Berita Harian: MukaDepan |
Eskay ajak Anwar lafaz sumpah laknat Posted: 28 Apr 2011 03:19 PM PDT Ketua pembangkang enggan sumpah laknat KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertainya melafazkan sumpah laknat di di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini hari ini jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita warga asing seperti dalam rakaman video yang didedahkannya baru-baru ini. Shazryl Eskay yang mendakwa sudah lama mengenali Anwar berkata, beliau berani berbuat demikian kerana beliau sendiri berada di lokasi kejadian dan dipaparkan dalam rakaman video itu. "Saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan," katanya ketika membacakan kenyataan bertulis kepada wakil media di sebuah hotel, di sini semalam. Bagaimanapun, Shazryl Eskay berkata hanya beliau yang akan melafazkan sumpah, manakala dua lagi rakannya dalam kumpulan Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim hanya akan berbuat demikian jika ada keperluan. Ditanya tanggapan beliau jika Anwar tidak hadir ke masjid hari ini, Shazryl Eskay berkata: "Biar rakyat yang menilai." Beliau juga berkata, keputusan untuk sumpah laknat itu adalah bagi menyahut cabaran pelbagai pihak yang mahu beliau berbuat demikian selepas timbul pelbagai spekulasi berikutan pendedahan video berkenaan. "Tetapi saya tidak akan lakukannya tanpa kehadiran ulama. Biar ulama yang putuskan apa yang perlu saya lakukan. Jika semua pihak menegaskan saya patut buat (sumpah laknat), maka saya akan buat... terpulang pada ulama esok. Kalau ulama kata buat solat hajat, maka kita buat solat hajat," katanya. Pada sidang media kemudian, beliau menafikan Trio Datuk T terbabit mendedahkan serta menyebarkan bahagian pertama dan kedua klip video berkenaan yang dimuat naik di laman Youtube, sebelum disebarkan oleh beberapa blog, masing-masing pada 4 April dan kelmarin. Katanya, mereka bertiga tidak tahu menahu bagaimana ia tersebar kerana rakaman asal klip sudah diserahkan kepada polis. "Saya tidak tahu bagaimana keluar (di Youtube). Saya tiada kena mengena. Sebenarnya hari ini (semalam) saya cuma mahu menjawab dua soalan saja (berkaitan penyerahan sampel DNA dan hasrat melafazkan sumpah laknat), yang lain saya akan jawab esok (hari ini). "Terserah kepada polis membuat siasatan siapa yang muat naik video itu. Saya percaya polis akan kenal pasti mereka," katanya sambil menafikan mereka mempunyai salinan asal rakaman video berkenaan kerana ia sudah diserahkan kepada polis. Mengenai penyerahan sampel DNA di kelmarin, Shazryl Eskay berkata beliau memberikan sampel air liurnya bagi membantu siasatan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan. Ditanya sama ada lokasi rakaman itu di sebuah kondominium di ibu negara, beliau berkata: "Siasatan belum selesai... malah jam 2.30 petang ini (semalam) ada lagi siasatan (Anwar dipanggil beri keterangan)." Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata, beliau bersama Rahim dan Shuib merancang mengadakan beberapa lagi sidang media berhubung isu itu sebelum mereka bertiga didakwa di mahkamah. Ditanya bagaimana mereka tahu akan didakwa, beliau berkata: "Ia hanya andaian kerana polis sebelum ini ada menyebut mereka bertiga mungkin didakwa atas kesalahan menyebar bahan lucah. Lagipun, kes ini sudah lama... jadi kami membuat andaian mungkin dalam minggu depan atau dua minggu lagi kami akan didakwa di mahkamah." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpaping KAMI ADALAH PEMUDA MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA BANGSA MELAYU, CINA, INDIA, PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK. KAMI INGINKAN GENERASI KAMI TIDAK DIJILAT DAN DIROBEK OLEH ISU-ISU YANG TIDAK ADA KEPENTINGAN. KAMI SANGAT KECEWA DENGAN PENYIARAN VIDEO LUCAH DAN ISU LIWAT SERTA ISU-ISU NEGETIF YANG MEROSAKAN MINDA, YANG SETIAP HARI TERPAPAR DIDADA AKHBAR, SERTA SETIAP MALAM MENJADI MENU ISTEMEWA OLEH SIARAN TV BERITA TEMPATAN. WAL HAL BANYAK LAGI ISU YANG LEBIH PENTING UNTUK KEPENTINGAN NEGARA DAN GENERASI KAMI. KAMI AMAT SEDIH DAN SERBA SALAH APABILA ADIK-ADIK KAMI SETIAP MALAM MELIHAT SERPIHAN VIDEO LUCAH DALAM BERITA DAN BERITA BERGAMBAR, YANG TELAH MENGAJAR MEREKA MENGENAL ERTI LUCAH DAN LIWAT,KERANA ITU YANG MEREKA DIHIDANGKAN SETIAP MASA OLEH MEDIA. KAMI MERAYU DAN MERINTIH BERHARAP DENGAN SANGAT KEPADA PARTI POLITIK,PIHAK KERAJAAN, PIHAK NGO, PIHAK MEDIA,DAN SEMUA PIHAK TOLONG HENTIKAN SEMUA INI. TOLONG HENTIKAN SEMUA INI……. KAMI MEMOHON SEKIRANYA ADA KES BERBAU SEPERTI INI LAGI, BIARLAH PIHAK BERWAJID YANG SELESAIKAN. JANGANLAH RACUN MEMIKIRAN KAMI.DENGAN SETIAP HARI MENJADI RUTIN MENGISIAN MINDA KAMI. BIARLAH PIHAK MAHKAMAH DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA MENJALANKAN TUGAS TULUS MEREKA. KAMU TIDAK AKAN MEMBIARKAN GENERASI KAMI DIPIKAU DAN DIJAMPI OLEH ISU-ISU TIDAK KEPENTINGAN SEPERTI INI, KAMI TIDAK AKAN MEMELUK TUDUH DAN MENEGUKKAN PANDANGAN BEGITU SAJA DALAM MENGHALALKAN DAN MEMBIARKAN GENERASI KAMI DIJILAT KEZALIMAN YANG BERLAKU DALAM NEGARA. PERCAYALAH……………………………..
PERCAYALAH……………………………..
PERCAYALAH………………………………
PERCAYALAH………………………………….
KAMILAH GENERASI PEMUDA DAN PEMUDI MALAYSIA. anjekem Kalau benar DSAI bukan pelakunya lakukan sajalah sumpah laknat drpd pergi ke sana sini, marah n maki org utk tegakkan kebenaran. Takut lagi byk berckp lagi byk pembohongan dan btmbah lg dosa. Kalau bukan anda tak perlu berasa takut, bukankah Allah itu maha adil... Sidik Takde keje lain asyik nak sumpah laknat je. Bukan ape kalau kao sorang je kene laknat takpe, aku takut satu M'sia kene laknat nanti, turun bala ke, kes naya ni bro... SAM RILEKS JE NGAKU ADA DALAM VIDEO TU. SAH2 BERSUBAHAT. DARIPADA HANG BERSUMPAH BAIK HANG BERTAUBAT Superstar Adakah anda rela bersumpah jika anda tidak bersalah? Berani kerana benar. musykil pelikkk..kata ada d tempat kejadian & siap ada dlm paparan video lg...knapa x report kt pencegah maksiat or sape2 yg brkenaan terus p tangkap..kan senang.. maya ya allah!tunjukkanlah kebesaranmu...kepada orang2 yang begitu mudah melafaskan sumpah.
minat sebab ada ajenda lain, keadaan makin rumit, sepatutnya dah lam selesai, sebelun ni berlambak lagi video klip lucah remaja melayu diedarkan kenapa tak siasat,, jawapan nya ada pada tuan-tuan sendiri... wallahua'lam abdullah aku dah MUAK dgn politik Msia. KOTOR! JIJIK! kbnykn politician gila kuasa! tolonglah fikir utk rakyat dan masa depan negara. anirzam Ya Allah.. Hanya Kau yang mengetahui segala-galanya. Berilah kami petunjuk Mu.. waibee sy tinggal di UK, skrg mereka busy dan berdebat secara ilmiah untuk referendum Alternative Vote serta election setempat (seperti pemilihan DUN di msia), meskipun panas tapi semuanya berlangsung penuh beradab, teratur dan bermaruah. Takde pun channel tv serang2 calon dengan video lucah, calon bersumpah etc..eh politician kat msia..tolonglah contohi budaya politik seperti di UK nih. kuala nerus Kembalilah Datuk Seri kepangkal jalan, tak payah bersumpah PUN TAK APA pergilah bertaubat, cukuplah.. .. maman ketahuilah wahai orang melayu yang mengaku beragama ISLAM, ALLAH AKAN SEMBUNYIKAN AIB KAMU JIKA KAMU MENYEMBUNYIKAN AIB SAUDARA SEISLAM DI AKHIRAT NANTI. hohone Sumpah cukup utk m'buatkn m'siaku maju jaya....xpayah kje... Waqiah Selamat berjuang dan semoga anda bertiga diberi kekuatan serta di limpahi rahmat. berani bagi saya, sbnrnya x kisah nk b'sumpah di mana sekalipn sbb Allah maha mengetahui..kita x bleh ckp sumpah ni palsu semata-mata...pada pandangan saya seseorang tu bleh b'sumpah utk menyatakan bahawa dia di pihak yg benar tp bkn utk m'jatuhkan hukuman tnp p'bicaraan...bila seseorang utk dituduh atau dikatakan fitnah, sebagai individu saya b'pendapat mereka ada hak utk menyatakan yg dakwaan mereka benar dan DSAI pn bleh melakukan perkara yg sama utk buktikan dia bkn lelaki dlm video tersebut.. soal jatuh hukum biarlah Allah yg tentukan..kita manusia t'lalu kerdil utk menilai siapa yg betul/salah..jadi saya sokong supaya sumpah laknat dijalankan kerana b'pegang pada prinsip "berani kerana benar" dan Allah selalu memberi perlindungan kepada org yg BENAR.. khalid huh... aper motif trio dato T nih... sy tak sebelah mana2 pihak.. tp c TRIO ni cermin latarbelakang u Alls dulu. dan saya hairan siapa mereka sampai boleh bagi statment "kami akan teruskan buat sidang akbar sebelum kami di dakwa" hebat!! mane kelibiliti PDRM.. tolong la keluar 1 memo meminta sesiapa tidak di benarkan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kes ini d bicarakan.. seperti kes2 yang lain.. dan lagi mereka2 ni lah yang merosakan bangsa. agama dan negara. memalukan orang ISLAM je... pihak Media tolong lah cari maklumat dan dapat komen dari mufti2 kita pulak.. kekadang klu tegok klip yg kedua macam muka c Eskay tu pun ye.. mungkin kerana tu DNA dia d perlukan. heran!!! staq nak main2 dengan sumpah laknat pula.... pedih nye azab kalau makan sumpah ni.. keturunan binasa.. kalau sazril ada kat situ masa kejadian kenapa dia tak laporkan terus..?? aminul Selamat berjuang demi bangsa dan agama. Semoga kelian bertiga di beri kekuatan dan di limpahi rahmat. baha_rudin1@yahoo.com Tabik untuk Datuk Eskay, kebenaran harus ditegakkan walaupun pahit , yang palsu, batil harus dinyakkan demi keselamatan dan keharmonian Negara dan rakyat. Tahniah semuga Allah melidungi. Amin Sumpahsesumpah Come on anwar. Kalau x bersalah just sumpah jer la. Kalau korang la, kalau x bersalah korang akan selamber angkat sumpah ke x? sumpahsumpit aiseh..kelak menyesakkan kawasan Bandar Baru Sentul yg sedia sesak dan menyusahkan jemaah yg nak bersolat Jumaat. Buat je lah di Seri Carcosa Negara, sumpah laknat tak semestinya buat di masjid. Allah maha melihat dan mendengar di mana-mana pun... remo.upsi sumpah tak membawa ape2 makna. buktikan secara saintifik.. malu jadi rakyat m,sia sbb isu ni.. NORILAH BINTI JUNUS sukar di mengerti siapa yang betul... dahsyat sampai ke tahap angkat sumpah laknat lagi 2.Apa2 pn kebenarannya akan di ketahui juga tu... ahmad kamal bin mohd yusop berani kerana benar tuan... intai syabas kpd berita harian kerana ruangan Komen Anda. mana tahu mungkin pandangan-pandangan segelintir rakyat boleh mewakili majoriti rakyat negara. boring dgn cakap-cakap orang-orang politik dan media pro kerajaan. kata PM beliau mahu dengar dari semua orang tidak kira kawan atau musuh. MYG Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk ke Umat Islam di negara ini. Semakin banyak isu yang mengaibkan umat Islam berlaku di negara ini. Kalau banyak duit, pergi ke Baitullah dan berdoa untuk mendapat petunjuk. InsyaAllah bersih nurani. Fikir-fikirkanlah.
orang kampung Jangan permainkan sumpah laknat:..penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.."Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie."Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya. tekno salam ramai rakyat malaysia....semoga ceria selalu di pagi yg cerah ini..Moga negara terus maju menuju ke arah wawasan 2020...selamat maju jaya...warga malaysia.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan