Rabu, 27 April 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Sekolah Menengah Sains Selangor sekolah angkat MAS

Posted: 27 Apr 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menjadikan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak di sini sebagai sekolah angkatnya di bawah Projek Pintar MAS.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata pemilihan SMSS adalah satu daripada usaha membantu sekolah itu berkongsi pandangan dalam aspek peningkatan akademik dan pembangunan modal insan dengan 16 lagi sekolah angkat MAS yang lain.

"Bagi mengekalkan kecemerlangan pelajar SMSS, MAS akan membantu menerusi pelbagai program peningkatan akademik dan kokurikulum pelajar dengan bantuan tenaga pengajar sekolah itu, seperti meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris. "Ramai pelajar tahu menggunakan bahasa Inggeris dan mempelajari dengan mendalam, tetapi yang kurangnya adalah keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa itu," katanya selepas melancarkan projek itu di SMSS di sini, hari ini.

Munir berkata, projek itu turut merangkumi beberapa program termasuk kursus intensif komunikasi bahasa Inggeris, klinik dan seminar peperiksaan, ceramah kerjaya, seminar kekeluargaan untuk ibu bapa dan lawatan sambil belajar ke kawasan operasi MAS.

Beliau berkata, seramai 50 pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga dari keluarga berpendapatan rendah dipilih menyertai projek Pintar di sekolah itu selama tiga tahun.

Beberapa kakitangan MAS terpilih akan menjadi mentor kepada pelajar yang lemah, selain menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang cemerlang.
Munir Majid berkata, sejak 2007 sebanyak 19 sekolah sudah dijadikan anak angkat oleh MAS.

Bagaimanapun kontrak tiga sekolah tamat sejak tiga bulan lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jazeman julung kali sertai Trofi Antarabangsa F3

Posted: 27 Apr 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pemandu F3 negara, Jazeman Firhan Jaafar, buat julung kalinya akan mengambil bahagian dalam Trofi Antarabangsa FIA l Formula 3 2011, pusingan pertama Siri Euro F3 di Litar Hockenheim di Jerman hujung minggu ini.

Perlumbaan itu, antara enam perlumbaan paling berprestij dalam kalendar perlumbaan antarabangsa F3, adalah kejohanan yang baru diperkenalkan khusus untuk meningkatkan profil F3 dan membangunkan kerjaya pelumba muda.

"Trofi Antarabangsa memberi peluang kepada saya untuk berlumba di beberapa litar yang belum pernah saya lawati, bertanding dengan pemandu-pemandu terbaik F3 dan mendapatkan lebih banyak pengalaman di peringkat F3, serta memberikan saya peluang untuk meningkatkan kemahiran pemanduan saya," kata Jazeman dalam satu kenyataan hari ini. Jazeman akan memandu kereta F3 Carlin British yang dibina khusus untuk memenuhi peraturan Siri Euro F3 termasuk menggunakan tayar Kumho pada perlumbaan di Hockenheim.

Beliau yang dijangka berdepan saingan sengit akan bersaing dengan pemandu tetap Siri Euro F3, serta pemandu daripada kejohanan F3 yang lain.

Kejohanan itu menawarkan hadiah menarik untuk pemandu di tempat tiga terbaik selepas enam perlumbaan - kelayakan bagi Lesen Formula One Super.

"Perbezaan terbesar bagi saya di Hockenheim ialah akan menggunakan tayar Kumho berbanding Cooper Tires yang kami gunakan dalam British F3.
"Saya berlumba di Hockenheim tahun lalu dalam British F3 dan penyudah terbaik saya bagi musim di sana, dua podium (kedua dan ketiga), jadi saya mempunyai kenangan indah pada perlumbaan kali ini dan saya berharap dapat memberikan persembahan cemerlang pada hujung minggu ini," kata Jazeman.

Perlumbaan Siri Euro F3 Hockenheim akan disusuli dengan Grand Prix Pau F3 (litar jalan raya) di Perancis, Siri F3 British di Spa di Belgium, Zandvoort Masters di Litar Park Zandvoort di Belanda, Grand Prix Macau di Litar Guia, Macau dan Grand Prix F1 Korea di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan