang dihadapi oleh peniaga dengan segera kerana kami mahu pelanggan yang menjamu selera di sini berasa lebih selesa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga parah dibelasah peragut

Posted:

Peniaga parah dibelasah peragut

Peniaga parah dibelasah peragut

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 28 April - Dua lelaki ditahan selepas menyamun dan membelasah seorang peniaga barangan plastik sehingga cedera parah di Jalan Lim Khoon Huat, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 41 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di pusat bandar sebelum didatangi dua lelaki tempatan dari arah belakang dengan menunggang sebuah motosikal.

Difahamkan, suspek berusia 17 dan 24 tahun itu bertindak menendang motosikal yang dinaiki lelaki tersebut sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan raya.

Tidak cukup dengan itu, kedua- dua suspek yang merupakan seorang penganggur dan penggembala lembu turut didakwa memijak dan membelasah mangsa serta menarik rambut sebelum bertindak meragut seutas rantai emas di lehernya.

Bagaimanapun, tindakan pantas dua anggota polis ke tempat kejadian berjaya menahan seorang suspek manakala rakannya sempat meloloskan diri sebelum diberkas beberapa jam kemudian.

Polis turut menjumpai semula rantai emas daripada suspek yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Akibat daripada insiden ragut itu mangsa mengalami cedera ringan di seluruh anggota badan serta mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan