Ahad, 24 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Polis tak sorok lagi

Posted: 23 Apr 2011 11:28 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Sembunyi balik tiang tangkap pesalah trafik kaedah lapuk

SHAH ALAM: Polis tidak lagi akan bersembunyi atau menyorok di sebalik pokok, tiang atau dinding di lokasi tertentu di jalan raya hanya semata-mata untuk mengesan pesalah trafik.

Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata anggota polis perlu menunjukkan kehadiran mereka di depan orang awam, bukannya menyorok tetapi kesalahan lalu lintas masih boleh dikesan menerusi penambahan kamera di beberapa lokasi strategik. "Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman, jangan lupa bayar.

"Polis berpendapat pendekatan menyorok ini tidak lagi sesuai. Namun, pengguna jalan raya jangan terkejut jika tiba-tiba dikenakan saman kerana kita akan menggunakan bantuan teknologi untuk mengesan kesalahan di jalan raya," katanya selepas menghadiri Program Sehari Bersama Polis khusus untuk belia India di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Program berkenaan dihadiri kira-kira 1,000 belia India yang antara lain bertujuan menarik minat belia kaum itu untuk menyertai polis.

Katanya, selain peningkatan kehadiran polis, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka.
Ditanya adakah pendekatan terbaru pihak polis itu turut membabitkan perangkap had laju atau saman ekor, Khalid berkata, pendekatan berkenaan masih ada.

"Walau apa yang kita lakukan dan pelaksanaannya yang membezakan, perkara akhir yang perlu kita sedar ialah kesedaran pengguna jalan raya di negara ini masih rendah," katanya.

Mengenai usaha polis membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Roslan Bin Mohamad

Cadangan Ydh.Tim.Ketua Polis Negara pendekatan baru bagi persalah lalulintas sangat baik dan dialualukan.

Fran

saya tak faham mengapa penggunaan tali pinggang hanya dikuatkuasakan kepada orang awam tetapi tidak kepada polis peronda. Begitu juga dengan cermin kereta. kita gelap sikit disuruh buka tapi bini diorang tu yang pakai cermin gelap tak apa??? Beri kuasa orang awam saman polis la pula dengan bukti baru adil..saman menyaman la kita..

SHAH

Baguslah kalau polis ada cadangan macam tu..sblum nie main sorok2 pulak..contohi negara jiran singapore tu...bile buat speed trap...terang2 depan penguna jalanraya..lebih telus

fared

Jangan menyorok dan tahan terus pemandu untuk dptkan tandatangan baru telus,kadang2 kereta atas nama org lain,ini tidak asal kerajaan tak ada duit aja terus main sorok2 kutip duit rakyat......

mohd nazmi

kalau boleh jgn pakai lg saman ekor,,,, nanti org ramai pertikaikan,,, buat salah jer,,, terus saman,,, lg puas hati daripada ekor tu,,,,

zainudin samad

pesalah trafik disaman serta merta,Kaedahnya rampas sementara lesen mereka dan berikan resit sementara ( kuat kuasa selama 1 bulan ).dengan ini mereka akan membayar saman mereka dengan inisiatif sendiri untuk dapatkan smula lesen asal mereaka.Polis tak perlu cari pesalah trafik tetapi pesalah yang cari polis untuk dapatkan semula lesen memandu asal mereka,

Shahrim Karim

bagus la camni...baru la gentlemen..klu x still leh fight kt court..polis x polis..

sri ganesa

keputusan yang bijak...
hapar perkara ini dapat mengurangkan kemalangan jalan raya....

sri siantan

Wat pe susah2 main sorok2 selameni. kalu lame dulu dah mulakan tentu saman tak byk yg tertungak, liat nak bayar saman dan betambah pendapatan negare. tak le menyusahkan rakyat yg kena black list.

azizan bin abdul rahim

Saya bersetuju dengan kaedah terus terang ini pengguna jalan raya yg didapati bersalah boleh merayu dan kesilapan pihak polis yg ada kala nya tersalah saman boleh cepat buat pembetulan.

Hamdan

Tahniah! Tujuan utama untuk menyedarkan pemandu. Cuma yang terkilan kereta polis pun dipandu oleh manusia.....adakah mereka ini juga ada kesedaran...kalau tengok dilebuhraya mengalahkan F1


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan