Harian Metro: Setempat |
Posted: 28 Apr 2011 12:37 PM PDT AMPANG: Penduduk di Taman Kencana Fasa 2A, di sini, menggesa premis yang didakwa dijadikan gudang menyimpan daging babi oleh seorang penduduk yang didirikan bersebelahan rumahnya di Jalan Bunga Mawar, Taman Maju Jaya, dipindahkan ke kawasan lain. Gudang terbabit yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu terletak kira-kira 50 meter dari perumahan Taman Kencana Fasa 2A sehingga meresahkan penduduk terutama beragama Islam.
Menurutnya, keadaan itu menjejaskan keselesaan penduduk kerana setiap hari pada awal pagi sekurang-kurangnya empat lori kontena yang mengangkut daging babi melalui kawasan taman perumahan berkenaan menuju Taman Maju Jaya.
Seorang lagi Ahli Jawatankuasa persatuan penduduk taman berkenaan, Norhamidah Nordin, 52, berkata kenderaan miliknya pernah tercalar dan kemik akibat dilanggar lori kontena itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad, berkata pihaknya belum menerima apa-apa aduan mengenai perkara itu, namun akan menjalankan siasatan dengan mengkaji secara keseluruhan dari segi operasi kilang itu.
|
Posted: 28 Apr 2011 12:26 PM PDT MARAN: Seorang peneroka yang terlelap di ruang tamu rumahnya ketika menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid menentang Barcelona, awal pagi semalam, tergamam apabila dikejutkan tiga penyamun yang mengacukan parang di lehernya dalam kejadian samun di Felda Jengka 18, dekat sini. Kira-kira lima jam selepas kejadian pada jam 2.30 pagi itu, mangsa Ramli Saad, 58, sekali lagi terkejut apabila diberitahu tiga penjenayah terbabit ditembak mati dalam ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya.
Selepas diikat dan diarahkan diam, penjenayah bertopeng dipercayai warga asing itu menggeledah rumahnya dan melarikan empat telefon bimbit serta wang tunai RM300.
"Saya sama sekali tidak menyangka apabila dikejutkan tiga lelaki bertopeng yang mengacu parang ke leher saya," katanya ketika ditemui di rumahnya.
"Selepas menggeledah kira-kira lima minit, mereka melarikan diri apabila gagal membuka tiga pintu bilik tidur di rumah saya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan