Kosmo Online |
- Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team
- Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah
- Konsert percuma Super Junior M 28 Mei
Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team Posted: Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team27/04/2011 8:17pm KUALA TERENGGANU – Che Ku Marzuki Mohd Noor akan menyandang jawatan ketua jurulatih sementara pasukan T-Team bagi mengisi kekosongan jawatan itu setelah Yunus Alif direhatkan sementara. Hal itu disahkan oleh pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat. Bagaimanapun ia hanya diumumkan secara lisan dan bukannya bertulis. Menurut Rozi, untuk sementara waktu, Che Ku Marzuki, bekas jurulatih T-Team musim lalu dan Yusuf Ali, muka baru, akan mengisi kekosongan dan melatih pemain pasukan berstatus kelab itu. "Untuk sementara waktu, kedua-dua jurulatih ini akan melatih pasukan T-Team," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini. Persembahan hambar T-Team meletakkannya antara pasukan tercorot Liga Super dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong sehingga ada yang menggesa jurulatih T-Team ditukar. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah Posted: Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah27/04/2011 8:50pm KUALA LUMPUR — Datin Orkid Abdullah, biduanita yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal 'Penawar Rindu' pada era 60'an kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas. Kalau dulu beliau aktif menghiburkan orang ramai menerusi pertunjukan pentas dan persembahan di televisyen, namun kini pergerakannya amat terbatas sehingga kesemua aktiviti harian termasuk makan dan minum diuruskan oleh tiga orang anaknya. Rombongan dari Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diketuai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez menziarah Orkid di rumah beliau di No 38, Jalan Anggerik 2, Dataran Ukay di sini hari ini. Rombongan tiba kira-kira pukul 3.15 petang, dan menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama Orkid sambil menyampaikan sumbangan. Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Konsert percuma Super Junior M 28 Mei Posted: Konsert percuma Super Junior M 28 Mei27/04/2011 7:27pm PUTRAJAYA — Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen world Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini hari ini. Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami. "Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan