Rabu, 20 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mayat bayi disumbat dalam botol dijumpai di Sungai Tawau

Posted: 20 Apr 2011 02:54 AM PDT

Mutakhir

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi.

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.

Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk. "Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan.

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32.

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib muat naik gambar beliau ketika hadiri acara sukan

Posted: 20 Apr 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi minatnya dalam bidang sukan dengan pembaca blog beliau dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika menghadiri acara sukan dua minggu lalu.

Sebanyak 13 keping gambar dimuat naik iaitu dari acara 1Malaysia Cardiff City Junior Football League dan Litar Formula 1 Sepang yang diadakan pada 10 April lalu serta Pertandingan Golf Terbuka Malaysia yang diadakan pada 17 April.

Najib berkata, beliau akan memuat naik lebih banyak lagi blog bergambar sekiranya berkesempatan di lain masa, untuk tatapan rakyat semua. "Sepertimana yang anda sedia maklum, saya meminati pelbagai jenis sukan. Dalam dua minggu yang lalu, saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk menyelami minat saya terhadap bola sepak, lumba kereta dan golf.

"Di sini saya sertakan beberapa gambar yang diambil dari ketiga-tiga acara tersebut," katanya dalam entri terbaru ''Sukan-Blog Bergambar'' di blog beliau www.1malaysia.com.my. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan