Isnin, 25 April 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Rakan blogger

Posted: 24 Apr 2011 12:15 PM PDT

MukaDepan

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.

NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.

Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain. "Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.

"Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.

"Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.

"Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya.

Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.

Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.

"Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya.

Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.

Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zainal mohd jais

Bersedia dan terbuka dgn kritikan, berani berhadapan dgn pengkritik,akan menjadi proses pembetulan dan pengukuhan kerajaan yg baik. siri dialog @ pertemuan spt ini perlu dibuat secara konsisiten.

Fran

walaupun saya penyokong BN tapi tidak semestinya semua dasar BN saya sokong sebab rasanya saya bukan pak turut. Dulu saya tak sokong itu rakan muda..mana sudah itu rakan muda?????

luqman

dulu kutuk penulis blog.. skrg?

Abd Rahim Omar

Salam - Para blogger juga harus jujur , jng gunakan nama samaran bila membuat teguran , jng takut utk memberitahu siap diri anda yg sebnarnya . Kpd kerajaan atau sesiapa saja yang berkepentingan , sila tegaskan hanya blogger yg telus sahaja yg di layan , yg menggunakan nama samaran admin kena remove dg segera .

ORANG KAMPUNG

JANGAN CAKAP TAK SEPERTI BIKIN. HATI DAN PERBUATAN MESTI SAMA. ITULAH IMAN SEBENAR.

kerak utan

mende le susah, toksah pangkah pembangkang le. aku dah muak dah kat dia orang nie lebih2 lagi DAP. takpe aku tunggu korang PRU13 nanti. aku bukan manusia yang boleh korang bodoh2kan. buat la drama ko hasut le sahabat2 aku ko racun le bangsa aku, nanti pru13 baru pembangkang tau. jangan dok perasan diri ko tu hebat.

Superstar

Macam inilah namanya pemimpin yg bagus. Tak macam pembangkang, tak boleh tegur, rasa paling betul, tapi .....

azmel

"termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat." I like!

AAR

Imam Al Ghazali "Empat cara untuk mengetahui kelemahan diri ialah: 1.Mencari seorang guru yang mursyid. 2.Bersahabat dengan sahabat yang boleh menegur. 3.Mendengar dari lidah musuh tentang kelemahan diri. 4.Bergaul dengan masyarakat hingga boleh mengambil iktibar serta perbandingan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan