Kosmo Online - Rencana Utama |
Posted: Perkahwinan bakal rajaPenyatuan Putera William dan Kate Middleton berjaya mendekatkan rakyat dengan istana Britain. PENGANTIN diraja ini dibawa menaiki kereta kuda tahun 1902 menuju ke Istana Buckingham di London. BUKAN sekali tetapi dua kucupan, Putera William dan Kate Middleton dengan wajah berseri-seri kini sah sebagai pasangan suami isteri yang akan mewarisi takhta diraja Britain pada masa hadapan. Mereka kelihatan tenang ketika majlis berlangsung dengan sesekali William dilihat menoleh ke arah Kate. Wajah Kate yang disolek sehingga menonjolkan kejelitaannya ternyata menghidupkan mood skrin televisyen. Hampir tiga dekad lalu, bapa William, Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin di gereja yang sama, namun janji setia di Gereja Westminster itu berakhir dengan perceraian serta pendedahan skandal memalukan oleh akhbar tabloid.
Dianggarkan hampir sejuta penduduk berbaris di sepanjang jalan dari Gereja Westminster ke Istana Buckingham. Dalam satu acara tradisi di anjung istana, orang ramai bersorak dan bertepuk tangan sebaik saja pengantin diraja itu berkucup sebelum diikuti sorakan 'Cium sekali lagi'. William dan Kate sentiasa tersenyum dan melambai-lambai tangan. Mereka berkucupan buat kali kedua. Pakar bahasa badan, Peter Collett, pengarang buku The Book Of Tells, berkata, bahasa badan William dan Kate berbeza sama sekali dengan Charles dan Diana 30 tahun lalu. Gerak-gerak William-Kate menandakan perkahwinan mereka akan bahagia dan berkekalan. "Pada tahun 1981, terdapat banyak petunjuk perkahwinan Charles-Diana bakal melalui hari yang suram khususnya daripada gerak-geri Charles. Dia kelihatan gelisah, hanya sedikit perhatian diberikan kepada Diana dan semasa upacara itu, Charles mengelap matanya bukan sekali tetapi dua kali - petanda klasik kesedihan bahkan kekecewaan. "Hari ini kita melihat gambar yang sangat berbeza. William dan Kate disatukan dengan penuh adat istiadat diraja dan mereka gembira di sepanjang majlis. Dua bilion PENGANTIN diraja ini dibawa menaiki kereta kuda tahun 1902 menuju ke Istana Buckingham di London. "Semasa melambaikan tangan, mereka memandang antara satu sama lain, dan mereka melalui satu lagi momen yang menakjubkan semasa persembahan koir apabila mereka juga memandang serentak antara satu sama lain dan tersenyum bahagia," kata Collett. Peristiwa di balkoni Istana Buckingham itu merupakan kali pertama William dan Kate dilihat berkucup di depan khalayak. GAYA seorang bakal raja. William dikatakan akan mewarisi takhta kerana dia lebih disayangi rakyat berbanding bapanya, Putera Charles. Dianggarkan sebanyak dua bilion orang menonton perkahwinan yang disiarkan secara langsung di seluruh dunia itu sekali gus menjadi majlis paling ramai penonton dalam sejarah penyiaran moden. Seorang penduduk tempatan yang menyaksikan perarakan, Sabry Darwish, 61, berkata, perkahwinan diraja itu menyebabkan ramai yang gembira dan bersatu. WILLIAM memandu kereta Aston Martin selepas selesai upacara perkahwinannya dengan Kate. "Semua orang merestui pasangan pengantin diraja," kata Darwish. Ramai memuji pasangan William dan Kate kerana kedua-duanya dilihat berjiwa rakyat, kelakar dan sopan. Keluarga Kate hanyalah rakyat kelas pertengahan tetapi mereka berjaya dalam perniagaan mengurus majlis hari lahir. Walaupun mampu, Kate mengambil keputusan untuk makan gaji selepas tamat pengajian di universiti. William yang mewarisi pesona ibunya, Puteri Diana membuat lawatan mengejut untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sanggup tidur di tepi jalan pada malam Khamis lalu. PERKAHWINAN Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. William, 28, sentiasa dekat di hati rakyat berikutan sikapnya yang suka bergurau. Ketika melihat 1,900 tetamu yang menghadiri majlis resepsi perkahwinannya, William sempat berseloroh dengan bapa mertuanya, Michael Middleton. "Kita sepatutnya menganjurkan majlis kecil khas untuk keluarga," kata William. Selepas majlis resepsi di Istana Buckingham, William dan Kate mengejutkan orang ramai kerana memandu kereta sport Aston Martin Volante berwarna biru gelap, lengkap dengan reben dan belon manakala nombor pendaftaran tertera plat 'JU5T WED'. Gaun RAKYAT Britain di Kuala Lumpur tidak mahu ketinggalan menyaksikan perkahwinan gilang-gemilang William-Kate. Ramai berpendapat William dan Kate cuba membawa keluarga diraja Britain dekat di hati rakyat yang selama ini terpisah jauh. "Ini merupakan satu titik penting dalam keluarga diraja Britain," kata seorang rakyat negara itu, Nicki Hookings, 47, yang hadir menyaksikan perarakan kelmarin. Perkahwinan diraja itu turut menjadi saksi keupayaan Kate, 29, menawan hati rakyat Britain. Walaupun berdepan tekanan, Kate mendepani harinya dengan senyuman, bersemangat dan sopan. Tanpa perasaan canggung, Kate memberi tunduk hormat kepada Ratu Elizabeth II sebelum berkongsi pentas dengan wanita yang ditabal sebagai ratu pada tahun 1952 itu. "Majlis ini merupakan acara yang paling menggembirakan dunia sekarang," kata seorang peguam dari San Francisco, Laura Claster. Dia sanggup terbang dari Amerika Syarikat ke London untuk menyaksikan perkahwinan William dan Kate. Seperti lazim majlis berprofil tinggi, para peminat fesyen menjamu mata dengan menyaksikan pelbagai fesyen tetamu yang memasuki Gereja Westminster. Ada tetamu yang memakai topi berharga £1,000 (RM4,947) sebuah, bagaimanapun kebanyakan mata lebih tertumpu kepada gaun pengantin. Gaun satin warna putih gading itu direka dengan belahan kolar dramatik hingga ke dada manakala leretan gaun sepanjang 2.7 meter mengembalikan ingatan terhadap gaun yang pernah dipakai Diana di tempat sama pada tahun 1981. Rambut Kate yang panjang mengurai hingga ke paras pinggang kelihatan cantik di sebalik penutup jaring putih manakala tiara yang tersemat di kepalanya sebenarnya dipinjam daripada Ratu Elizabeth. DRES kain satin dengan leretan gaun sepanjang 2.7 meter rekaan Sarah Burton menambah gaya Kate sebagai seorang puteri diraja. Anting-anting bentuk daun oak merupakan hadiah daripada bapanya. William memakai pakaian istiadat pengawal Ireland yang sinonim dengan kariernya sebagai anggota tentera. Beliau diapit oleh adiknya, Putera Harry yang memakai pakaian rasmi istiadat tentera. Kate diapit oleh adiknya, Pippa Middleton. Selepas ikrar taat setia dan bertukar-tukar cincin perkahwinan, William dan Kate menaiki kereta kuda melalui jalan terpilih di sekitar kota London. Ratu Elizabeth turut menganugerahi darjah kebesaran yang membawa gelaran Duke dan Duchess of Cambridge. Berikutan populariti William yang ditambah pesona Kate, terdapat spekulasi bahawa beliau layak melangkaui Charles untuk menjadi raja Britain. Ramai menganggap Charles, 62, tidak mesra serta jauh daripada hati rakyat. Bagaimanapun, sumber istana berkata, Charles sudah menunggu terlalu lama untuk menjadi raja dan tidak akan melepaskan peluang itu sewenang-wenangnya kepada William. - Agensi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kek kahwin dihiasi 900 kuntum bunga Posted: Kek kahwin dihiasi 900 kuntum bunga
PUTERA William dan Kate Middleton, memotong kek setinggi lapan tingkat bagi meraikan perkahwinan mereka bersama rakan-rakan dan ahli keluarga Jumaat lalu. Konfeksi itu dilitupi krim dan ising putih serta dihiasi 900 kuntum bunga bersalut gula. Ia menjadi tumpuan semasa acara resepsi di Istana Buckingham. Penyediaan kek itu menyebabkan pembuat kek, Fiona Cairns, keletihan tetapi sungguh gembira walaupun terpaksa bekerja selama lima minggu untuk menyiapkan dekorasi kek itu. Ia benar-benar menguji kemahirannya, begitu juga pekerja-pekerjanya. Duke dan Duchess of Cambridge yang baru itu merupakan penggemar kek buah Cairns. Penyanyi Paul McCartney juga memesan kek daripada Cairns semasa Krismas setiap tahun. Wanita itu turut menjadi pembuat kek untuk kumpulan Pink Floyd dan Simply Red. Cairns, 56, yang keknya dijual di gedung Harrods, Selfridges dan Waitrose, dihubungi pihak Istana St James Februari lalu jika dia boleh membuat kek perkahwinan William dan Kate. BUNGA hiasan bersalut gula. "Walaupun lapan tingkat, Kate tidak mahu ia menjadi setinggi tujuh kaki. Dia juga tidak mahu kek itu kelihatan seperti menara yang kurus," kata Cairns. Pasangan itu juga mahukan elemen daripada teknik dekorasi pakar kek Joseph Lambeth digunakan termasuk membentuk daun tiga dimensi, bunga dan hiasan lain. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Sai Baba lelaki ajaibSELAMA beberapa dekad, pengikut Sai Baba menganggap lelaki itu sebagai jelmaan tuhan. GURU spiritual dari India, Sri Sathya Sai Baba, 85, yang diangkat setaraf dewa oleh pengikutnya meninggal dunia Khamis lalu akibat kegagalan jantung, selepas lebih sebulan hidup dengan alat bantuan pernafasan. Lelaki berambut afro dan bertubuh setinggi 157 sentimeter itu didakwa memiliki kuasa luar biasa dan dikatakan adalah jelmaan semula seorang tokoh kerohanian, Shirdi Sai Baba yang meninggal dunia pada tahun 1918. Sepanjang hayatnya, Sathya Sai Baba didakwa menghidupkan sekurang-kurangnya 10 orang yang sudah mati. Salah seorang daripada mereka ialah pengikutnya yang berasal dari Amerika Syarikat (AS), Walter Cowan. Cowan diserang sakit jantung di bilik hotelnya di Madras, India pada Disember 1971, dan disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital. Semasa isteri Cowan, Elsie dan beberapa rakannya tiba di hospital itu mereka terkejut melihat Sai Baba ada di situ, begitu juga Cowan yang masih hidup. Tiada siapa yang tahu bagaimana Sai Baba menghidupkan semula Cowan tetapi semasa bertemu keluarga Cowan selepas itu, Sai Baba berkata dia telah berjaya mengembalikan semula hidup Cowan. Menariknya, selepas berjaya dihidupkan semula, penyakit buah pinggang dan kencing manis yang dihidapi Cowan turut sembuh. Kisah itu ada dicatat oleh Dr. John S. Hislop, seorang pengikut Sai Baba yang berasal dari AS, dalam buku My Baba and I yang diterbitkan pada tahun 1972. Roh Selain Cowan, Sai Baba juga berjaya menghidupkan kembali seorang pengikut setianya yang lain, V. Radhakrishna yang telah meninggal selama beberapa hari dengan keadaan mayatnya mula mereput. Sai Baba juga terkenal kerana kebolehannya menyembuhkan orang sakit, mencelikkan mata yang telah buta dan membaca minda orang yang ada di sekelilingnya. Bagaimanapun, boleh dikatakan kemampuan Sai Baba menjelmakan roh orang yang telah mati, begitu juga objek-objek lampau paling diperkatakan pengikutnya. Ramai yang telah melihat sendiri bagaimana Sai Baba menghasilkan angin lembut daripada tapak tangannya yang seterusnya mencetuskan vibhuti (debu putih) untuk diletakkan di atas lidah dan dahi pesakit. Namun, keupayaan kuasa ghaib itu kebanyakannya terjadi atas niat murni untuk membantu golongan yang memerlukan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kuasanya. Seorang penulis, Howard Murphet yang menyiasat kuasa ajaib Sai Baba selama beberapa dekad mendapati lelaki itu mampu menjelmakan sekeping duit syiling lama AS. "Ketika berkumpul di ruang tamu rumahnya, Sai Baba bertanyakan tahun kelahiran saya dan setelah memberitahunya, dia berjanji untuk mendapatkan sekeping syiling yang akan tertera tahun kelahiran saya.
"Dia kemudian memusingkan pergelangan tangannya ke atas dan ke bawah di depan saya beberapa kali sambil menyebut bahawa syiling itu sudah ada di tangannya dan memang betul duit itu ada di tangannya," ujarnya dalam buku Man of Miracles. Kemasyhuran Sai Baba turut dikaitkan dengan keberhasilannya menjelmakan sebuah patung emas dewa Krishna dan sebuah buku lama yang diterbitkan pada tahun 1530. Malah jika bernasib baik, ada pengikut yang akan memperoleh debu suci daripadanya yang didakwa mampu menjelmakan roh orang yang telah mati. Tidak mustahil juga ada antara mereka yang mendapat jam tangan atau ketulan emas yang keluar daripada mulut Sai Baba. Sai Baba juga dikatakan boleh bertutur dalam bahasa asing yang tidak pernah dipelajarinya. Semasa pergi ke Tibet, dia bercakap dalam bahasa puak Adi manakala di Afrika, dia menggunakan bahasa Swahili. Dengan pelbagai kuasa luar biasa itu, Sai Baba berupaya menarik berjuta-juta pengikut di seluruh dunia. Sesetengah pihak seperti saluran televisyen BBC di Britain mendakwa keajaiban Sai Baba hanyalah satu helah silap mata termasuk debu putih yang keluar dari tangannya dan bebola emas dari mulutnya. Dermawan Bagaimanapun, kekaguman berjuta-juta pengikutnya bukan semata-mata disebabkan kuasa magik lelaki itu tetapi sikap dermawannya. Sai Baba telah mengubah sebuah perkampungan kecil, Puttaparthi di negeri Andra Pradesh, yang suatu ketika tidak diketahui kewujudanya oleh rakyat India sendiri kepada pusat pendidikan dan kesihatan yang terkenal di seluruh dunia. Ramai kalangan profesional lahir dari universiti yang diasaskan oleh Sai Baba dan berjuta-juta lagi mendapat manfaat daripada yayasan yang ditubuhkannya. Kepada mereka yang telah mendapat kebaikan dengan kehadiran Sai Baba, tidak hairanlah mereka melayan lelaki itu seperti tuhan. Kekuatan pengaruhnya turut menarik perhatian golongan terkemuka dunia, antaranya selebriti Goldie Hawn, Sarah Ferguson dan pengasas Hard Rock Cafe, Isaac Tigrett untuk mempercayai fahamannya. Malah pada majlis sambutan hari jadinya yang terakhir, Presiden India, Pratibha Devisingh Patil bersama Perdana Menteri Manmohan Singh hadir memberi sokongan kepada Sai Baba. - KHAIRUL AMRI HASSAN Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Rencana Utama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan