Ahad, 24 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kenyataan asal Mustafa pendirian sebenar Pas

Posted:

Kenyataan asal Mustafa pendirian sebenar Pas

Kenyataan asal Mustafa pendirian sebenar Pas

KUALA LUMPUR 24 April - Kenyataan asal Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bahawa parti itu akan membuat ketetapan baru mengenai masa depannya dalam pakatan pembangkang setelah siasatan kes rakaman video aksi seks selesai, adalah pendirian sebenar Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku Setiausaha Agung Pas, sudah tentu Mustafa tidak akan berani membuat kenyataan tersebut jika perkara itu belum dibincangkan dengan pucuk pimpinan parti kerana ia akan mendahului presiden.

Malah jelas beliau, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali juga mempunyai sebab yang jelas untuk melenting dengan kenyataan tersebut kerana selaku orang politik, Ahli Parlimen Gombak itu sedar bahawa Pas dalam diam sudah membuat ketetapan baru.

"Kita kena sedar bahawa Mustafa ialah Setiausaha Agung Pas, maknanya suara Mustafa adalah suara parti bagi mewakili Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Jadi saya percaya apa yang dilontarkan oleh Mustafa merupakan suara sebenar Pas.

"Soal Mustafa tarik balik kenyataan dan salahkan media, kita tidak terkejut sangat kerana memang selama ini itulah sikap Pas yang terlalu takut walaupun untuk menyuarakan kebenaran sejak menyertai pakatan pembangkang," katanya di sini hari ini.

Kelmarin, Mustafa dalam sidang akhbar memberitahu Pas akan membuat ketetapan baru jika terbukti pelaku dalam rakaman video aksi seks yang kini disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana didakwa oleh trio 'Datuk T'.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, Mustafa menafikan beliau pernah membuat kenyataan sebegitu, dipercayai akibat tekanan daripada PKR terutama Azmin yang menyelar Setiausaha Agung Pas itu secara terbuka menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Pas perlu percaya kepada kekuatan sendiri dan sudah sampai masanya untuk parti itu menilai semula masa depan bersama pakatan pembangkang kerana tidak banyak keuntungan yang dapat diraih oleh Pas.

Sebaliknya beliau berkata, parti yang memperoleh keuntungan mutlak hasil daripada kerjasama tersebut adalah DAP dan ia terbukti dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini apabila parti itu menang besar dengan menguasai 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Cukuplah. Demi kepentingan negara, agama dan bangsa Melayu, Pas perlu kaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang. Pas sebenarnya ada pengaruh sendiri dan mereka tidak memerlukan sokongan PKR pun. PKR dan DAP yang memerlukan sokongan Pas," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mustafa tidak perlu tunduk - Nallakaruppan

Posted:

Mustafa tidak perlu tunduk - Nallakaruppan

Mustafa tidak perlu tunduk - Nallakaruppan

KUALA LUMPUR 24 April - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mendakwa memang menjadi kebiasaan bagi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk melenting apabila terdapat pihak yang enggan membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali supaya jangan terlalu mengambil kira atau tunduk dengan desakan Azmin sehingga sanggup menafikan kenyataan sendiri kerana 'anak emas' Anwar itu memang seorang yang sensitif.

"Mustafa kena faham jika Anwar tiada, Azmin akan hilang perlindungan dan kuasa serta kedudukannya dalam PKR akan goyah. Sebab itu dia cepat berang, tersinggung dan merajuk jika Pas tidak membela Anwar dalam isu rakaman video aksi seks," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Azmin yang berang dengan Mustafa berhubung kenyataan bahawa parti tersebut akan membuat ketetapan baru mengenai kedudukannya dalam kerjasama pembangkang jika terbukti Anwar ialah pelaku dalam video aksi seks itu.

Azmin yang menganggap kenyataan itu sebagai menyinggung perasaan ketua pembangkang dan PKR seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga dipercayai memaksa Setiausaha Agung Pas itu menafikan kenyataan asalnya sebelum ini.

Mengulas lanjut, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun berkata, sejak dahulu lagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan Azmin saling mengasihi antara satu sama lain.

"Azmin sekeluarga amat memerlukan Anwar kerana ketua pembangkang itu merupakan talian hayat kepada mereka sekeluarga. Anwar diibaratkan sebagai ketua keluarga dan sebab itu tidak pelik mengapa Anwar sering membela Azmin," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan