Jumaat, 29 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis tahan ibu ayam warga Indonesia

Posted: 29 Apr 2011 04:00 AM PDT

GEORGE TOWN: Polis menahan tiga wanita warga Indonesia termasuk seorang "ibu ayam" yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah pengsapuri di Jalan Pattani di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata bertindak atas maklumat dan intipan selama seminggu, polis menyerbu pangsapuri berkenaan pada pukul 4 petang dan menahan ketiga-tiga wanita yang berusia antara 46 dan 55 tahun itu.


"Ketika ditahan, wanita-wanita terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil siasatan polis merampas beberapa keping kondom yang belum dipakai dan minyak pelincir yang didapati digunakan untuk tujuan tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata wanita-wanita terbabit didapati menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.


Dua daripada wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran manakala ibu ayam itu disiasat di bawah Seksyen 372 A Kanun Keseksaan.


Mereka juga turut disiasat di bawah Seksyen 51(5) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 1997 selama 14 hari sebelum tindakan mengusir mereka kembali ke negara asal dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan Real Madrid, Barca

Posted: 28 Apr 2011 01:47 PM PDT

MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini.

Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.


"Saya lihat ramai orang berkumpul di situ dan apabila sampai di sana, seorang rakan memberitahu ada penyamun kena tembak dan mereka adalah kumpulan yang menyamun saya," katanya Ramli berkata, dia terjaga daripada tidur apabila badannya ditepuk seorang daripada tiga penyamun terbabit yang turut mengacu parang di lehernya sebelum tangannya diikat menggunakan dawai ampaian, manakala mukanya ditekup dengan tuala.

Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.


Ramli yang juga pembekal baja berkata, ketika kejadian dia berseorangan di ruang tamu rumahnya, manakala isterinya, Normah Khalid, 53, dan tiga anaknya serta dua cucunya nyenyak tidur dalam bilik.


"Saya memang 'kaki bola' dan menyokong pasukan Barcelona terlelap seketika sementara menunggu perlawanan itu bermula.

"Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya," katanya ketika ditemui di rumahnya.


Menurutnya, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana khuatir dicederakan.

"Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.


"Mereka hanya melarikan empat telefon bimbit dan dompet saya mengandungi wang tunai RM300," katanya memaklumkan penyamun terbabit masuk melalui bahagian belakang rumahnya yang sedang diubahsuai.


Ramli berkata, selepas tiga penyamun terbabit melarikan diri, dalam keadaan tangan masih terikat, dia menjerit memanggil anak sulungnya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU).


"Saya bertempik meminta pertolongannya yang kemudian membuka ikatan pada tangan saya dan mengejutkan ahli keluarga yang lain.


"Mereka semua terkejut kerana langsung tidak menyedari rumah kami dimasuki penyamun," katanya yang menghubungi polis selepas itu.


Menurutnya, dia hanya mengetahui penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya apabila keluar ke kedai di simpang masuk Felda berkenaan kira-kira jam 7 pagi.


"Ketika saya sampai mayat penjenayah itu sudah dibawa polis. Yang tinggal hanyalah Perodua Viva berwarna merah dinaiki mereka tersadai selepas melanggar pokok sawit dan beberapa anggota polis melakukan siasatan," katanya.


Tiga penjenayah terbabit ditembak mati sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felda berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa dan sejam selepas melakukan rompakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan