Utusan Online - Mahkamah |
Posted: Pemandu lori ke tali gantungOleh JAMLIAH ABDULLAH ALOR SETAR 28 April – Setelah hampir dua tahun seorang gadis maut akibat ditikam dan dihentak objek keras oleh teman lelakinya, pemuda itu hari ini menerima pembalasan apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini. Mohamad Adnan Abdul Rahim, (gambar) 29, dijatuhi hukuman tersebut oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Norbahiran Ishak, 22. Mohd. Zaki memutuskan demikian setelah mendapati keterangan bela diri tertuduh yang diwakili peguam bela, K. Padmanathan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mohamad Adnan yang bekerja sebagai pemandu lori dari Simpang Ampat, Pulau Pinang didakwa membunuh Norbahiran di 157 Lorong Perak 2, Taman Perak, Kulim antara pukul 10.30 pagi dan 10.45 pagi, 17 Mei 2009. Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd. Yatim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki mengetepikan pembelaan tertuduh bahawa dia tidak berniat untuk membunuh mangsa, berikutan terlalu banyak kecederaan dialami oleh mangsa. ''Selain itu, keterangan tertuduh bahawa dia tidak sengaja melakukan kecederaan ke atas mangsa kerana mempertahankan diri setelah mangsa membangkitkan kemarahannya sebagai tidak berasas. ''Walaupun tertuduh memberitahu bahawa dia tidak berniat membunuh mangsa namun keterangan saksi jelas menunjukkan bahawa dia mempunyai niat untuk mencederakan gadis itu sehingga menyebabkan kematiannya,'' kata beliau. Tertuduh yang berkemeja hitam dan berseluar biru kelihatan tenang namun sekali-sekala dilihat menggeleng-geleng kepala ketika mendengar hukuman dijatuhkan. Pada 18 Mei 2009, akhbar melaporkan seorang gadis maut selepas dipercayai dijerut dan ditikam oleh kenalan lelakinya dalam satu perselisihan faham di sebuah rumah di Taman Perak, Kulim. Mangsa juga dikatakan dihentak dengan objek keras oleh lelaki tersebut selepas berlaku pergelutan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik rumah terbabit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Saksi selesai beri keterangan, prosiding bersambung Selasa Posted: Saksi selesai beri keterangan, prosiding bersambung SelasaKUALA LUMPUR 28 April - Prosiding suruhanjaya yang dijadualkan bersidang hari ini tiba-tiba ditangguhkan sehingga Selasa depan dengan alasan saksi-saksi yang sepatutnya memberi keterangan sepanjang minggu ini telah selesai memberi keterangan semalam. Penangguhan itu dimaklumkan oleh seorang jurucakap suruhanjaya kepada pihak media yang berkumpul di luar bilik bicara Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini untuk membuat liputan pada pukul 9 pagi ini selain turut dihebahkan melalui Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa sama. Terdahulu, pihak media yang sering hadir membuat liputan mengenai prosiding tersebut berada dalam keadaan tertanya-tanya apabila pintu mahkamah masih berkunci walaupun waktu sudah hampir pukul 9 pagi. Turut menerima nasib sama ialah peguam M. Manoharan yang dijadualkan memberi keterangan sejak semalam manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang dalam perjalanan ke mahkamah dikatakan berpatah balik selepas dimaklumkan tentang penangguhan itu. Selain itu adik perempuan Beng Hock, Teoh Lee Lan turut hadir tetapi untuk menemani seorang lagi saksi, Mandy Ooi. Menyedari pihak media masih lagi berkumpul di luar dewan mahkamah, Pengerusi suruhanjaya terbabit, Tan Sri James Foong Cheng Yuen keluar dari bilik prosiding kira-kira pukul 11 pagi untuk menemui para wartawan bagi menjelaskan perkara sebenar. Sambil memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku, beliau memberitahu, pada hari ini, peguam-peguam dari Majlis Peguam Malaysia hanya membuat temu bual dengan beberapa pegawai dari sebuah syarikat telekomunikasi melalui panggilan telefon. Ia adalah bagi memastikan sama ada wajar untuk memanggil mereka memberi keterangan berhubung data khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kandungan SMS daripada telefon bimbit beberapa saksi yang terdiri daripada kalangan kakitangan SPRM. Selain itu, beliau yang ditemani beberapa lagi ahli panel suruhanjaya memaklumkan, ahli keluarga Beng Hock dan pakar-pakar psikiatri yang melakukan temu bual itu telah dijadualkan untuk memberi keterangan pada minggu hadapan. Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan